Alam laut ternyata penuh dengan misteri. Demikian hari seorang jurupandu kapal selam (ROV) terjumpa sebatang gading di dasar lautan. Ceritanya begini. Institut Penyelidikan Akuarium Monterey Bay selalu turun laut di pesisiran bandar Monterey dalam negeri California.
Mereka perlu menjalankan penyelidikan untuk tujuan tertentu. Selalunya kajian mereka ada kena mengena dengan haiwan laut dalam yang berlemak empuk. Tetapi pada tahun 2019, kajian mereka berubah terus.
Kerana jurupandu ROV bernama Randy Prickett adalah satu-satunya anak kapal yang ternampak gading gajah.
Mereka cuba mengambil gading tersebut. Mungkin kerana beribu tahun ditenggelami air masin, gading tersebut terpεcαh di bahagian penghujung yang bermuncung. Fikir punya fikir, pasukan Prickett hanya pulang dengan satu cebisan kecil untuk tujuan penyelidikan.
Sampai di darat, saintis daripada institut sama tidak melengahkan masa. Mereka sudah tunggu sebelum ROV sampai ke permukaan lagi. Semua tertanya pasal cebisan ini, dan ternyata – itu adalah gading seperti disyaki Prickett. Cuma mereka tidak sangka, gading tersebut adalah milik seekor mammoth.
Gading Yang Menyimpan Rahsia Masa
Mammoth adalah sebuah genus 10 spesis gajah gergasi bergading melengkung. Genus ini menghiasi alam bermula lima juta tahun lalu – dipercayai merentas masuk ke Benua Amerika 600,000 tahun lalu melalui Selat Bering yang dulu tidak ditenggelami air.
Bermakna ada satu jambatan darat yang menghubungkan Rusia dan Alaska. Dan dalam kalangan genus ini, spesis Afrika Selatan adalah paling tua. Jadi saintis perlu kenal pasti spesis gajah yang meninggalkan gading di dasar laut.
Masalahnya, macam mana gading itu boleh sampai situ? Sudahlah lokasinya 240 kilometer daripada darat. Jarak ini memang nampak semuanya serba biru – laut biru, langit biru; silap-silap awan pun biru. Takkan mungkin nampak darat dari situ.
Jadi saintis berpendapat seekor gajah mengembara di kawasan pesisiran California dimana αjαlηyα menimpa atas faktor tertentu. Bangkainya dibawa air dan menjadi makanan di tengah laut.
Hilang saja daya apungan, rangkanya tenggelam menjadi rahsia alam selama ribuan tahun.
Kemungkinan besar gajah mammoth ini berasal daripada zaman Paleolitik, yakni 2.7 juta tahun lalu hingga 200,000 tahun lalu. Jika benar, gading ini menyimpan rahsia sangat penting oleh kerana kekurangan fosil sedia ada yang begitu tua.
Tentang Gajah Tersebut
Gading ini mendapat perhatian empat orang saintis, yang sebulat suara tentang jantina gajah tersebut. Bentuk dan saiz gading mengesahkan bahawa gajah ini adalah betina dan pergi buat selamanya ketika masih muda.
Malangnya cebisan diambil terlalu kecil untuk kajian. Mereka kembali ke lokasi untuk gading tersebut. Tugas ini sangat susah. Mereka perlu ubah suai ROV dengan ‘jari robot’ yang lengkap dengan span. Dalam masa dua jam, keringat resah mereka berbaloi kerana gading tersebut berjaya diambil.
Kumpulan saintis dengan cepat mengukur, membersih dan mengambil gambar. Mereka mengambil tisu paling dalam untuk belajar tentang DNA mammoth berkenaan. Untuk pengetahuan semua, ini memang rutin dalam dunia paleontologi. Tetapi sehingga hari ini, kajian mereka masih belum merungkaikan soalan-soalan penting seperti:
- Usia gajah sebelum αjαl?
- Keadaan alam sekitar sepanjang hidup?
- Zaman bila gajah ini hidup?
Namun mereka ada jawapan untuk soalan “macam mana gading ini bertahan dalam laut begitu lama?” Puncanya begini: gading tersebut ditemui dalam keadaan mempunyai selaput tebal yang terdiri daripada besi dan manganese. Kawasan laut dalam memang kaya dengan logam-logam ini, yang akan melitupi sesuatu permukaan selama beribu tahun dengan syarat tiada pergerakan.
RUJUKAN:
Osborne, H. (2021, November 23). Mystery as Mammoth Tusk Discovered 10,000 ft below Pacific Ocean, Far From California Coast. Newsweek.
Roth, A. (2021, November 22). Why Was This Ancient Tusk 150 Miles From Land, 10,000 Feet Deep? The New York Times.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih