Selalunya, benda yang paling bermasalah pun tentang daun ketumbar ialah keserupaannya dengan daun sup. Semasa aku bekerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya, aku kerap kali melalui situasi di mana pembeli tersilap beli daun sup dan daun bawang. Alah, tak payah cakap pasal mereka, anda pun sama je waktu pertama kali beli daun bawang dan daun sup. Sudah serupa sitkom komedi, ya?

Sekurang kurangnya, inilah sitkom komedi ‘real’ yang ada di Malaysia. Berlainan dengan kita, dunia Barat juga mempunyai permasalahan dengan daun ketumbar. Cumanya, ia bukan disebabkan tak reti beza dedaun tu, tapi disebabkan daun ketumbar rasa seperti…sabun.

Kita ambil sahaja contoh nama daun ketumbar itu sendiri. Ia dikenali sebagai ‘cilantro’ ataupun ‘coriander’. ‘Coriander’ pula berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘pepijat’. Kita juga ada pendapat menarik yang disebut oleh personality chef terkenal, yakni Julia Child. Menurut beliau, daun ketumbar dan aragula adalah daun herba yang dibencinya dan sekiranya dijumpai dalam makanannya, beliau akan kutip dedaun tersebut dan mencampaknya ke atas lantai.

Perkara ini bukan eksklusif pada Julia Child sahaja. Segelintir orang Barat juga akan asingkan daun ketumbar daripada makanan mereka sekiranya ada. Sebagai contoh, dapatan Dr. Helen Leach mendapati kitab kitab bertani Perancis dan kitab memasak Inggeris abad ke 16 mengandungi pelbagai rujukan daun ketumbar ni rasanya seperti serangga.

Gambar 1: Julia Child, chef personaliti terkemuka dari Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, bukan semua orang Barat bencikan daun ketumbar. Ia bukan seperti durian, di mana semua menyebutya sebagai busuk. Hanya segelintir sahaja, seperti yang disebut dalam perenggan sebelum ini. Kenapa boleh jadi macam ni?

Persoalan ini terjawab kalau kita kaji bahan kimia yang terkandung dalam daun ketumbar, Pertamanya, sebagaimana herba beraroma yang lain, daun ketumbar mempunyai bahan kimia daripada keluarga aldehida (aldehyde). Sebagai perbandingan, kayu manis yang beraroma juga mempunyai aldehyde, dengan nama cinnamaldehyde.

Gambar 2: Antara sejumlah bahan kimia beraroma dan aldehida dalam herba makanan. Hak milik Ceylan dan Fung (2004).

Kemudiannya, manusia dicipta dalam keadaan semua orang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini sebagai contohnya ialah sensitiviti kita terhadap sesuatu. Dalam kes daun ketumbar ini, ada sesetengah orang mempunyai mutasi genetik yang membenarkan mereka membau komponen kimia aldehyde yang ada dalam daun ketumbar dan sabun.

Gen yang bertanggungjawab pada masalah ini ialah gen reseptor OR6A2, dan sejumlah majoriti manusia yang tiada gen ini dapat menikmati daun ketumbar seperti biasa. Selain sabun, serangga yang berbau busuk juga diketahui untuk mempunyai bahan kimia kaya aldehyde, sekaligus memungkinkan sebab musabab kenapa ‘coriander’ bermaksud pepijat.

Disebabkan mutasi inilah, terdapat sejumlah minoriti yang signifikan dalam kalangan orang Eropah yang mengaitkan bau dan rasa daun ketumbar seperti sabun. Dalam sebuah kertas kajian, saintis saintis ini mendapati sekitar 13% orang Eropah mengatakan daun ketumbar ini rasanya seperti sabun. Berbanding orang Eropah, hanya 8.4% orang Asia Timur dan 3.9% orang Asia Selatan sahaja yang mengatakan daun ketumbar mempunyai rasa seperti sabun.

Namun, seorang ahli saintis neuro, Dr. Jay Gottfried mempunyai pendapat yang berlainan. Menurutnya, otak kita ni mampu dididik untuk menyukai rasa daun ketumbar sekalipun kita pembenci daun ketumbar. Hal ini berdasarkan pengalamannya sendiri di mana beliau dahulu adalah pembenci tegar daun ketumbar. Perihal ini menceritakan masalah ini barangkali hanyalah permasalahan psikologi.

Sambung Dr. Jay lagi, apabila kita memakan sesuatu makanan, otak kita akan mendaftar rasa makanan tersebut dengan pengalaman silam. Bagi orang Malaysia, mungkin otak kita akan mendaftar rasa daun ketumbar itu dengan makanan seperti tom yam, makanya kita mampu menikmati makanan tersebut.

Bagi orang Eropah, barangkali otak mereka mendaftar rasa daun tersebut dengan sabun, jadi mereka tak dapat nak menikmati rasa daun berkenaan. Walau bagaimanapun, perkara ini boleh diubah sekiranya mereka ini memakan makanan sedap yang menggunakan daun ketumbar. Dr. Jay ini asalnya pembenci daun ketumbar tapi akhirnya menjadi penggemar daun ketumbar selepas otaknya sudah mendaftar rasa daun berkenaan.

RUJUKAN:

Ceylan, E., & Fung, D. Y. (2004). Antimicrobial activity of spices 1. Journal of Rapid Methods & Automation in Microbiology12(1), 1-55.

Eriksson, N., Wu, S., Do, C. B., Kiefer, A. K., Tung, J. Y., Mountain, J. L., … & Francke, U. (2012). A genetic variant near olfactory receptor genes influences cilantro preference. Flavour1(1), 22.

Mauer, L., & El-Sohemy, A. (2012). Prevalence of cilantro (Coriandrum sativum) disliking among different ethnocultural groups. Flavour1(1), 1-5.

McGee, H. (2010). Cilantro haters, it’s not your fault. The New York Times13.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.