Korang kalau nak post pasal Palestin, tolonglah jangan salah letak bendera. Ini pergi letak bendera Jordan.
Salah bang.
Tapi, bukan dua ni je yang lebih kurang sama, tengok je gambar ni. Berapa banyak yang lebih kurang sama.
Bendera diorang ni wajib ada merah, putih, hitam, hijau. Kenapa eh? Merahmu bara semangat waja ke?
Bukan. Cerita dia bermula dari zaman Perang Dunia Pertama.
Revolusi Arab.
Gerakan Hijjaz tuntut pembebasan daripada kerajaan Uthmaniyyah yang ketika itu dipimpin oleh Sultan Mehmed V.
Gerakan Hijjaz ni disokong kuat oleh British dan Perancis. British janji nak iktiraf negara untuk orang Arab kalau revolusi ni berjaya.
Kerajaan Uthmaniyah pulak masa tu buat “geng” dengan Empayar Jerman dengan bantuan kerajaan kecil Khalifah Rashidi dinamakan sebagai kerajaan Jabal Shammar yang ketika itu mentadbir beberapa kawasan sekitar Arab Saudi, Iraq dan Jordan sekarang.
Sebagai simbolik rasmi permulaan penentangan ini, gerakan Hijjaz isytiharkan penubuhan Kerajaan Hijjaz yang bertapak di kawasan Semenanjung Arab dengan Mekah menjadi pusat pentadbiran kerajaan diorang.
Jun 1916 menjadi titik bermulanya revolusi masyarakat Arab bangkit atas semangat penyatuan kebangsaan.
Selepas pertempuran demi pertempuran antara kedua-dua pihak, tentera Uthmaniyah gagal melawan tentera Hijjaz yang disokongan kuat British. Banyak lokasi strategik dah dirampas dan dikuasai.
Faisal, anak kepada pemimpin Hijjaz Hussain bin Ali al-Hashimi berjaya rampas Aqaba di Jordan dengan bantuan Jeneral British bernama Sir Edmund Allenby.
Dengan penaklukan Aqaba, Faisal satukan pelbagai kumpulan pejuang revolusi di bawah satu unit bernama Angkatan Tentera Arab Utara.
Angkatan Tentera Arab Utara terus mara sehingga tiba ke pusat pentadbiran empayar Uthmaniyah di Damsyik dengan bantuan kavalri dari Australia pada 1 Oktober 1918.
Sebulan kemudian, kerajaan Uthmaniyah tawarkan gencatan senjata dan rundingan atas meja. Kerajaan Hijjaz berjaya capai matlamat mereka untuk ditubuhkan.
Namun perjanjian rasmi di antara Britain dan Perancis yang dimeterai tahun 1919 meminimakan kawasan taklukan Hijaz.
Perjanjian Sykes-Picot. Ya, perjanjian yang sama yang menubuhkan Mandat Palestin.
British dan Perancis sama sama berbincang hanya sesama mereka, mengagihkan Iraq, Palestin dan Transjordan kepada British sementara Perancis takluk Syria.
Raja Hussin yang ditabalkan sebagai raja kerajaan Hijjaz terpaksa berpuas hati dengan jajahan yang lebih kecil saiznya berbanding apa yang dijangka.
Naik ke takhta mentadbir jajahan takluknya, Raja Hussin nampak sendiri jatuhnya kawasan-kawasan jajahan Uthmaniyah ke tangan orang barat. Baginda kecewa dengan British sebab merencanakan perpindahan orang Yahudi ke Palestin.
Sedar dirinya telah diperguna, Raja Hussin sedar lama-kelamaan pengaruhnya sudah tiada dek dipermainkan kuasa barat
Rampasan kuasa dilakukan oleh orang Bani Saud ke atas jajahan Hijjaz memaksa Raja Hussin dan kerajaannya melarikan diri mencari suaka di mana anak-anaknya memegang kuasa.
British dan Perancis yang sebelum itu bergelar sahabat hanya melihat saja.
Kerajaan Hijjaz hilang penguasaan ke atas lokasi penting kota suci Mekah dan Madinah, sementara Hussin dibuang ke Cyprus di mana baginda menghabiskan hari-hari tua sebelum meninggal dunia di Amman, Jordan dalam tahun 1931.
Mana cerita pasal bendera tadi?
Ni nak cerita, inilah panji yang dipegang gerakan Revolusi Arab yang lebih dikenali sebagai bendera Hijjaz menggunakan warna merah, hitam, hijau dan putih.
Bendera ni direka oleh Mark Sykes, pegawai diplomat Britain bersama pemimpin gerakan Hijjaz, empat warna dipilih mewakili makna simbolik masyarakat.
Hitam mewakili panji hitam yang diguna kerajaan Islam terdahulu ketika era Rasulullah (saw) dan Khulafa al-Rasyidin.
Putih mewakili panji putih era Khalifah Umayyah.
Merah pula mewakili warna Bani Hashim.
Hijau pula mewakili agama Islam yang dipegang.
Bendera ni lah yang jadi acuan kepada bendera negara-negara Arab moden sekarang.
Oleh: Azizul Farhan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih