Bab memanah ni orang Korea memang power namati.

Tiap Olimpik hampir sapu bersih pingat emas kategori memanah.

Team wanita dia tak pernah kalah sejak 1988. Dapat emas 9 kali berturut-turut termasuk kali ini.

Ini ada kaitan dengan sejarah orang Korea sebagai bangsa pemanah.

Disebabkan geografi Korea yang bergunung-ganang, orang Korea tak dapat nak cucuk tanam macam orang China yang hidup di tanah rata. Jadi orang Korea kena menguasai busur dan anak panah untuk memburu binatang.

Pengasas kerajaan Goguryeo (salah sebuah kerajaan pada zaman Samguk / Tiga Kerajaan), Jumong juga terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.

Sebuah lagi kerajaan iaitu Silla juga mempunyai pasukan pahlawan elit bernama Hwarang yang mahir memanah sambil menunggang kuda.

Dan sebagai negara yang tersepit antara dua kuasa besar (China dan Jepun), busur dan anak panah dilihat sebagai senjata yang paling efisien dan “cost-effective” untuk tujuan melawan tentera China dan Jepun yang lebih ramai dan canggih.

Menurut lagenda, Yang Manchun menyelamatkan Goguryeo daripada serngan China dengan menembak anak panah tepat ke mata maharaja China, Li Shimin yang mengetuai tentera China.

Raja Gongmin pada zaman Goryeo dikatakan pernah bunh 70 askar Jepun dengan memanah. Gila badass.

Walaupun cerita-cerita ni bersifat lagenda, tapi ia menunjukkan kepentingan memanah dalam budaya dan identiti Korea.

Di zaman moden, walaupun anak panah tidak lagi relevan untuk berprang, kerajaan sejak 1980an tetap promote ia sebagai sukan kebangsaan yang harus dipelajari.

Sebab tu kita tengok selebriti diorang rilek je memanah. Itu baru amateur. Kalau profesional, memang tak ada can lah negara lain.

Bangsa yang hebat, diorang memahami kekuatan sendiri berdasarkan sejarah, dan kemudian mengharumi nama negara dengannya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.