Ini George Santos.

Kalau ada yang tak kenal, inilah insan paling bijak di dunia. George Santos temui mentol. George Santos temui teknologi kereta kebal. George Santos temui lohong hitam. George Santos pernah mendarat di Bulan.

Macam tu lah orang Amerika tengah gurau pasal George Santos. Sebab apa? Sebab dia tipu sijil masa bertanding atas tiket Republican. Tapi sebenarnya penipuan dia bukan setakat sijil. Memang next level habis.

Berikut adalah senarai pendustaan Santos:

  1. Dia cakap dia graduan NYU dan Kolej Baruch. Hakikatnya, tiada rekod langsung mengatakan dia belajar kat situ.
  2. Dia kata dia bekerja bagi pihak Citigroup dan Goldman Sachs melalui satu anak syarikat. Benda ni pun dia tak boleh buktikan.
  3. Dia kata dia Yahudi dan datuk neneknya adalah mangsa Jerman masa 1940-an. Tapi sebenarnya dia adalah Katolik. Dan datuk nenek berkenaan lahir kat Brazil. Amende mangsa Jerman pula?
  4. Dia kata maknya meninggal dunia dalam tragedi 9/11. Tapi sebenarnya maknya mati pada 23 Disember 2016. Jadi mak dia mati dua kali lah. Hebat.
  5. Dia kata dia terima diagnosis barah otak. Tapi benda ni pun tiada sebarang details.

Banyak lagi penipuannya. Sekarang polis tengah siasat satu tuduhan yang mengatakan Santos ni pernah buat scam Ponzi scheme (Kaczynski & Steck, 2023). Hasil tuduhan sebegini besar – dan kantoi menipu punya banyak – dah ramai orang dalam Parti Republican suruh dia letak jawatan.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Dia taknak letak jawatan.

Punca Sebenar Mereka Menipu

George Santos bukan satu-satunya ahli politik Republican yang tipu pasal sijil. Demikian hari Herschel Walker tewas pada tangan Reverend Raphael Warnock. Walker juga didapati menipu pasal sijil.

Malah lagi teruk, Walker sembang lebat menentang hak pengguguran anak yang diperjuang Democratic. Atas sebab tu, dua ex Walker datang bawa bukti resit menunjukkan Walker bayar untuk mereka gugurkan kandungan (Rodriguez, 2022).

Jadi ahli politik menipu ni nampaknya universal. Malaysia dulu pernah ada krisis apabila seorang demi seorang ahli politik kantoi tipu sijil. Benda ni kita nampak jer macam remeh. Tetapi cuba fikir balik, kalau nak dapat kuasa tu dah bergelumangan dalam dusta, agak-agak mereka ni boleh jalankan amanah?

Tapi sebenarnya, kenapa mereka kena menipu? Tak bolehkah jujur jer? Tak boleh sebenarnya. Menurut Profesor James Thurber, kempen politik ni ada etika buruk. Ahli-ahli politik tak peduli betul atau salah. Mereka juga tak boleh bawa naratif mereka lemah. Jadi semuanya berkaitan dengan prinsip-prinsip sama macam jurujual.

Korang kalau dihampiri jurujual, agak-agak korang akan dengar tak pasal kekurangan produk berkenaan? Takkan. Jadi “aku tak grad” ni adalah suatu kekurangan yang mencalar ego mereka. Nak taknak, mereka kena gilapkan naratif betul-betul agar tak diserang pihak lawan. Dengan erti kata lain, mereka taknak sedar diri mereka tak layak (Knox, 2022).

Namun saya sebenarnya berpegang pada satu kenyataan yang takkan dapat kita nafikan: pemimpin adalah cerminan rakyat. Kalau pemimpin berani tipu pasal kelayakan, mesti rakyat juga buat perangai sama. Benda ni senang kata macam “mana datang dulu: ayam atau telur”? Kalau kita belek kat Amerika, ramai bekas CEO sebenarnya kantoi menipu sijil. CEO Yahoo Scott Thompson juga didapati buat benda sama (Pepitone, 2012).

Malah – ada ahli akademik sendiri buat benda sama! MIT ni universiti yang sangat terkemuka di Amerika Syarikat. Dekan MIT hari tu letak jawatan kerana menipu pasal tiga ijazah kononnya dia ada. 28 tahun pegang jawatan hasil penipuan. Ikut prinsip moral dia, entah halal atau haram duit gaji tu (Lewin, 2007).

Pendek kata, kalau anak ketam berjalan senget, kita takkan pelik kenapa bapak ketam buat benda sama. Dah nama ketam.


Kalau korang nak faham pasal ahli politik, jemput baca POLITIK UNTUK PEMULA. Buku ni sedia dibeli di SHOPEE: https://bit.ly/3frB0C5

RUJUKAN:

Kaczynski, A., & Steck, E. (2023, Januari 13). George Santos said accused ‘Ponzi scheme’ he worked at was 100% legitimate when accused of fraud in 2020. CNN.

Knox, L. (2022, Jun 8). To Correct, or To Let Stand? Inside Highered.

Lewin, T. (2007, April 27). Dean at M.I.T. resigns, ending a 28-year lie. The New York Times.

Pepitone, J. (2012, Mei 4). Yahoo CEO Scott Thompson caught padding his resume. CNN Money.

Rodriguez, S. (2022, November 22). Second woman renews accusation Walker pressured her to have abortion. The Washington Post.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply