Fasa pertama kes “Gambia vs. Myanmar” di ICJ mengenai tuduhan genocide terhadap kaum Rohingya telah selesai. Sesi pendengaran pada 10-12 Disember lebih kepada pendengaran permohonan Gambia agar ICJ memerintahkan langkah perlindungan kecemasan (“provisional measures”) bagi melindungi kaum Rohingya sementara prosiding kes yang akan bermula tahun depan.
Sebab kes melibatkan genocide ni mengambil masa yang lama. Bosnia vs. Serbia dulu ambil masa 14 tahun (1993-2007) untuk capai keputusan, tapi permohonan langkah kecemasan dapat diputuskan dalam masa 5 minggu.
Dalam mempertahankan Myanmar, Aung San Suu Kyi mengakui berlaku “disproportionate force” (penggunaan kekerasan yang tidak setimpal, maksudnya “terlebih bunuh”) oleh tentera Myanmar dalam “clearance operation” di Rakhine semasa Ogos 2017, tapi menafikan adanya “genocidal intent” (niat untuk menghapuskan kaum Rohingya).
Suu Kyi juga cuba menjelaskan maksud sebenar “clearance operation” (Bahasa Myanmar: nae myay shin lin yeh) adalah untuk “clear” kawasan Rakhine daripada Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) yang dilabel sebagai pengganas oleh kerajaan Myanmar, bukannya “pembersihan etnik” terhadap kaum Rohingya seperti yang digambarkan oleh media antarabangsa.
(aku pernah tulis pasal asal usul konflik Rakhine dan latar belakang ARSA, boleh baca di https://www.facebook.com/
Personally aku condemn kekerasan terhadap orang awam di Rakhine dan menyanggah propaganda yang kata Rohingya dibantai sebab mereka pendatang. Tapi pada masa yang sama aku rasa tak ada makna nak kecam Suu Kyi.
Bukan Suu Kyi yang mulakan kekerasan, dan sebenarnya dia pun berada dalam keadaan yang tersepit. Bukan negara-negara Islam je yang marah kat dia, negara-negara Barat yang selama ni menyokong Suu Kyi pun marah kat dia.. Tapi Suu Kyi sanggup membelakangi semua rakan dia di Barat. Sebab apa?
Sebab “political survival”.
Walaupun Myanmar mencapai “pendemokrasian” pada tahun 2012, tapi junta tentera (Tatmadaw) masih mempunyai kuasa dan pengaruh yang sangat besar. Di bawah pengawasan Presiden Thein Sein (golongan Tatmadaw), Perlembagaan 2008 diguna pakai di mana 1/4 kerusi di Parliment diberi kepada tentera secara automatik. Perlembagaan juga memansuhkan jawatan Perdana Menteri, menjadikan Presiden sebagai Ketua Negara dan juga Ketua Kerajaan. Dan Presiden dipilih dari 3 calon yang dinamakan oleh Dewan Negara, Dewan Perwakilan dan tentera.
Di bawah Perlembagaan 2008 juga, Suu Kyi tak layak memegang jawatan Presiden walaupun menang pilihanraya tahun 2015, jadi dia terpaksa mencipta jawatan “State Counsellor” yang memegang beberapa portfolio untuk berfungsi sebagai Ketua Kerajaan. Jadi walaupun Myanmar dah jadi sebuah negara demokratik atas nama, hakikatnya kerajaan Myanmar masih digenggam oleh Tatmadaw.
Lagi satu cara Tatmadaw kekal berkuasa adalah dengan mengapi-apikan sentimen nasionalisme Buddhis. Macam Modi buat kat India (nasionalisme Hindu). Pada tahun 2012, Thein Sein melepaskan Ashin Wirathu, tokoh sami yang memimpin persatuan Ma Ba Tha dan Gerakan 969 (persatuan Buddhis ekstremis) daripada penjara, membenarkan Ashin untuk berceramah dan menghasut kaum Buddhis Bamar untuk membenci dan menyerang Rohingya.
Bamar ialah kaum majoriti Myanmar dan juga “supporter base” kepada parti Suu Kyi iaitu National League of Democracy (NLD). Dalam keadaan sebegini, Suu Kyi ada dua pilihan:
1. Ikut kehendak rakan dia di Barat, kecam keganasan terhadap Rohingya. Tapi tindakan ini akan membuat dia jadi tidak lagi popular di kalangan penyokong dan akan menyinggung lawan politik dia (Tatmadaw).
2. Berdiam diri dan justify tindakan Tatmadaw. Tindakan ini akan buat dia lebih popular di kalangan penyokong dan kurang dilihat sebagai ancaman oleh lawan dia.
Kalau Suu Kyi ialah seorang aktivis, dia boleh saja pilih #1. Tapi Suu Kyi bukan aktivis. Suu Kyi bukan Greta Thurnberg. Dia ahli politik, dan itu sebab dia pilih #2.
Sebenarnya dari dulu pun Suu Kyi bukan “human rights activist”, media Barat je yang duk lambung dia sebagai ikon “human rights”. Matlamat perjuangan Suu Kyi adalah untuk menjatuhkan Tatmadaw yang merampas kuasa sejak tahun 1962.
Sebagai anak kepada Bapa Kemerdekaan Myanmar (Aung San), Suu Kyi menggalas legasi politik keluarga seperti Benazir Bhutto (bekas PM Pakistan, anak bekas PM Zulfikar Ali Bhutto) dan Indira Gandhi (bekas PM India, anak bekas PM Jawaharlal Nehru). Tanggungjawabnya terhadap komuniti dan keluarga dia jauh lebih besar daripada idea-idea “human rights” atau “minority rights”.
Sebenarnya kalau korang follow betul-betul perkembangan krisis Rohingya, korang akan nampak Suu Kyi bukannya tak pernah berusaha untuk menyelesaikan krisis Rohingya, cuma kuasa dia sangat terbatas. “Balance of power” yang ada sekarang tak memihak kepada dia. Kalau main cabar pakatan Tatmadaw-Nasionalis Buddhis begitu je, itu hanya akan membawa kepada kejatuhannya seperti Erbakan di Turki atau Morsi di Mesir.
Itu lah dilema yang dialami oleh orang yang berada dalam gelanggang kuasa. Kau tak boleh please semua orang, ada pilihan yang kau perlu buat, dan pilihan tersebut akan menghantui kau selama-lamanya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih