Negara kita amat terkenal dengan sukan permotoran seperti Formula 1, Motor GP dan sebagainya. Sukan permotoran di negara kita semestinya tertumpu di Litar Antarabangsa Sepang. Tapi, sebelum wujudnya Litar Sepang yang menjadi kebanggaan rakyat di negara ini, peminat dunia permotoran tertumpu di Litar Batu Tiga, Shah Alam. Malah,
Lokasi litar ini terletak berseberangan dengan kedudukan kilang a.r.ak yang pernah menaja sebuah kelab bolasepak teragung di dunia dan terletak di antara Stadium Shah Alam dan Lebuhraya Persekutuan. Litar Shah Alam ataupun Litar Batu Tiga direka oleh pereka dari Belanda, John Hugenholtz dan berjaya disiapkan pada 1968. John juga merupakan pereka bagi Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun dan Litar Suzuka masih menjadi salah satu lokasi acara Grand Prix Formula 1 hingga ke hari ini.
Kejohanan Grand Prix Malaysia 1968 merupakan acara pertama yang berlangsung di litar ini. Hengky Indriawan, pelumba dari Indonesia merupakan juara sulung bagi acara pertama yang berlangsung. Sejak itu, Litar Shah Alam terus menjadi lokasi perlumbaan GP hinggalah pada tahun 1982.
Pada 1977, sebuah kem.al.a.ngan yang mer.a.gut n.y.awa 6 kanak kanak menyebabkan litar ini terpaksa ditutup buat sementara waktu. Setelah kejadian tersebut, pihak pengurusan telah meningkatkan taraf keselamatan litar tersebut dengan menambah pagar-pagar keselamatan yang ada.
Pada 1985, trek litar ini telah dipanjangkan dari 3.38 kilometer kepada 3.693 kilometer dan ditambah lagi satu selekoh yang dinamakan selekoh 11. Pada tahun itu juga, kejohanan antarabangsa pertama berlangsung di situ. Litar Batu Tiga telah dipilih sebagai tuan bagi Kejohanan 800 Selangor . Kejohanan ini merupakan salah satu kejohanan 1985 World Sportscar Championship.
Di dalam acara ini, pelumba dari Belgium, Jacky Icyx telah dinobatkan sebagai pemenang. Litar ini telah menjadi medan lumba kebanyakan kelas kereta Formula pada ketika itu seperti Formula Atlantic, Formula Pacific, Formula 2 & Formula Holden. Kejohanan Kereta Formula yang terakhir berlangsung di Litar Batu Tiga ialah Kejohanan Formula Holden yang berlangsung pada 1995.
Pada tahun 1990an, Litar Batu Tiga beralih arah menjadi tuan rumah bagi acara motorsikal. Litar Batu Tiga menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Dunia Superbike pada tahun 1990 hinggalah 1991 dan pada 1991 hingga 1997, Litar Batu Tiga menjadi tuan rumah bagi Motor GP Malaysia sebelum berpindah ke Litar Johor pada tahun 1998.
Menariknya, Kejohanan Motor GP pada tahun 1996, pelumba terkenal Valentino Rossi juga turut melakukan debutnya sebagai pelumba Motor GP professional di dalam kategori 125cc. Beliau mendapat tempat keenam di dalam acara tersebut . Pada tahun 1995, Litar Batu Tiga juga menjadi salah satu lokasi penggembaraan bagi filem Thunderbolt yang dilakonkan oleh Jackie Chan.
Selepas kebanyakan acara utama dipindahkan ke Johor dan selepas kewujudan Litar Antarabangsa Sepang pada 1999, Litar ini tidak lagi menjadi tuan rumah bagi acara-acara besar memandangkan Litar Sepang pada ketika itu menyediakan trek yang lebih mencabar dan lebih menarik yang menyebabkan Litar Batu Tiga terus dipandang sepi.
Pada awal 2000 an menyaksikan pertambahan penduduk di negara ini berkembang dengan pesat dan memerlukan banyak tanah untuk mendirikan rumah-rumah dan sebagainya. Oleh itu, pada tahun 2003, Litar Batu Tiga ini dijual oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada pihak pemaju dan kini dikenali sebagai D’Kayangan.
Kini, tiada lagi sisa-sisa litar ini yang dahulunya menjadi kebanggaan buat rakyat Malaysia. Walaupun litar ini tiada lagi , litar ini tetap menjadi ingatan, khususnya buat pencinta dunia permotoran di negara ini.
RUJUKAN:
1968 Malaysian Grand Prix: Motorsport Database. Motorsport Database – Motor Sport Magazine. (2021, May 21). https://www.motorsportmagazine.com/database/races/1968-malaysian-grand-prix/.
Once Upon A Time: Batu Tiga Speedway Circuit #BlogPost. Car Throttle. (n.d.). https://www.carthrottle.com/post/wmppvg8/.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih