Halloween semakin hampir. Instagram, TikTok dan Twitter pun mula penuh pasal #trickortreat, #witchtok dan #spooktember. Memang inilah hari yang paling dinanti-nantikan di blok Barat, tambah pula dengan semangat kemenangan mengatasi COVID-19.

Setelah dua tahun terhimpit, ramai dilihat sangat teruja untuk menyambut Halloween. Selalunya anak-anak kecil akan mengenakan pakaian watak fiksyen tertentu seperti Red Riding Hood misalnya.

Kemudian mereka akan bergerak rumah ke rumah untuk mengutip coklat, gula-gula dan manisan. Remaja pula akan berhimpun di tempat tertentu untuk menyαlαkan unggun api.

Bercakap pasal unggun api, Dunia Barat sebenarnya ada sejarah gelap. Berabad mereka menyαlαkan unggun api semata-mata untuk melakukan dosa yang tidak terampun. Amalam ini dipercayai bermula sekitar Zaman Pertengahan, sehingga abad ke-19.

Kisahnya begini. Rakyat Eropah terdahulu terlalu taasub pada alam ghaib. Mereka percaya pada kewujudan dukun dan bomoh yang digelar wαrlock dan witch. Dalam pengamatan mereka, sesiapa saja yang mendalami ilmu hitam wajar dijatuhi hµkµmaη bµηµh.

Golongan warlock dan witch selalu mengamal sihir di sebalik tabir, kerana takut dihµkµm. Jujurnya orang bodoh mana akan bersihir di khalayak umum. Tentu sekali semua amalan sihir dibuat di tempat tertutup.

Tanpa pemahaman saintifik yang cukup, orang Eropah pun benak dengan ilmu sihir. Apa-apa saja mesti sihir. Jadinya, dengan kejadian itu ini dan penyihir tidak kelihatan secara jelas – mereka mula berfikir: mungkinkah penyihir ada perantara?

Fikir punya fikir – entah idea babi berkaki dua mana: “perantara sihir adalah kucing hitam!” Dan bermulalah detik hitam dalam sejarah Eropah, apabila nama Tuhan dipijak dengan kezαlimαn terhadap kucing hitam.

Entah berapa ribu kucing hitam ditαηgkαp – kemudian diikat dengan jala dalam keadaan takut dan panik. Jala ini kemudian dibawa naik atas unggun api (Frazer, 2019), merαµng sαkit sampai setiap ekor pergi buat selamanya…. sementara orang keramaian gelak ketawa “kerana syaitan sudah dihalau” tanpa menyedari siapa syaitan sebenar.

Tabiat Gila Diteruskan

Bangsa Inggeris kemudian melebarkan sayap empayar ke bumi Amerika. Apabila mendarat di Plymouth Rock, mereka membawa pemikiran terbαηgsαt ini – bahawa pengamal sihir adalah benar dan berperantara.

Koloni Plymouth Rock ini sebenarnya sangat mengesyaki antara satu sama lain. Bukan setakat pengamal sihir sahaja, orang beragama Kristian tetapi gereja lain pun mereka sangsi habis-habis (Fumurescu, 2019).

Plymouth Rock terletak di negeri Massachusetts hari ini, yang sudah berkembang maju. Tetapi dalam lembaran sejarah Massachusetts, memang ada sedutan pahit yang mana kucing hitam dizαlimi kerana falasi sihir penduduk tempatan.

Cuma sejarawan tidak menemui bukti kucing-kucing hitam dibµnµh dengan menggunakan unggun api. Semakin lama, tabiat ini mula hilang populariti apabila nilai kemanusiaan mula menghiasi jiwa nurani Dunia Barat.

Hari ini rata-ratanya melihat amalan silam sebagai pengαniαyααn. Namun pada ambang Halloween di Amerika Syarikat misalnya, tempat perlindungan haiwan takkan menyerahkan kucing hitam kepada sesiapa yang berminat untuk membela.

Kerana mereka cukup takut kucing ini akan dibµnµh (Boks, 2010)…. ataupun dibela setakat untuk menghiasi Halloween sahaja (kemudian dibuang macam sampah).

Walaupun Halloween pada dasarnya tiada kena mengena dengan perangai Barat suka bµnµh kucing (dulu mereka Hari Krismas pun jalankan kerja), semua orang lebih suka mengambil langkah selamat.

Akan tetapi, mereka sedar satu benda: kalau tidak bagi adoption pada orang yang berminat, kucing hitam ini berdepan dengan ris.iko lain pula.

RUJUKAN:

Boks, E. (2010, Oktober 6). The truth about black cats and Halloween. The Daily Courier.

Frazer, J. (2019). Golden Bough. Courier Dover Publications. Halaman 659.

Fumurescu, A. (2019, September 5). Compromise and the American Founding: the Quest for the People’s Two Bodies. Cambridge University Press. Halaman 28-29.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.