Kalau kita perasan, ada beberapa buah filem-filem seram dan thriller, yang menjadikan topeng seperti mana yang saya paparkan di bahagian atas artikel ini dan digunakan sebagai thumbnail. Namun, ada sejarah yang sangat menarik mengenai topeng tersebut sehingga ia digunakan sebagai simbolik kepada kem4tian dan ketakutan.

Sejarahnya ada kaitan dengan Eropah ketika di penghujung zaman kegelapan yang melanda mereka. Sebuah wabak penyakit yang sangat dasyat yang dikenali dalam sejarah sebagai wabak Black Death yang telah memakan nyawa sebanyak 75 juta orang yang berlaku ketika dipenghujung abad ke-14 masihi.

Ketika berlaku wabak ini, terdapat sebuah kisah yang tersebar yang berkaitan dengan penyakit yang membuatkan mereka yang menderita penyakit ini, memiliki kulit yang kehitam-hitaman sehingga menjadi ilham kepada nama tragedi yang sangat menyayat hati ini.

Mereka percaya bahawa wabak ini disebarkan melalui bau busuk, yang dikenali sebagai miasma theory yang membahaskan tentang bahawa penyakit dan wabak yang berlaku ketika itu disebarkan melalui bau busuk yang datang dari mayat dan pesakit yang sedang mereput. Mereka percaya bahawa bau busuk ini akan mencemarkan udara, sekaligus mendatangkan penyakit kepada mereka yang menghidunya.

Ya, kita semua yang membaca sejarah mengetahui bahawa teori ini silap kerana pada zaman terkemudiannya dek perkembangan ilmu sains dan teknologi itu sendiri kita mendapat tahu bahawa tikus merupakan ejen kepada penyebaran kuman ini.

Pakaian ini mula diperkenalkan ketika abad ke-14 oleh para doktor di Rom dan Venetia, ketika wabak ini bermula, namun mula menjadi popular di Perancis ketika wabak yang seumpama dengan yang berlaku pada abad ke-17 melanda Eropah.

Terima kasih kepada Charles de Lorne, seorang doktor pada pertengahan abad ke-17 yang mencipta kostum ini. Charles de Lorne adalah seorang doktor peribadi yang didakwa berkhidmat untuk tiga orang raja Perancis seperti Henri IV, Louis XIII, dan Louis XIV. Setiap bahagian pada kostume doktor zaman pertengahan ini mempunyai fungsi yang dicipta berdasarkan miasma theory ketika itu.

Sebagai contoh, topeng yang membentuk seperti paruh burung ini diciptakan dengan fungsi untuk menapis bau-bau busuk yang ditakuti akan menjangkiti doktor yang bertugas merawat wabak penyakit. Dalam paruh itu, ia akan dipenuhi dan diisi dengan herba-herba yang menyebarkan bau wangi.

Ia dipercayai pada zaman itu apabila pemakai topeng tersebut dikelilingi oleh bau wangi daripada herba ubat-ubatan yang diletakkan pada paruh itu, ia sedikit sebanyak mampu melindungi pemakai dari bau busuk dan udara yang tercemar. Topi yang dipakai pula tanda kelayakan dan status mereka sebagai seorang doktor. Mereka juga akan memakai kaca mata yang diletakkan pada lubang mata pada topeng mereka.

Doktor ketika era itu juga dilihat membawa kayu yang digunakan untuk menyentuh pesakit mereka dari jauh dan juga menghalau kebanjiran mereka yang dijangkiti yang biasanya akan menyerbu ke arah doktor-doktor ini dan merayu agar mereka diselamatkan.

Mungkin sebab itu, doktor-doktor yang memakai kostum jubah hitam panjang, dengan topeng yang membentuk seperti paruh seekor burung, mereka dianggap juga membawa perlambangan kepada kem4tian dan sebagai bentuk balasan daripada TUHAN ke atas manusia.

Mungkin sebab itu, di zaman moden ini, pembunuh bersiri, manusia-manusia psiko yang membunvh tanpa ada perasaan juga digambarkan memakai topeng ini kerana pada sejarahnya, terdapat jutaan nyawa yang tidak dapat diselamatkan. Ia adalah lebih kepada simbolik kesengsaraan tragedi.

RUJUKAN:

Domagoj Valjak. (2018) The beak-nosed plague-doctor mask that continues to terrify was invented in the 17th century because of bad smells. The Vintage News.

Mohammad Kamal Kamaruddin. (2009) Sejarah Eropah. Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Helmi Effendy. (2017) Black Death: Kisah Wabak Penyakit Yang Melanda Eropah. The Patriots

BBC News. (2001) De-coding the Black Death.

Will Dunham. (2008) Black death ‘discriminated’ between victims. ABC Sciences.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.