Kalau ikut saiz, teknologi dan tamadun, Empayar China pernah jauh lebih maju berbanding Eropah. Tapi kenapa China tak jadi kuasa penjajah global macam British, Sepanyol atau Belanda?
Jawapannya bukan kerana China tak mampu. Tapi kerana mereka tak minat.
Sekitar abad ke-15, China di bawah Dinasti Ming memiliki armada laut paling hebat di dunia. Laksamana terkenal Zheng He belayar jauh ke Asia Tenggara, India, Timur Tengah dan sampai ke pantai Afrika Timur. Jauh lebih awal daripada pelayaran Vasco da Gama atau Christopher Columbus.
Kapal Zheng He pula bukan sembarangan. Ada yang sepanjang 120 meter, jauh lebih besar daripada kapal Eropah ketika itu. Mereka bawa barangan mewah seperti emas, porselin dan sutera untuk ditukar dengan hadiah eksotik dari tanah asing. Tapi yang menarik, China tak jajah mana-mana tempat pun.
Mereka datang, tunjuk kuasa, jalin hubungan diplomatik, dan pulang ke tanah air.
Namun, selepas tujuh ekspedisi laut, Maharaja tiba-tiba hentikan semuanya. Armada dibubarkan, kapal-kapal dibakar dan China mula mengasingkan diri. Inilah polisi baru Ming yang dikenali sebagai Haijin atau polisi larangan laut.
Kenapa?
Kerana bagi elit Dinasti Ming, dunia luar dianggap tak penting. Mereka percaya China adalah “Zhongguo” atau pusat dunia dan tak perlukan pengaruh luar. China boleh berdiri di atas kaki sendiri!
China juga lebih risau tentang kestabilan dalaman, ancaman dari Mongol di utara, dan urusan birokrasi yang kompleks. Menghantar armada besar setiap tahun dilihat sebagai pembaziran yang tidak membawa pulangan segera.
Pada masa yang sama, Eropah berada dalam keadaan sebaliknya. Negara-negara kecil seperti Portugal, Sepanyol dan Britain tengah berdepan tekanan ekonomi dan politik. Mereka agresif, tamak, dan sanggup gunakan kekerasan demi cari tanah baru, rempah, emas dan kuasa. Mereka menjajah bukan kerana mereka kuat, tapi kerana mereka terpaksa.
China pula sudah kaya, stabil dan merasa cukup dengan apa yang ada… tapi sikap “cukup” itu akhirnya menjadi titik kelemahan yang bakal merugikan China ratusan tahun selepas itu.
Kesimpulannya, China tak menjajah bukan sebab tak mampu, tapi kerana mereka pilih untuk tidak melakukannya. Tapi dalam dunia geopolitik, siapa yang tidak mengejar kuasa, akhirnya akan ditinggalkan dan terpaksa tunduk kepada yang lebih agresif
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.