Pernah jumpa video pasal anjing menyalak di depan pagar? Video ini pernah tular di media sosial, di mana ada seekor anjing menyalak tiga ekor anjing lain di sebalik pagar hijau. Apabila tuan rumah buka pagar itu, kesemua anjing berhenti menyalak pula, malah tak menyerang!

 

Ini videonya kalau ada antara kalian belum menontonny:

 

Kita pun hairan, kenapa anjing ni kalau di depan pagar, ia menyalak macam nak serang lawannya, kemudian lain pula jadinya selepas pagar dibuka? Adakah kehadiran pagar mempengaruhi kelakuan anjing ini?

 

Sebenarnya ‘mood’ anjing dipengaruhi oleh kehadiran pagar. Contohnya, apabila Anjing A bertemu pagar, di mana ada seekor anjing iaitu Anjing B di sebalik pagar, automatik Anjing A akan menyalak dan Anjing B membalas salakannya.

 

Salakan itu adalah cara anjing untuk berdepan ketakutannya, nak tunjukkan ia kuat. Kalau kalian nampak anjing ini menunjukkan giginya dan beberapa langkah berundur semasa menyalak, ia sebenarnya ketakutan.

 

Selain ketakutan, salakan anjing juga adalah isyarat untuk beritahu kawasan ia berada adalah ‘wilayah’nya. Ini bermaksud anjing ini melindungi ‘wilayah’nya dari ancaman luar pagar. Ini dipanggil sebagai kelakuan wilayah (territorial behaviour). Lain cerita kalau anjing itu berkelakuan buas, memang tak ragu-ragu rempuh pagar!

 

Kembali ke situasi Anjing A, pagar itu kemudian dibuka dan Anjing A mempunyai pilihan, sama ada serang Anjing B atau tidak. Kalau Anjing B ni dia kenal, Anjing A tidak akan serang, malah berbaik pula.

 

Kalau Anjing B ini lansung Anjing A tak kenal, Anjing A tak ragu-ragu serang punya! Apatah lagi kalau Anjing A ni mengalami stress, Anjing B yang dia kenal pun kena serang juga!

 

Jadi, kita boleh nampak macam mana kelakuan anjing apabila munculnya pagar di depan matanya. Hadirnya pagar akan menyebabkan anjing ini ketakutan atau ‘trigger’ kelakuan wilayahnya. Setelah pagar hilang, rilek je anjing ni berkawan tanpa masalah, itupun kalau anjing sebelah itu dikenalinya.

 

Kalian boleh tau la macam mana reaksi anjing rumah kalau melalui pagar rumah tuan rumahnya. Sama ada ia ketakutan atau suka mengigit orang!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply