Jepun membangunkan sebuah budaya yang penuh dengan darjat sosial. Darjat ini tidak terhad pada keluarga monarki atau barisan ketenteraan semata-mata.

Malah dalam kalangan masyarakat pun, ada kumpulan berdarjat secara tersendiri. Salah satu kumpulan tersebut adalah geisha, iaitu golongan penghibur wanita.

Selepas Perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengorak langkah ke arah pembinaan semula dari segi infrastruktur dan diplomasi.

Hubungan akrab antara Jepun bersama dunia membuatkan budaya negara ini pantas berkembang.

Dan rata-ratanya ingin mengenali budaya Jepun, selepas mengisi semula kelompangan hitam yang menghakis kerana peperangan.

Jalinan hubungan menghala kepada perkongsian budaya. Dan dari sini, timbul prasangka yang berputik daripada kekeliruan.

Geisha

Prasangka ini dihamburkan terhadap geisha, yang dipandang sebagai pelacur Jepun. Status “penghibur” lantas disalah erti, bertambah rumit lagi apabila Jepun mula terjun dalam bidang lucah yang mencemari imej geisha.

Naratif dan Kategori Geisha

Kekeliruan ini berpunca daripada percampuran dalam kalangan geisha, oiran, dan tayu.

Tiga kumpulan ini pula mempunyai satu persamaan ketara dengan pelacur. Semua mengenakan pakaian kimono (Gallagher, 2003).

Gambar lama menunjukkan pelacur dikurung macam penjara.

Konteksnya lebih kurang sama dengan bayangan sebegini: ulama, ustaz dan penzina mengenakan jubah dan serban. Hanya kerana wujud anasir ketiga, terjejas habis imej kumpulan pertama dan kedua padahal mereka bukanlah seperti mana orang ketiga.

Jelas di sini yang “geisha bukan pelacur”. Maka tiba masa untuk jadi keliru kerana ada geisha yang melacur. Ini penjelasannya. Dalam kumpulan geisha, ada kategori-kategori tersendiri (Ohnuki-Tierney, 2002):

  1. Kuruwa Geisha – seorang geisha yang meniduri pelanggannya sambil menghibur secara seni.
  2. Yujo/Joro Geisha – seorang geisha yang hiburannya hanya untuk memenuhi syahwat lelaki.
  3. Machi Geisha – seorang geisha yang suci dan murni.

Pekerjaan sebenar geisha tertumpu pada persembahan seni seperti nyanyian lagu atau tarian.

Ada dalam kalangan geisha meluaskan khidmat seni dengan kepetahan bercakap.

Keberadaan seorang perempuan yang bersolek bersama seorang (atau para) lelaki berharta sememangnya cenderung ke arah maksiat.

Jadi faktor inilah yang menyebabkan seorang machi menjadi yujo atau kuruwa… sampailah tahun 1956, apabila kerajaan Jepun mengharamkan pelacuran.

Pemodenan dan Pencemaran Darjat Geisha

Sebelum tahun 1751, geisha sebenarnya adalah pekerjaan untuk lelaki. Sepanjang masa ini, Jepun sentiasa bergelumangan dengan konflik perang.

Ramai dalam kalangan gadis akan berkhidmat sebagai pelayan (saburuko) yang melibatkan perkhidmatan syahwat-untuk-duit.

Proses pemurnian (normalisasi) menyebabkan ramai anak gadis kemudian menjadi geisha sahaja (bukan lagi saburuko).

Komuniti geisha terancam teruk apabila Jepun menyertai Perang Dunia Kedua. Kerajaan menyerap semua geisha masuk dalam industri kilang.

Solekan wajah seorang geisha

Dan ramai dalam kalangan wanita enggan kembali menjadi geisha selepas peperangan. Kerana mereka lebih selesa bekerja.

Sini semua boleh faham sebenarnya wanita menjadi geisha kerana tiada pilihan. Apabila diberi hak bekerja, rata-ratanya lebih suka memakan gaji.

Cuma sekarang, timbul satu masalah besar. Apabila geisha sebenar menyumbang bakti pada ekonomi negara, Jepun mempunyai kelompangan besar.

Status geisha terlalu bersejarah untuk dilupakan begitu sahaja. Kelompangan ini kemudian diisi perempuan jalanan, yang menyajikan tubuh mereka kepada anggota-anggota tentera Amerika Syarikat di Jepun (Dalby, 2000).

Anggota-anggota ini pulang ke tanah air membawa cerita bukan-bukan pasal geisha.

Istilahnya mudah: riuh sekampung cakap makan daging wagyu. Padahal tidak sedar mereka dapat daging tepi jalan yang berkali-kali kena gilis. Silap-silap ada daging yang berkuman.

RUJUKAN:

Dalby, L. (2000). Geisha. Vintage Random House.

Gallagher, J. (2003). Geisha: A Unique World of Tradition, Elegance and Arts. PRC Publishing. Halaman 135.

Ohnuki-Tierney, E. (2002). Kamikaze, Cherry Blossoms, and Nationalisms: The Militarization of Aesthetics in Japanese History. University of Chicago Press. Halaman 347.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply