Rusia menyerang Ukraine demikian hari menggunakan justifikasi tentang NATO. Jadi Volodymyr Zelensky pun terima hakikat yang Ukraine tidak dapat masuk NATO (Carey, et al., 2022). Jadi ikut persepsi, Amerika Syarikat/NATO kelihatan takut pada Rusia. Namun hakikatnya, jauh sekali. Baru saja Amerika Syarikat bersetuju untuk terima pinangan Finland dan Sweden masuk NATO (Foran & Zaslav, 2022). Maka NATO menjauhi Rusia di Ukraine tetapi datang rapat dengan sempadan Rusia melalui Finland.
Itu bukan takut namanya. Tengok macam mana Amerika Syarikat selamba hantar Nancy Pelosi ke Taiwan, padahal tahu sentimen China macam mana. Punca Ukraine tidak dapat masuk NATO adalah kerana Ukraine sendiri. Dan sejak kebelakangan ini, Amerika Syarikat jarang menguar-uarkan pasal Volodymyr Zelenskyy. Sekali imbas kepimpinan Zelenskyy pun boleh nampak puncanya.
Pertama sekali, Zelenskyy berkuasa hampir sama macam Vladimir Putin. Pentadbiran beliau tanpa henti menutup media pembangkang atas alasan pro-Rusia (Mirovalev, 2021). Kalau setakat media saja, boleh fahamlah. Ini pergi haramkan parti-parti pembangkang, juga atas helah pro-Rusia (Quay, 2022).
Jadi tidak pelik apabila orang dalam White House sendiri berkata, “White House tidak percaya langsung pada Volodomyr Zelenskyy lagi jauh daripada apa yang media laporkan” (Cortes, 2022). Kalau ingin faham corak kepimpinan Putin, kalian dipelawa beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA. Dalam buku ini, banyak benda diterangkan yang akan bantu kalian faham pasal konflik Rusia-Ukraine ini. Link pembelian: https://bit.ly/3QrR4l1
Pada mata Amerika Syarikat, pentadbiran Zelenskyy pada mata dunia adalah “warriors of liberty” (pejuang pembebasan). Namun lain terhadap rakyat marhaen, ibaratkan autokrat yang terkepung diktator. Tidak lupa juga macam mana Zelenskyy pecat peguam negara dan ketua perisikan (Arhirova & Anna, 2022). Mungkin kerana kerja tidak bagus? Zelenskyy sendiri pergi buat penggambaran dengan pihak Vogue, bersama isterinya Olena Zelenska pada ketika negara berperang. Tengok tarikh pemecatan dan penggambaran nampak betul-betul pada hari sama.
Institusi Mengizinkan Pereputan Politik
Ukraine sebenarnya tidak pernah lari daripada korupsi kronik yang menyebabkan politiknya reput. Leonid Kravchuk merupakan Bapa Kemerdekaan Ukraine yang patutnya popular gila-gila. Namun Kravchuk dibenamkan dalam tempoh beberapa tahun sahaja, disebabkan persepsi negatif rakyat perihal korupsi (Dickinson, 2022). Naiknya pengganti Leonid Kuchma, Viktor Yuschenko, Viktor Yanukovych serta Petro Poroshenko sekalipun – isu rasuah tetap berleluasa.
Maka memang merepek sangat kalau fikir Volodymyr Zelenskyy akan kekal bersih. Barangsiapa sampai di tampuk penguasa, pasti akan turuti fitrah biasa. Kalau menara gading, gemilanglah negara tersebut… kalau loji najis, maka busuk habislah jawabnya. Pihak media CBS ada melaporkan pasal dana Amerika Syarikat yang disumbang untuk perjuangan Ukraine. Sebanyak $54 bilion diluluskan pihak White House – katanya 30 peratus saja betul-betul sampai yang mana selebihnya lesap entah ke mana. Walau bagaimanapun, CBS sendiri telah menurunkan laporan tersebut… entah betul; entah salah.
Namun perkara ini menunjukkan kedudukan Zelenskyy pada mata Barat. Apabila ingin beramal jariah, tiba-tiba duit lenyap entah ke mana katanya kos pentadbiran bagai. Siapa tidak marah? Agaknya ramai di Malaysia sendiri pernah kena sedemikian rupa. Cuma itulah – marah Barat pada Zelenskyy hanya sementara. Apa-apa hal yang terjadi pasti mereka akan sokong. Sekarang ini pun Zelenskyy sedang mempertimbang untuk haramkan bumi Ukraine pada warga Rusia selama 50 tahun. Dan beliau meminta Barat buat benda sama.
Sekurang-kurangnya perang ini mendedahkan wajah sebenar setiap pemimpin. Sedang mendedahkan, barangkali kerana ahli politik seperti semua tahu bertalam 14 muka sampai mana satu yang betul silap-silap mereka sendiri tidak tahu.
RUJUKAN:
Arhirova, H., & Anna, C. (2022, Julai 17). Ukraine’s Zelensky Fires Top Security Chief and Prosecutor. Time.
Carey, A., et al. (2022, Mac 16). Zelensky signals he doesn’te xpect Ukraine to join NATO anytime soon. CNN.
Cortes, S. (2022, Ogos 10). The Zelensky Narrative is Shifting. Newsweek.
Dickinson, P. (2022, Mei 12). Independent Ukraine’s first president Leonid Kravchuk dies aged 88. Atlantic Council.
Foran, C., & Zaslav, A. (2022, Ogos 3). Senate votes to ratify NATO membership for Sweden and Finland. CNN.
Mirovalev, M. (2021, Februari 5). In risky move, Ukraine’s president bans pro-Russian media. Al Jazeera.
Quay, G. (2022, Mac 21). Zelensky nationalizes TV news and restricts opposition parties. The Week.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih