Selalu bila petang petang, kita akan nampak kawan kawan burung terbang di langit banyak banyak. Kalau burung merpati tu benda biasa, mungkin sebab diorang nak balik sarang. Tetapi ada burung yang terbang ni burung yang kita tak pernah jumpa, cantik cantik pulak tu. Itupun kita akan nampak burung burung ni setahun sekali je. Kenapa diorang terbang ramai ramai dan diorang nak pergi mana.
Hal ni kita panggil sebagai migrasi burung. Ada sesetengah burung di dunia ni dia akan bermigrasi dari tempat asal dia ke negara lain. Dalam kebanyakan kes, benda ni sebab negara asal diorang dilanda musim sejuk, jadi makanan jadi tak cukup dan cuaca jadi bahaya untuk diorang. Oleh itu, diorang akan terbang ramai ramai ke negara lain, kadang kadang sampai ribuan kilometer jauhnya.
Sebab diorang nak lari dari musim sejuk, jadi destinasi diorang ialah negara yang tengah musim panas. Ini menjadikan negara kita, negara yang sentiasa panas, popular dalam kalangan burung bermigrasi ni, sama ada dia jadikan tempat persinggahan atau tempat dia tinggal sampai negara asal dia dah tamat musim sejuk. Contoh burung tersebut ialah Helang Tikus dan Itik Belibis.
Antara kawasan yang jadi titik merah bagi burung bermigrasi ni ialah Tanah Bencah Kuala Baram di Sarawak dan Tanjung Tuan, Melaka. Nak tahu burung tu asal dari mana, kita kena tengok bulan berapa dia bermigrasi. Kalau dia migrasi sekitar bulan Mac – April, maka burung ni datang dari hemisfera utara macam Eropah, USA dan Jepun. Kalau bulan Julai – Ogos, maka dia datang dari hemisfera selatan macam Australia dan Argentina. Hemesifera selatan ni musim dia terbalik berbanding hemisfera utara. Kalau bulan Mac tu musim sejuk di Perancis, bulan tu musim panas di Australia. Kalau bulan Ogos tu musim sejuk di Australia, bulan tu musim panas di Perancis.
Oleh sebab tu, kalau korang nak tangkap gambar burung cantik cantik, korang cari kawasan titik merah burung ni mendarat sekitar bulan Mac-April atau Julai-Ogos. Selalunya diorang akan mendarat dekat tempat banyak makanan lah macam Tanjung Tuan tu kawasan bakau.
Tapi benda ni tak spesifik pada burung je. Manusia pun ada musim migrasi dia. Contoh sekitar bulan Ogos sampai bulan Mac akan ada musim manusia bermigrasi masuk gua. Ada dari bangsa Arsenal, ada dari M.U dan yang paling ramai dari bangsa Liverpool. Kenapa diorang ada dalam tu? Wallahualam.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih