Sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa ahli politik yang gemar bercakap tentang rakyat dan tunggang setiap isu. Apabila ditanya mengenai jalan penyelesaian, mereka hanya menikus sahaja. Biarpun begitu, rakyat tetap mengangkat segelintir ahli politik ini sebagai wira walaupun hanya tahu sembang kosong.
Persoalannya sekarang kenapa ahli politik kaki sembang sentiasa menang di hati rakyat?
Ahli politik sedemikian rupa kita boleh longgokan sebagai populisme. Dalam populisme pula terdapat 3 ciri utama iaitu membahagikan masyarakat kepada dua kem iaitu rakyat dan ahli politik korup, meletakkan kedua-duanya sebagai pihak yang melawan antara satu sama lain serta gemar gunakan hidup rakyat sebagai slogan.
Modus operandi segelintir ahli politik ini mudah sahaja iaitu menggambarkan ahli politik lain sebagai jahat dan mahu tindas rakyat. Rakyat yang terpedaya akan melihat ahli politik sebagai musuh dan terus memaki hamun. Lepas itu segelintir ahli politik tersebut akan terus berkata bahawa mereka berjuang untuk rakyat. Padahal mereka sama saja jahat dengan ahli politik yang dihentam.
Nak tahu lebih banyak tentang ciri-ciri populisme, boleh baca buku POLITIK UNTUK PEMULA. Kami yakin anda tidak akan rugi dan boleh kesan ahli politik populisme lebih mudah. Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Politik-Untuk-Pemula-(Ayman-Rashdan-Wong)-i.238336777.3282451258
Hal ini kita semua boleh lihat melalui media sosial apabila ahli politik yang gemar hentam ahli politik lain dengan bermacam tuduhan. Rakyat pula anggap suara mereka didengari.
Jadi senang cerita rakyat sebenarnya sudah muak dengan sikap majoriti ahli politik yang tidak pernah berpihak kepada mereka. Sebagai contoh hari ini, rakyat berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup yang sangat dahsyat. Malah makanan asas untuk rakyat seperti ayam dan telur turut menyaksikan kenaikan harga yang tidak masuk akal. Lepas itu ada yang kata kalau harga telur naik, kurangkanlah makan telur.
Ahli politik yang nampak peluang ini terus tunggang isu untuk menjadi wira di hati rakyat. Dengan hanya membuat video ataupun hantaran menghentam ahli politik lain, itu sudah cukup menggembirakan hati rakyat. Padahal apa yang disuara itu tidak memberikan sebarang impak dan hanya akan berlalu pergi setelah isu reda. Tapi bagi rakyat inilah yang mereka mahukan kerana ada juga ahli politik sudi dengar isi hati mereka biarpun masalah tidak akan selesai.
Seterusnya, rakyat mula beranggapan demokrasi berasaskan sistem pilihanraya yang kita amalkan tampak agak ketinggalan zaman. Ini kerana rakyat hanya miliki kuasa dalam menentukan pemimpin bagi sesebuah kawasan sahaja. Untuk membuat dasar pula, itu semua terserah kepada pemimpin yang telah dilantik. Bermakna rakyat masih lagi tiada kuasa penuh untuk menentukan masa depan negara.
Jika pemimpin itu memiliki dasar yang agak baik, maka negara akan terus maju ke depan. Jika tidak, bersiap sedialah untuk kita semua sengsara. Kadang-kadang juga terdapat dasar pemimpin yang tidak selari dengan kehendak rakyat biarpun begitu baik untuk negara. Di sinilah ahli politik yang gemar sembang sama dengan kehendak rakyat akan muncul. Apa yang mereka buat adalah kritik dasar yang dikemukakan oleh pemimpin dengan sangat rakus. Bila tanya tentang solusi pasti akan putar benda lain dan kalau ada pun, nampak kelihatan agak tidak. Rakyat pula melihat inilah pemimpin idola kerana buat pertama kalinya ada ahli politik yang senada dengan mereka.
Disamping itu, pelbagai krisis yang melanda negara juga membuatkan ahli politik populisme terus muncul. Paling ketara sekali ada mengenai krisis ekonomi di mana pernah ada ahli politik yang hadir pada satu mogok besar-besaran untuk berikan penyelesaian kepada sebuah masalah. Seperti biasa, masalah tak selesai dan mogok masih ada untuk tahun-tahun seterusnya.
Kesimpulannya, kita sebagai rakyat memang suka sesuatu yang bersifat pop tidak kiralah dalam apa-apa hal sekalipun. Ramai juga yang tidak menyedari pop itu bukanlah semuanya bagus. Sekarang ini semuanya terletak kepada kita untuk mentafsir sama ada itu betul ataupun tidak. Jadi jangan mudah terpedaya dan selidik dahulu sebelum mempercayainya.
Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF
RUJUKAN:
Korkmaz, S., & Telek, A. (2017, Disember 12). The characteristics and origins of populism. Brewminate. Dipetik daripada https://brewminate.com/the-characteristics-and-origins-of-populism/
Oxley, M., & Kalia, A. (2018, Disember 3). How to spot a populist. The Guardian. Dipetik daripada https://www.theguardian.com/news/2018/dec/03/what-is-populism-trump-farage-orban-bolsonaro
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih