Semua mesti naik muak dengan apa-apa saja benda berkaitan dengan COVID-19. Tidak pelik – sebab isu ini sudah berlarutan terlalu lama.

Mula Disember 2019 sampailah hari ini, masih belum ada kesudahan walaupun COVID-19 semakin ditewaskan.

Cuma dalam dunia saintifik, COVID-19 adalah topik sangat menarik kerana masih banyak benda saintis belum tahu. Sampai hari ini belum ada nokhtah mengesahkan kedatangan SARS-CoV-2.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Sama ada 1) virus mula merebak daripada pasar basah Wuhan atau 2) virus berevolusi secara semulajadi dan dibawa ke pasar basah Wuhan kerana titik keramaian. Yang pasti, Wuhan adalah mangsa pertama dalam pandemik ini.

Ramai orang sudah merasa azab SARS-CoV-2. Sama seperti Influenza, virus SARS-CoV-2 juga bersifat reverse zoonosis (Ayudhya & Kuiken, 2021).

Zoonosis adalah apabila kitaran semulajadi dipintas.

Untuk pengetahuan semua, zoonosis adalah definisi saintifik sesuatu kuman merebak daripada haiwan ke manusia. Kalau reverse zoonosis pula, kuman zoonosis yang kembali ke haiwan.

Kira senang cakap, virus SARS-CoV-2 yang ada pada manusia merebak ke haiwan pula. Banyak haiwan sudah terjejas, seperti gorila, harimau dan kucing serta anjing.

Babi seolah-olah kebal pula. Kenapa?

Dasar Babi Yang Kuat Imuniti

Persepsi umum menyatakan babi ada banyak kuman sampai boleh kebal SARS-CoV-2. Ini persepsi umum sajalah. Tidak boleh pegang sepenuhnya, kalau ingin mengkaji secara saintifik.

Banyak eksperimen dibuat untuk memahami kenapa SARS-CoV-2 membabi apabila didedahkan pada babi. Saintis kena bagi dos SARS-CoV-2 yang tinggi baru babi disahkan positif.

Masalah sekarang: hanya babi tersebut sahaja yang positif. SARS-CoV-2 takkan merebak ke babi lain. Bayangkan sebuah keluarga babi. Bapa Babi pergi kerja untuk menafkahi Ibu Babi dan Anak-Anak Babi.

Kalau seekor kena, lain tidak kena. Kenapa?

Sebagai bapa, kenalah kerja. Babi pun malu nak jadi macam manusia yang lari daripada tanggungjawab nafkah sampai kena naik mahkamah.

Kebetulan Bapa Babi terkena SARS-CoV-2. Balik rumah jumpa keluarga. Tetapi SARS-CoV-2 takkan merebak, kerana dalam babi statusnya hanyalah self-limited (Nelli, et al., 2021).

Jadi kerja saintis adalah untuk mengenal pasti kenapa SARS-CoV-2 bersifat sedemikian pada babi. Universiti Iowa pun meluluskan kajian. Dan mereka mendapati babi sebenarnya mudah terkena jangkitan.

Babi ada satu keistimewaan. Selepas terkena jangkitan, sel-sel berkenaan akan mengalami proses apotopsis. Dengan kata mudah, sel-sel terjangkit SARS-CoV-2 akan bunuh diri terus… menyelamatkan organisme itu sendiri.

Nukleus sel babi yang terkena jangkitan terus pecah menjadi cebisan-cebisan yang membunuh sel tersebut. Sel-sel sihat elok tidak mengharungi apa-apa perubahan.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Apabila sel babi bunuh diri, maka SARS-CoV-2 perlu bekerja keras (dos lebih tinggi). Virus perlu rosakkan sebanyak mungkin sampai tidak sempat apotopsis.

Kepantasan Apoptosis Babi

Mungkin ada yang fikir – jika proses apoptosis menyelamatkan babi, kenapa manusia tidak boleh buat benda sama? Puncanya, manusia dan babi ada fitrah apotopsis.

Tetapi apoptosis babi sebenarnya 100 kali ganda lagi pantas untuk dibandingkan dengan apoptosis manusia.

Berbeza dengan manusia yang lebih cenderung menjalankan proses necrosis (kematian sel yang tidak terkawal seperti apotopsis).

Necrosis “melingkup” secara tidak terkawal, berbeza dengan apoptosis.

Dapatan ini memberi titik pemahaman pertama tentang punca babi agak kebal.

Sekarang kalian yang membaca kena share artikel ini, sebab tujuan kami tulis artikel ini adalah untuk minta saintis-saintis Iowa kaji apoptosis sel manusia yang tidak pandai bagi signal. Kerana unsur kebabian dalam kalangan mereka perlu dikaji.

RUJUKAN:

Ayudhya, S., & Kuiken, T. (2021). Reverse Zoonosis of COVID-19: Lessons from the 2009 Influenza Pandemic. Veterinary Pathology. 58 (2): 234-242.

Nelli, R., et al. (2021). Enhanced apoptosis as a possible mechanism to self-limit SARS-CoV-2 replication in porcine primary respiratory epithelial cells in contrast to human cells. Cell Death Discovery. 7 (1).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply