Waktu korang tengok gambar ni mungkin korang akan terfikir, ni gambar dalam mulut ke? Tapi kenapa ada bulu bulu dekat situ? Ni bukan mulut ya. Ni dalam ovari manusia. Jadi, kenapa boleh ada gigi dan bulu rambut dalam ovari ni?

Gigi dan bulu rambut tu boleh muncul situ sebab ovari tu terkena tumor. Jadi apa kaitan tumor dengan gigi dan bulu rambut ni? Untuk jawab benda tu, kita kena cerita pasal topik lain.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Korang pernah terfikir tak dari mana datang kita punya sel dan tisu badan. Dari mana sel kulit kita berasal? Dari mana sel darah kita dicipta? Mesti ada pencipta dan pengilangnya kan? Jawapan untuk hal ini ialah sel stem.

Sebelum sel darah jadi sel darah, dan sel kulit jadi sel kulit, mereka adalah sel stem. Mak bapak segala sel.

Benda ni sebenarnya sudah wujud waktu kita baru disenyawakan lagi.

Selepas sperma ayah bersatu dengan ovum ibu, gabungan ini akan mewujudkan zigot dan seterusnya, seketul daging yang masih tak spesifik sifat dan fungsinya. Bila cukup waktu, sebahagian daripada sel ini akan berubah menjadi spesifik lalu membentuk organ dan tisu manusia.

Daripada sinilah kita boleh mendapatkan sel stem yang paling berguna dan boleh bertukar mengikut apa sahaja jenis acuan. Sel stem totipotensi dan multipotensi.

Yang selalu dipakai dalam perubatan ialah sel stem multipotensi dan oligopotensi, terutamanya bagi penyakit darah seperti kanser darah yang menggunapakai sel stem hematopoietik (sel oligopotensi). Juga dikenali sebagai transplantasi sumsum tulang.

Tapi, sel stem yang paling bagus sebenarnya ialah sel stem embriogenik atau juga dikenali sebagai sel pluripotensi sebab sel-sel ini mampu dibezakan (differentiate) atau berubah menjadi semua jenis sel yang ada pada badan manusia, daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Nak cerita betapa pentingnya teknologi stem sel pluripotensi, Dr. Shinya Yamanaka yang berjaya tukar sel biasa jadi sel pluripotensi ni diagunerahkan Hadiah Nobel pada tahun 2012, 7 tahun selepas kajiannya dimulakan. Selalunya kalau nak menang tu ambil masa berbelas tahun gak.

Sel multipotensi pula cuma boleh dibezakan menjadi tisu yang berkait dengannya sahaja seperti sel hematopoietik yang cuma mampu menjadi sel darah.

Kalau tak faham dengan penjelasan di atas, anggaplah sel stem ni macam tepung.

Bila kita bentukkan dia, dia boleh jadi macam macam kuih dan kek. Sama juga dengan sel stem.

Dia sel yang tiada rupa dan sifat lagi, tapi bila dah sampai masa, dia akan berubah (fasa pembezaan/differentiation).

Tapi, apa yang bagus pasal sel stem ni ialah kalau kita rangsang dia dengan sel lain, atau tampal sel stem ni kepada sel yang dah ada sifat, dia akan berubah menjadi sel bersifat tu.

Sebagai contoh, kalau kita tampal sel stem ni dekat bahagian kaki terputus, dia akan berubah jadi sel sel di kaki dan akan tumbuhkan balik selagi cukup sel stem. Bayangkan, orang yang tempang semua tu, ada kaki balik. Setakat ni antara yang boleh buat gitu cuma salamander je.

Satu lagi masalah perubatan yang boleh dirawat dengan sel stem ialah masalah organ rosak. Selalunya bila masalah macam ni kita akan mintak organ dari penderma. Masalahnya, organ ni pun macam darah juga yang ada jenis macam A, B, AB dan O semua tu.

Kita panggil benda ni sebagai faktor histokompleks major (MHC). Dalam kebanyakan kes, badan kita akan tolak organ orang lain kalau tak sama jenis. Sel darah putih akan makan organ tu sampai mati.

Kalau sesuai pun kena makan ubat pelemah imun sampai mati sebab kalau tak, sel darah putih akan makan. Organ yang paling sesuai ialah organ daripada kembar seiras sebab DNA 99% sama. Tapi itu lah, bukan semua orang ada kembar seiras.

Jadi, kalau kita rangsang sel stem tu untuk tumbuh organ rosak pesakit berdasarkan DNA pesakit, tak kah kita akan dapat organ yang sama dengan organ asal pesakit? Badannya tiada sebab nak tolak organ tersebut. Tak perlu lah pesakit nak kena makan ubat pelemah imun sampai ke tua.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Sebab itu sel stem pluripotensi ni dikira antara jenis sel stem paling bagus, sebab dia ni boleh ikut apa apa acuan. Dia bukan setakat boleh cipta organ dan tisu baru, nak cipta satu badan terus pun boleh.

Bila zigot ni dah membesar jadi manusia, sel stem pluripotensi ni dah tiada, tapi kita ada sel stem lain macam sel multipotensi. Boleh je nak cipta satu organ terus, tapi lagi terbatas berbanding multipotensi.

Contoh sel stem pluripotensi tersebut ialah tali pusat dan sel germa di ovari dan testis. Sebab itu ada tumor ovari tu boleh ada mata, gigi dan rambut. Sebab sel tumor di situ pergi rangsang sel stem jadi tisu dan organ.

Walau bagaimanapun, sel stem ni hanya boleh berfungsi kalau kita dedahkan dia pada sel yang sama spesies. Sel stem manusia tak akan berubah jadi sel tulang kalau tulang tu tulang lembu. Sama juga kalau kita guna sel stem ayam pada tikus. Tak jadi apa-apa.

Jadi kalau ada tukang jual ubat yang kata dia jual ubat sel stem, selalunya itu scam. Gila ke apa jual sel stem pokok untuk rawat manusia. Lagi bebal bila dia suruh kita makan sel stem tu untuk sembuh.

Tak kisah la kalau sel stem tu sel stem manusia pun, kalau dah masuk perut memang jadi makanan dan khasiat je la.

Artikel ini adalah sebahagian daripada koleksi esei esei sains aneh biologi dalam buku BIOLOGIA yang sudah dibuka pratempahnya. Sekiranya korang nak baca celoteh sains aku yang lain, boleh pratempah pada link ini: http://bit.ly/BiologiaPengajian


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply