Seorang gadis, dengan mata separuh terbuka tiba-tiba keluar daripada biliknya dan mula berjalan tanpa arah tuju. Sesekali dia terlanggar sofa, namun dia masih kekal berjalan tanpa mempedulikannya. Seseorang menegur, tapi dia tidak memberi sebarang reaksi. Apa sebenarnya yang berlaku?
Inilah keadaan somnambulisme, atau kita kenali sebagai berjalan semasa tidur. Ini adalah salah satu gangguan tidur yang sama seperti keadaan mengigau atau mengetap gigi sewaktu tidur.
Berjalan semasa tidur ini adalah sesuatu yang berlaku gabungan daripada keadaan tidur dan terjaga. Biasanya, berjalan semasa tidur ini berlaku ketika tahap tidur malam pada fasa awal, selalunya 1 hingga 2 jam selepas seseorang tertidur. Ia jarang berlaku bagi orang yang tidur pada waktu siang, tapi ada kemungkinan boleh berlaku juga.
Keadaan berjalan semasa tidur ini ditunjukkan melalui orang itu bangun dari katil dan berjalan-jalan, tidak bertindak balas atau bercakap dengan orang lain, mempunyai ekspresi sayu dan mereka takkan ingat peristiwa mereka berjalan dalam tidur ini.
Tapi, ada situasinya orang yang berjalan semasa tidur ini akan melakukan rutin harian seperti berpakaian atau makan. Ada juga kes mereka boleh meninggalkan rumah, memandu kereta dan terlibat dalam tingkah laku luar biasa seperti memukul sesuatu dan sebagainya.
Apa penyebab berjalan semasa tidur?
Secara asasnya, keadaan ini agak kompleks dan ia dikategorikan sebagai parasomnia, iaitu tingkah laku atau kejadian yang tidak diingini semasa tidur. Berjalan semasa tidur berlaku semasa tidur N3, peringkat paling dalam bagi tidur NREM.
Banyak faktor boleh menyebabkan berjalan semasa tidur, termasuklah tidak cukup tidur, tekanan, trauma, demam, gangguan jadual tidur, dalam perjalanan atau gangguan tidur. Kadangkala, ada juga penyebab lain yang membawa kepada berjalan semasa tidur ini, iaitu pengambilan ubat tertentu seperti sedatif atau ubat untuk kesihatan mental serta penggunaan alkohol.
Keadaan berjalan semasa tidur ini bukanlah dianggap satu masalah, cuma, ia akan menjadi masalah jika penghidapnya sentiasa cedera akibat berjalan semasa tidur, menyebabkan keletihan kerana tidak cukup tidur dan mengganggu waktu tidur orang lain.
Ia memang agak membingungkan bagaimana seseorang yang sedang tidur boleh berjalan dan adakalanya melakukan rutin biasa meskipun mereka sebenarnya sedang tidur dan tidak sedar apa-apa ketika itu. Tapi, inilah antara aktiviti otak manusia, iaitu ketika berlakunya berjalan semasa tidur, bahagian otak tertentu aktif manakala yang lain tidak. Kawasan otak yang bertanggungjawab untuk kawalan motor mungkin lebih aktif daripada yang terlibat dalam fungsi kognitif yang membolehkan pergerakan sambil menghalang kesedaran seseorang.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih