Tidak kira negara mana sekalipun, ayam mesti jadi makanan utama rakyat marhaen. Kalau tengok di Malaysia, ayam dan telur adalah segala-galanya untuk mengawal perbelanjaan harian.

Sebab itulah dua makanan ini tidak boleh terlalu mahal. Kalau boleh, setiap potongan ayam mesti dalam lingkungan RM1 hingga RM1.50.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Kerana ayam mengandungi segala kelengkapan untuk bantu mengawal berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung… sambil mencukupkan bekalan protein yang diperlukan untuk tumbesaran (Van De Walle, 2018).

Tetapi perasan tidak – saiz ayam sekarang semakin besar sampai tidak munasabah pula jadinya. 70 tahun yang lalu, purata berat ayam selalunya dalam 905 gram sahaja.

Dua dekad kemudian, puratanya sudah naik dua kali ganda iaitu ke paras 1.8 kilogram. Zaman sekarang, berat ayam selamba cecah 3 kilogram sampai ada yang menyentuhi paras 4.2 kilogram.

Perbandingan paling penting yang mesti diketahui.

Banding 4.2 kilogram dan 900 gram – jauh sangat jurangnya. Apa yang menyumbang pada pembesaran ayam sedemikian rupa? Lebih daripada empat kali ganda jadinya.

Bukan Faktor Kimia Pun

Ramai percaya ayam terlalu besar tidak baik untuk kesihatan. Sebenarnya, tidak. Ayam tetap ayam dengan nilai selamat dan bahaya yang sama.

Tengok perbandingan ayam 1957, 1978 dan 2005. Saiz kaki lebih kurang sama saja. Yang betul-betul menentukan berat adalah dadanya.

Industri ternakan sudah lengkap dengan dedak makanan yang fokus pada lemak dada – tanpa ada rencahan hormon. Jadi yang tidak baik untuk kesihatan bukannya untuk manusia… tetapi untuk ayam (McMillan, n.d.).

Sesetengah ayam zaman sekarang terlalu gemuk sampai berat badan tidak padan dengan keupayaan kaki (Horton, 2014).

Obesiti ayam.

Ayam takkan banyak berjalan. Sekadar duduk saja dalam sarang. Bertambahlah gemuk jadinya. Sama macam segelintir dalam kalangan orang zaman pandemik. Duduk rumah. Mulut tidak tahu tutup. Tangan gatal buka tutup peti ais. Makan tidak tentu hala – kemudian salahkan COVID-19. Akal.

Ayam yang gemuk akan mengeluarkan najis terlalu banyak. Dan semua tahu najis adalah sumber penyakit yang utama.

Teori Pertukaran Lemak Yang Perlu Difahami

Saintis daripada Universiti Alberta menjalankan kajian dengan menggunakan tiga ekor ayam. Setiap ekor diberi makanan yang sama seperti diberi pada ayam 1957, 1978 dan 2005.

Dapatan mereka mendedahkan banyak lagenda bandar (urban legend) yang dijaja orang marhaen.

Kononnya penternak suntik hormon pembesar… ada yang cakap makanan ayam sudah ada hormon pembesar. Sebenarnya “hormon pembesar” adalah suatu definisi yang terlalu saintifik, sekali gus boleh menakut-nakutkan orang.

Yang perlu difahami cuma “teori pertukaran lemak”. Macam yang dicerita: semua ayam dapat makanan sama. Hakikatnya, makanan zaman sekarang dicipta khas untuk menukarkan “makanan” menjadi “lemak” dan mengurangkan najis (Locke, 2014).

Dedak Kacang + Dedak Gajus + Dedak Kismis = Achievement Unlocked (Obesiti Sampai Mati)

Senang cakap, dedak ayam zaman sekarang sangat efisyen memenuhi keperluan manusia. Keperluan manusia sajalah. Keperluan ayam memang hancur habis sampai boleh rosak kesihatan setiap ekor.

Atas sebab inilah makin ramai orang yang menyahut perjuangan veganisme. Ramai orang – terutamanya di Malaysia – salah faham dengan perjuangan veganisme.

Kalau tanya, mesti cakap “haramkan daging”. Definisi ini tidak relevan untuk umat Islam kerana sudah berbaur “haramkan apa yang halal”.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Sebenarnya perjuangan veganisme berputik daripada kesedaran umum bahawasanya industri penternakan amat menzalimi. Jangan tengok pada penyembelihan semata-mata – ayam, lembu, kambing dan babi dibesarkan dalam keadaan yang sangat teruk… tambah pula najis mereka boleh merosakkan alam sekitar.

RUJUKAN:

Horton, H. (2014, Oktober 22). Chickens are FOUR TIMES bigger than they used to be – what does that mean for you? Mirror UK.

Locke, S. (2014, Oktober 2). Chickens have gotten ridiculously large since the 1950s. Vox.

McMillan, S. (n.d.). Bigger and faster is not better for farm-bred chickens. The Washington Post.

Van De Walle, G. (2018, Jun 20). 9 Important Functions of Protein in Your Body. Healthline.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply