Tanggapan umum mengenai alam laut telah berubah. Jika dulu, laut menjadi punca pendapatan tidak terhad pada nelayan semata-mata.
Perdagangan global dulu dan sekarang masih bergantung pada lautan luas, selagi mana laluan darat (kereta api misalnya) tidak balik modal.
Nelayan zaman dulu tidak perlu menghiraukan tentang spesis larangan dan sempadan antarabangsa.
Puas hati dengan lokasi, jalankan saja kerja untuk mengeluarkan sedikit daripada dua juta spesis yang mendiami 71 peratus permukaan Bumi ini (Doyle, 2015).
Kegiatan perikanan yang bantu membangunkan ekonomi sara diri silam.
Lautan sebenarnya mempunyai jasa jauh lebih besar. Selain daripada makanan dan perdagangan, laut menjadi punca utama semua orang boleh hidup di Bumi.
Kerana lautan membawa haba di iklim khatulistiwa ke kutub, mengimbangi cuaca dan iklim (Forget & Ferreira, 2019).
Sekarang orang ramai melihat pokok sebagai penyumbang oksigen utama.
Hakikatnya 50 hingga 85 peratus oksigen dunia disumbang lautan, terima kasih pada plankton tumbuhan (phytoplankton) menerusi proses fotosintesis tersendiri (EarthSky, 2015).
Dalam kalangan plankton tumbuhan, terdapat sejenis bak-teria iaitu prochlorococcus. Halus dan banyak, bak-teria ini menghasilkan 20 peratus oksigen di seluruh biosfera Bumi (Tetu, 2019).
Anggaran kasar saintis, berat semua prochlorococcus mencecah 176 bilion kilogram.
Inilah sebab manusia perlu mengurangkan kebergantungan pada plastik, yang merupakan mµsµh utama prochlorococcus.
Hutan tebal mempunyai peranan tersendiri yang lebih meluas. Jasa prochlorococcus walau bagaimanapun menandingi setiap pokok yang menghijau di darat.
Tanpa laut, kesannya besar: tiadalah kehidupan di alam ini kerana Bumi hilang kesesuaian (life suitability). Dari segi ekonomi, lautan banyak menjadi penyumbang juga.
Amerika Syarikat menghasilkan tiga juta pekerjaan kerana lautan, yang memberikan AS$307 bilion pada tahun 2017. Tidak pelik kenapa Dunia Barat sekarang nekad menjaga lautan.
Cuma kelainan antara air laut dan sungai menjadi tanda tanya: apakah faktor di sebalik kemasinan?
Mengenali Punca Kemasinan
Keperluan asas bagi semua organisma yang mendiami lautan ialah kemasinan. Tidak kira organisma besar (boleh dilihat dengan mata kasar) atau halus (perlu alat mikroskop), masin menjadi bagaikan udara untuk mereka.
Jika organisma air laut dibuang dalam air tawar, sel mereka akan mengumpulkan air begitu banyak hingga kembung dan akhirnya ma-ti.
Ada tempat dalam laut sebenarnya jauh lebih masin. Jadi rahsia kemasinan laut terletak pada dua sebab: (1) air daripada darat dan (2) pembukaan di dasar laut. Dua sebab ini mungkin kedengaran terlalu ringkas.
Namun prosesnya seperti yang boleh dibayangkan agak rumit dan memakan masa.
Hujan menyimbah pada permukaan darat yang terdiri daripada tanah dan batu.
Air hujan agak berasid, sekali gus mampu mengh-akis batu yang melepaskan atom bercas (ion).
Ion ini pula dibawa denai dan sungai yang mengalir hingga ke laut. Kebanyakan ion berlarut ini digunakan organisma laut (dan disingkirkan daripada air tersebut). Bagi ion yang tidak disingkirkan, ia menjadi pekat.
Sumber garam di laut pula ialah bendalir hidroterma, yang keluar daripada dasar laut. Air laut meresap masuk dalam dasar laut.
Magma dibawah dasar laut ini kemudian memanaskan air laut, menyebabkan siri tindak balas kimia.
Air kehilangan oksigen dan magnesium, walau bagaimanapun mendapat logam seperti besi, zink dan kuprum daripada batu-batu sekeliling.
Air ini kemudian keluar melalui dasar laut juga, kini dengan logam-logam tersebut. Sesetengah garam laut timbul daripada letµ-san gunung berapa dasar laut yang juga menghamburkan kandungan mineralnya.
Inilah sumber yang membekalkan klorida dan natrium dalam laut. Kepekatan garam pula tertakluk pada suhu dan pemendakan sekeliling (Kennedy, 2014), lebih masin di kawasan latitud tengah.
Organisma laut seperti ikan misalanya tidak berasa masin kerana masih hidup. Haiwan laut mampu mengeluarkan kandungan garam dalam badan melalui ginjal dan insang, seakan-akan kencing.
Sebab itulah ikan laut tidak berasa masin.
RUJUKAN:
Doyle, A. (2015, Mac 18). There are 228,450 known species in the ocean – and as many as 2 million more that remain a total mystery. Business Insider.
EarthSky. (2015, Jun 8). How much do oceans add to world’s oxygen?
Forget, G., & Ferreira, D. (2019). Global ocean heat transport dominated by heat export from the tropical Pacific. Nature Geoscience. 12: 351-354.
Kennedy, C. (2014, Julai 28). Shifting ocean surface saltiness from 2004-2013. Climate.gov.
Tetu, S.G., et al. (2019). Plastic leachates impair growth and oxygen production in prochlorococcus, the ocean’s most abundant photosynthetic bac-teria. Communications Biology. 2 (184).
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih