Lepas korang dengar berita tentang penemuan candi terbaru di Bukit Choras, pernah tak korang terfikir kenapa candi-candi kat sini tak macam kat Indonesia?

 

Persoalan ni sangat berkait dengan Indianisasi di Kedah Tua. Indianisasi ni umumnya ialah satu proses penerimaan budaya masyarakat India dengan masyarakat tempatan. Hal ni dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti perdagangan dari pedagang dan pengembara India ke Asia Tenggara.

 

Peringkat Indianisasi boleh dibahagikan kepada 4 iaitu:-

1. Ekonomi

2. Teknologi

3. Keagamaan dan kebudayaan

4. Penulisan dan undang-undang

 

Kawasan yang berbeza memiliki tahap penerimaan dengan kadar yang berbeza. Masyarakat yang tinggal di kawasan berbeza memiliki bentuk persekitaran yang berbeza ni mempengaruhi kebudayaan di setiap tempat.

 

Kebudayaan masyarakat di Semenanjung Tanah Melayu memiliki kawasan hutan tebal tidak boleh disamakan dengan kebudayaan masyarakat di Kepulauan Jawa yang memiliki kawasan tanah pamah yang luas serta sangat subur hasil dari tanah gunung berapi.

 

Masyarakat di Kepulauan Jawa terima Indianisasi mengikut bukti lambakan penemuan-penemuan arkeologi seperti Candi Borobudur, Candi Prambanan serta masyarakat di Bali yang masih mengamalkan budaya Hindu di dalam kehidupan mereka.

 

Peringkat Indianisasi di Kedah Tua terhenti sehingga peringkat kedua sahaja iaitu indianisasi dalam teknologi dengan buktinya yang ada pada tapak peleburan besi di Sungai Batu dan tapak pembuatan manik di Sungai Mas.

 

Indianisasi di Kedah Tua mungkin datang mengikut teori pembudayaan. Teori ni menyatakan penduduk Kedah Tua terima sebilangan aspek-aspek kebudayaan India dan mengubahsuai mengikut pembudayaan tempatan.

 

Teori ni agak tepat kerana candi-candi yang wujud di Kedah Tua dan tinggalan-tinggalan yang dijumpai di Lembah Bujang kesemuanya tidak sebesar Angkor Wat atau Candi Borobudur dan hanya dijumpai di kawasan yang dahulunya ialah kawasan pantai.

 

Berkemungkinan besar penduduk Kedah Tua hanya membina candi-candi ini kepada pedagang-pedangang dan mungkin juga kepada golongan elit. Sekiranya rakyat Kedah keseluruhannya menganut agama Hindu-Buddha, pasti akan ada penemuan candi-candi di bahagian tengah dan timur Kedah seperti di Gurun, Baling dan lain-lain.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Jangan lepaskan peluang bermula hari ini sehingga 8 Oktober ini, ada diskaun RM10 untuk semua buku kami! Inilah masanya untuk korang dapatkan JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU dengan harga istimewa dari kami!

https://bit.ly/JSSMI


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply