Pernah dengar tak kisah burung kenari yang dibawa masuk ke lombong arang batu? Ya, ini bukan kisah rekaan, tapi kisah benar yang berlaku pada abad ke-20, dalam industri perlombongan arang batu.

Kisah burung kenari yang menjadi ‘pekerja’ di lombong arang batu ini bermula insiden letupan maut di lombong arang batu Welsh pada tahun 1896. Rentetan daripada kejadian ini, seorang jurutera bernama John Haldane mencipta sejenis sangkar burung yang membenarkan burung kenari menemani pelombong ke dalam.

Kalau anda nak tahu, burung kenari ini punyai keistimewaan tersendiri, iaitu ia mempunyai tahap sensitiviti yang jauh lebih tinggi terhadap gas karbon monoksida maut yang ditemui di bawah tanah.

Gas tersebut tidak berbau, tidak berwarna, dan cenderung untuk menggantikan molekul oksigen dalam aliran darah, yang menghalang molekul oksigen sebenar daripada sampai ke organ dan tisu.

Jadi, bagaimana Haldane boleh membuat kesimpulan untuk membawa kenari masuk ke dalam lombong ini?

Haldane sebenarnya mencadangkan dua jenis haiwan, iaitu sama ada burung kenari atau tikus. Tapi, bagi mereka, kenari lebih mudah untuk dibawa. Anatomi kenari juga membolehkan mereka menerima bekalan oksigen semasa menarik nafas dan sekali lagi semasa menghembus nafas, dengan menyimpan udara dalam kantung tambahan.

Sekitar tahun 1911, pelombong mula membawa kenari ke dalam lombong bersama mereka. Kenari menjadi ‘penggera amaran’ yang cepat, iaitu apabila burung kenari jatuh secara tiba-tiba, itu bermakna mereka harus mengosongkan lombong dengan cepat sebelum menjadi mangsa keracunan juga.

Disebabkan itulah, pelombong meletakkan kenari ini di dalam sangkar khas yang dilengkapi injap oksigen khas bagi membantu mengepam oksigen jika kenari tiba-tiba jatuh.

Tahun berganti tahun, dengan kehadiran teknologi terkini seperti ‘hidung elektronik’ maka khidmat burung kenari di lombong arang batu semakin dilupakan.

Menjelang 1986, hanya kira-kira 200 burung kenari masih dibawa ke lombong arang batu British. Pengesan digital baharu adalah lebih murah dan lebih berkesan dalam mengenalpasti gas beracun.

Namun, nampaknya, para pelombong kehilangan sesuatu dalam rutin pekerjaan mereka. Iaitu ‘sahabat’ yang mencetuskan amaran awal demi menyelamatkan nyawa para pelombong arang batu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.