• Antara salah satu sebab musabab doa kau orang tak makbul adalah kerana kau orang salah teknik dalam berdoa sebab tak faham apa itu takdir.
  • Sebagai contoh, jika muka kau orang hodoh lalu kau orang dengan sedihnya berdoa kepada Allah: “Ya Allah jadikanlah wajahku secantik Mackenzie Foy. Lepas doa karang, cuba kau orang pergi tengok cermin… apa yang berlaku? Muka buruk tu jugak yang kau orang nampakkan? Apa perasaan kau orang? Sedih? Kecewa,? Nak bunuh diri?
  • Jadi doa macam tu salah, dan menyusahkan orang, sebab perkara yang kau orang doakan itu termasuk dalam takdir Allah…
  • Sepatutnya kau orang doa macam nih… “Ya Allah..jadikanlah aku bersabar dengan wajahku yang hodoh ini: (sambil bersyukur kerana hakikatnya ada lagi orang yang muka lebih buruk dari kau orang) lepas doa, kau orang pergi tengok cermin..apa yang berlaku? Kalau doa ‘sabar’ kau orang makbul.. tentu kau orang cakap: “Cantik jugak aku nih, ada iras iras Karenna kapoor.. Woha!”
  • Jadi dalam doa, cuba mintak dengan Allah hari-hari agar dikurnia hati yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan bersabar dengan segala ujian.
  • Cuba tanya diri, sekarang ada kau orang doa sabar dengan apa yang kau orang tak suka? .. berapa kerat antara kita yang doa sabar dengan kesusahan berbanding yang berdoa supaya kesusahan tu hilang?
  • Dengan benda yang kita suka pun tak boleh nak sabar, seperti, alahai… lambatnya gaji… apahal awek aku tak telefon ni, lambatnya cuti. Apatah lagi kita nak sabar dengan benda yang kita benci! Jadi kau orang tahu kenapa Allah bertalu-talu bagi kau orang susah? Adakah Allah nak kau orang ingat pada Dia dengan mintak di hilangkan kesusahan? Atau Allah nak kau orang bersabar dengan kesusahan sambil ingat Dia supaya darjat kau orang naik?
  • Dan jika kau orang tak mampu nak sabar, kenapa tak mintak “hati yang bersabar”?
  • Nampaknya aku kena bukak cerita Nabi Ayub a.s, tapi lebih baik kau orang rujuk orang yang ahli. Antara nikmat yang terbesar dalam hidup yang pernah di ungkapkan oleh seorang sahabat Nabi: “HATI YANG SENTIASA BERSABAR”
  • Cuba rajin buka kitab, rujuk cerita sahabat Nabi S.A.W yakni: bila batu dihempap atas dada Bilal Ra, Bila Khabbab RA di seret atas bara api sampai bara api padam kerana lelehan lemaknya, Bila Sumayyah di seksa, Bila Abu Bakar RA di pukul sampai rata mukanya, Bila Nabi sendiri di baling batu, Apakah kau orang ingat Allah tak boleh halang orang kafir? Buat batu tu berhenti macam Neo dalam The Matrix hentikankan peluru? Kenapa Allah biarkan sahaja Nabi-Nya dibaling batu dan sahabat Nabi di seksa?
  • Tak lain tak bukan… Kerana Allah nak uji iman mereka, dengan perantaraan sabar!
  • ALLAH SANGAT SUKA DENGAN GOLONGAN YANG BERSABAR DENGAN MUSIBAH!
  • Apa pesan Nabi pada Bilal, Khabab, Sumayyah, kelarga Yasir dan lain lain?:

    Bersabarlah…sesengguhnya Allah bersama kita, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar… dan..SABAR itu kepala kepada iman!

  • Sebab tu aku nak tanya kau orang, bila Allah datangkan kesusahan dalam hidup kau orang? Ada kau orang mintak hati yang bersabar? Tidak, sebaliknya kau orang menjerit terlolong sana sini dan salahkan orang lain, salahkan kerajaan, salahkan polis, salahkan sekolah…akhirnya jiwa jadi menderita..tertekan, gila babi, lalu bunuh diri! Nauzubillah.
  • Cuba rujuk cerita bila Nabi zakaria a.s di gergaji oleh orang kapir…Nabi Zakaria mengerang kesakitan,.lalu Allah tegur, jika kamu mengeluh, kamu akan di buang daripada senarai kenabian. Lalu Nabi Zakaria ‘senyap’ menahan kesakitan di gergaji sampai jadi mayat.
  • Cuba rujuk kisah Nabi s.aw waktu di baling batu kat Taif.. malaikat tawarkan nak terbalikkan bumi taif, Nabi sabar dan doa kebaikkan untuk mereka sambil air mata Nabi bergenang.
  • Cuba rujuk kisah ketika Nabi musa sebelum menjadi Nabi, sedang jaga sekumpulan kambing, tiba-tiba sekor telah lari (macam Ahmad Albab daa). Nabi musa kejar itu kambing, tapi itu kambing lari jugak..sampai satu tahap, kambing tu penat berlari dan badannya luka kerana tergores sana-sini, begitu jugak Nabi Musa a.s yang luka kerana kejar dia punya kambing.

    Tapi bila dah dapat kambing itu, nabi Musa tak adeaah nak terajang ke atau nak lempang kambing tu sebab menyusahkan dia. Apa yang Nabi Musa buat ialah belai dan gosok dia, sambil berkata; “Kesian kau kambing, kenapa susah-susah begini?” Lalu mendukung kambing itu bawak pulang, maka pada ketika itu juga Allah berfirman kepada malaikat Jibrail AS untuk melantik Nabi musa sebagai Nabi kerana ada sifat sabar… subhanaAllah…

  • Itu belum aku cerita Nabi khaidir yang enggan menerima anak murid untuk belajar dengannya walaupun seorang Nabi kerana tidak mempunyai sifat sabar.
  • Oleh yang demikian, Kerana itulah antara Nikmat yang besar dalam hidup adalah memiliki hati yang sabar…
  • Kau orang tahu apa itu sabar? Sabar terbahagi kepada dua: Satu: Sabar dalam mengerjakan amal kebaikkan Dua: Sabar menahan segala penderitaan.
  • Jadi maksud sabar dalam mengerjakan kebaikkan adalah: TAAT SEGALA PERINTAH ALLAH SAMPAI MATI!
  • Dan maksud sabar dalam menahan segala penderitaan..adalah : TAHAN UJIAN ALLAH SAMPAI MATI! SAMA ADA ALLAH HILANGKAN KESUSAHAN INI DENGAN BERKAT KESABARAN SAYA, ATAU SAYA MATI MENAHAN UJIAN ALLAH!
  • Dan kita semua beruntung sebab Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT.. Cuba Allah suruh cari pertolongan dengan sabar dan PUASA atau sabar dan HAJI..jenuh kita nak dapatkan kesabaran itu….so adil sangat bila Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT.
  • Ni lagi satu…bila kau orang ada hajat dan buat solat hajat, berapa raka’at kau orang solat hajat? Apa? Tak dengar… dua? DUA SAHAJA? Saidina Ali yang tiada makanan solat 12 raka’at baru Allah bagi rezeki yang melimpah ruah, aku yang banyak dosa ni..solat hajat dua raka’at sajer supaya dimudahkan urusan hutang piutang..oh…kalau lah malaikat tu jenis makluk yang ada sifat penat, tentu malaikat tu penat tulis dosa aku, adohai…
  • MORAL: bila susah, bersolatlah…dan mintak dengan Allah hati yang bersabar. Dan sudah menjadi janji Allah untuk menghapuskan kesusahan kamu selepas kamu bersabar.
  • Jadi yang tak tahan dengan karenah suami, dah doa belum sabar dengan sifat suami?
  • Yang tak tahan dengan karenah majikan, dah doa belum sabar dengan sifat majikan?
  • Yang tak tahan dengan masakan isteri tak sedap, dah doa belum sabar dengan rezeki Allah?
  • Yang tak tahan dengan karenah anak-anak, dah doa belum sabar ngan sifat anak?
  • Yang tak tahan dengan karenah pemimpin, dah doa belum sabar ngan sifat pemimpin?
  • Bila kau orang ada sifat sabar, masalah kau orang akan lebih senang diselesaikan berbanding orang yang tak ada sifat sabar ditimpa masalah. Peniaga yang Berjaya, ahli sukan yang Berjaya, pelajar yang berjaya isteri yang Berjaya, pemimpin yang Berjaya, mereka semua ada sifat sabar yang luar biasa.
  • Lagi satu ada ustaz cakap, Allah akan betulkan orang yang menyusahkan kita bila kita bersabar dengan mereka, (macam Nabi dan penduduk mekah) dan Allah akan biarkan mereka menyusahkan kau orang yang tak nak bersabar dengan mereka!
  • Ketahuilah, Allah yang keluarkan masalah, Allah juga yang menyelesaikan masalah.., kembalilah kepada Allah.
  • Ada ustaz cakap, Seorang isteri yang bersabar dengan karenah suaminya-Allah akan hantar Malaikat untuk memperbetulkan akhlak suaminya. Seorang rakyat yang bersabar dengan karenah pemimpinnya-Allah akan hantar Malaikat untuk memperbetulkan akhlak kerajaanyanya.
  • Apa yang Allah telah takdirkan, macam rezeki, ajal, jodoh… kau orang tak payahlah nak kena doa sampai keluar air mata darah, ada benda lain lagi yang patut kau orang doa sampai keluar air mata darah!
  • Antaranya..HIDAYAT DAN HATI YANG SENTIASA BERSABAR.
  • Minta jugak dengan Allah supaya bagi hati yang sentiasa bersyukur.
  • Bila kau orang ada sifat syukur, masalah kau orang akan lebih senang diselesaikan berbanding orang yang tak ada sifat syukur ditimpa masalah. Peniaga yang berjaya, ahli sukan yang berjaya, pelajar yang berjaya, isteri yang berjaya, pemimpin yang berjaya, mereka semua ada sifat syukur yang luar biasa.
  • Perkara seterusnya kau orang dan aku kena mintak dengan Allah supaya bagi sifat ikhlas dalam beramal, dan seterusnya kau orang kena mintak dengan Allah supaya bagi hati yg sentiasa takut dengan dosa yang lalu dan akan datang.
  • Ketahuilah, orang yang jahat adalah orang yang lupa pada dosanya, Orang yang baik adalah orang yang lupa pada amalnya,
  • Ya Allah, PILIHlah aku menjadi orang Islam yang soleh. Ya Allah, GUNAkanlah aku menjadi orang islam yang soleh. Ya Allah, BANTUlah aku menjadi orang islam yang soleh. Ya Allah, TERIMAlah aku menjadi orang islam yang soleh.
  • Hari ini kita semua telah dipilih menjadi orang Islam, tapi takut bila kita mati kelak, kita tidak diterima sebagai seorang Islam, maka mintaklah dengan Allah supaya gunakan kita sebagai asbab hidayat dan mintaklah Allah Bantu kita dalam mencari hidayat dan menjadi asbab hidayat.
  • Bagi mereka yang ditimpa masalah, ingatlah: Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah ‘indah-nya’ penderitaan ini…”

Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hamka keretamayat adalah seorang penulis, penceramah bebas, pembuat tanjak. Sudah tiga belas buah buku pelbagai tajuk di tulis oleh beliau seperti: Kisah Laki Bini, Kerana Dia Anak Syurga, Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha, Permata Yang Hilang Kini Dijumpai, Mengeteh DI Kubur Ayah dan banyak lagi. Untuk kenali Hamka Keretamayat secara lebih dekat, boleh godek godek atau follow link ini: Youtube Channel https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube) FB Page https://www.facebook.com/keretamayat/ (Facebook Page) IG https://www.instagram.com/hamka_keretamayat/ (Instagram) Blog http://keretamayat.blogspot.com/ (Blog) Telegram https://t.me/keretamayat (Telegram) Terima kasih sudi follow, walau hakikatnya, kereta mayat sedang follow anda semua. Woha!

Comments are closed.