Jerung putih (carcharodon carcharias) merupakan seekor ikan yang sangat terkenal di seluruh dunia kerana mitosnya. Tidak boleh dinafikan bahawa pengaruh hiburan telah mengukuhkan mitos ini.
Banyak filem seperti Jaws arahan Steven Spielberg menunjukkan jerung ini dalam konteks agak negatif. Berbeza dengan Jaws, jerung putih tidak begitu tertarik pun dengan daging manusia (National Geographic, 2004).
Dalam sebuah eksperimen dibuat Peter Klimley, jerung ini didapati lebih suka makanan berlemak tinggi tenaga.
Klimley meggunakan anjing laut, babi dan kambing biri-biri untuk mengenalpasti makanan kesukaan jerung. Didapati semua umpan ini mengena – tetapi hanya kambing biri-biri ditolak (Klimley, 1994).
Tetapi sedar atau tidak – semua taman tema ikan seperti Aquaria, SeaWorld dan sebagainya tidak menempatkan ikan jerung putih. Pelik, bukan?
Padahal kalau ada jerung putih (ikan paling popular dunia), tentu sekali semua berpusu-pusu mahu tengok. Hakikatnya walau bagaimanapun, ini tidak pelik kerana tiada sempadan boleh menghalang jerung putih. Itulah fitrah spesis agung ini.
Pertama sekali, usaha penangkapan seekor jerung putih akan menelan kos tersangat tinggi. Jerung putih ialah raja lautan dunia. Hari ini jerung putih boleh berenang di California.
Dua tahun kemudian, jerung yang sama boleh saja singgah di Selat Melaka. Dunia jerung putih tidak boleh disempadankan, dengan kelajuan sekitar 25 hingga 50 kilometer sejam.
Ini juga menunjukkan jerung putih perlu berenang jauh setiap hari. Belum lagi dikira migrasi mengikut musim yang memustahilkan sebarang kebarangkalian untuk hidup dalam kurungan. Jadi apa akan jadi kalau jerung putih dikurung juga?
Banyak zoo dan taman tema telah mengurung jerung putih. Dan semua jerung putih m4t1 dalam masa beberapa hari. Jepun pernah mengurung seekor jerung jantan 3.5 meter panjang untuk dikurung di Akuarium Churaumi Okinawa.
Jerung itu hanya hidup tiga hari sahaja dalam akuarium tersebut (McPhate, 2016). Jerung lain pun sama – paling lama hanya 16 hari sahaja.
Hanya Akuarium Monterey Bay sahaja berjaya mengurung jerung-jerung putih selama enam bulan… menggunakan air sebanyak 3.78 juta liter (10 meter dalam). Tetapi syaratnya, semua jerung tidak boleh melebihi 1.5 meter (saiz jerung putih dewasa ialah 4.5 meter).
Ketika usia ini, jerung putih hanya makan ikan sahaja. Jadi kejayaan ini tidak boleh dikira sebenarnya, kerana jerung-jerung sedemikian masih lagi dalam usia kanak-kanak atau remaja.
Dalam masa enam bulan itu pun, jerung putih terpaksa dilepaskan ke laut kerana mem4k4n jerung lain.
Jadi di sini satu perkara harus ditekankan – jerung-jerung putih yang ditangkap dari laut untuk dikurung akan mengalami kec3d3raan oleh kerana sifat agr3s1fnya.
Oleh kerana kec3d3raan ini, jerung putih tidak mampu pulih di dalam kurungan kerana hidup dalam keadaan stres. Analoginya, cuba kurung seorang kaki travel selama setahun tanpa sebab.
Dalam kurungan, jerung putih akan cuba cari jalan keluar. Ia akan mer3mpvh dinding (lagilah c3d3ra) kerana terlalu m4r4h. Maka semakin lama, ia pun akan m4t1.
Kesimpulannya, jerung putih harus hidup bebas kerana hidup kurungan tidak langsung menepati keperluan hariannya. Ia harus menjelajah. Ia mesti membvrv. Ia mesti berenang jauh setiap masa.
Dan paling utama sekali, ia harus menjadi raja di laut. Kalau hidup dalam kurungan, jerung putih hanyalah b4ndvan semata-mata.
RUJUKAN:
Klimley, A.P. (1994). The (ditapiskan) Behavior of the White Shark. American Scientist. 82 (2). Halaman 122-133.
McPhate, M. (2016, Januari 8). Great White Shark (ditapiskan) After Three Days in Captivity. The New York Times.
National Geographic. (2004, Januari 23). Great White Shark (ditapiskan): Defanging the Myths. National Geographic News.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih