Marikh telah menjadi kiblat untuk dunia sains. Teknologi bagi menjayakan misi ini bukan setakat roket semata-mata.

Banyak benda diperlukan untuk membolehkan kehidupan di planet merah ini. Manusia mungkin boleh hidup tanpa hiburan.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Tetapi manusia perlu air, makanan dan minuman – wajib. Saintis mengesahkan satu benda paling penting: Marikh mempunyai air dalam bentuk ais dan wap udara (Rincon, 2020).

Penemuan dibuat selepas perayau Curiosity mengenal pasti kewujudan garam perchlorate.

Perayau Curiosity yang menjelajahi Marikh.

Senang kata, perchlorate meningkatkan potensi kewujudan bakteria pada permukaan Marikh… ini juga bermakna permukaan ini agak bah.aya untuk manusia kerana perchlorate bertok.sik (David, 2013).

Suhu Marikh pula tidak mesra untuk tumbuh-tumbuhan (Candanosa, 2017). Tanpa tumbuh-tumbuhan, tiadalah sayur atau makanan untuk sumber pedaging. Ini pun satu masalah besar.

Cuma dalam dunia sains, masalah mesti diselesaikan.

Perbezaan antara Bumi dan Marikh tidak perlu diulas panjang. Sebab memang jelas lagi nyata, juga ketara.

Bumi sangat sesuai untuk dijadikan tempat tinggal. Lembah dan tanahnya sangat subur kerana manusia, haiwan dan tumbuhan silam memainkan peranan biologi. Jasad merungkai dan kemudian bertukar menjadi baja semulajadi.

Bekalan makanan pun mempunyai manfaat besar dalam alam sekitar. Itulah kehebatan Bumi, yang diberkati sejak 4.5 bilion tahun dahulu lagi.

Manusia tidak boleh menunggu berbilion tahun untuk melihat Marikh seperti Bumi. Jadi ada satu proses kerekayasaan manusia digelar terraforming.

Seni konsep terraforming Marikh. Bumi yang tandus menjadi hijau.

Dalam proses ini, ekologi suatu planet diubah supaya atmosfera, suhu dan permukaannya seakan-akan sama dengan Bumi untuk menampung kehidupan. Dan Elon Musk mempunyai cadangan pelik.

Terraforming Dengan Cara Musk

Filem dan novel mendendangkan bahawa senj.ata nuklear boleh memµsn.ahkan segala-galanya di Bumi. Ironi juga, kerana itulah dicadangkan Elon Musk. Beliau tidak meminta supaya Bumi dibed.il nuklear.

Sebaliknya, pada tahun 2015, beliau berpendapat bahawa sen.jat.a nuklear boleh mempercepat proses terraforming Marikh.

Roscosmos membuat siasatan bersilang dan mendapati 10,000 nuklear diperlukan untuk menjayakan pelan Musk (Delbert, 2020). Bukan satu. Bukan dua. Tetapi 10,000 nuklear!

Dan beliau menegaskan bahawa Marikh takkan sesekali terc.emar kerana proses ini hanyalah pelakuran (fusion) nuklear. Mudah kata, Marikh mempunyai matahari buatan sahaja (Wall, 2019).

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Musk kiranya mahu meletµpkan dua kutub Marikh untuk menghan.cµrkan bongkah ais gergasi di sana. Letµpan ini dijangka akan mengeluarkan karbon dioksida dan wap air begitu banyak.

Secara langsung, ini ialah kesan rumah hijau yang meningkatkan suhu planet hingga mencapai taraf Bumi (terraformed).

Logik atau tidak?

Ini menurut Musk akan memberikan atmosfera baru untuk Marikh. Kemudian manusia hanya perlu tanam pokok untuk pengeluaran oksigen.

Tidak Relevan Sebenarnya

Apabila manusia merancang untuk berbuat sesuatu, kadangkala mesti ada timbal balas. Jangankan manusia – alam semulajadi juga begitu. Dalam situasi banjir misalnya, alam tidak memilih lokasi.

Mana boleh pergi, air bah pergi. Apabila manusia cuba mengubah alam semulajadi, tentu sekali akan ada masalah sampingan. Kerana 10,000 nuklear memang gila namanya.

Letµpan boleh menyebabkan debu di ruangan atmosfera. Angin laju akan menutup permukaan Marikh mungkin selama bertahun. Ini bermakna cahaya dan haba Matahari takkan masuk Marikh.

Tanpa haba, apa jadi? Sejuk lagilah. Entahnya jauh lagi sejuk daripada sekarang. Tengok saja Bumi selepas dih.entam asteroid (yang membµnµh dinosaur).

Itu baru pasal suhu. Radiasi harus diambil kira juga. Sekarang Marikh tiada lapisan ozon. Radiasi Matahari memang teruk di sana. Kalau permukaan Marikh diletµpkan dengan nuklear, lagi bertambahlah tahap radiasi di sana. Entahnya udara Marikh akan menjadi jauh lebih beracµn.

Manusia takkan boleh hidup di sana jika pelan Musk diguna pakai. Salah satu bukti mudah ialah Pripyat, Ukraine. Tanya pada diri: Kenapa sampai sekarang Donald Trump tidak buka hotel baru di kawasan Chernobyl?

Tidak bermakna Marikh takkan sesekali melalui proses terraforming secara buatan. Cuma idea menghem.paskan nuklear ke permukaan terlalu ekst.rim dan sangat beris.iko tinggi.

RUJUKAN:

Candanosa, R.M. (2017, April/May). Growing Green on the Red Planet. ACS.

David, L. (2013, Jun 13). (ditapiskan) Mars: Astronauts Must Deal With Perchlorate on the Red Planet. Space.

Delbert, C. (2020, Mei 19). Elon Musk needs 10,000+ (ditapiskan) to (ditapiskan) Mars. ‘No problem,’ he says. Popular Mechanics.

Rincon, P. (2020, September 29). Buried lakes of liquid water discovered on Mars. BBC.

Wall, M. (2019, Ogos 21). Looks Like Elon Musk Is Serious About (ditapiskan) Mars. Space.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.