Pada usia 20 tahun, ramai orang di seantero dunia masih lagi tidak matang. Ada yang sedang menagih cinta bagaikan bunga yang mekar dengan haruman semerbak kasturi. Ada yang menyusahkan ibu bapa dengan tanggungan macam-macam. Tetapi sangat ramai yang mengiktirafkan ilmu dengan sekeping ijazah untuk mengubah nasib keluarga. Namun di Tanah Palestin, seorang anak muda cantik lagi pintar bagaikan beauty with brain telah gugur syahid memperjuangkan apa yang dipercayainya – nilai suatu nyawa.

Rouzan Ashraf Abdul Qadir an-Najjar dilahirkan sulung sebagai kakak kepada lima orang adik. Beliau menetap di Khuzaa, sebuah perkampungan di sempadan Israel. Penjajahan telah mendedahkan ahli syurga ini dengan realiti tiga k0nflik iaitu Pep3r4ngan Gaza (2008-2009), Operasi Pillar of Defense dan Kemelut Israel-Gaza 2014. Dengan erti kata lain, pada usia 11, 16 dan 17 sangatlah susah untuknya. Banyak tempat di Khuzaa h4ncur teruk (Holmes & Balousha, 2018). Kemiskinan melanda. Tanpa pendidikan universiti, Rouzan an-Najjar mendapat latihan kejururawatan di Hospital Nasser sekitar Khan Younis dibawah payungan Masyarakat Bantuan Perubatan Palestin.

Kot putih dan ves perubatan disangka boleh memeliharanya daripada p3luru musuh. Sangkaannya salah. Dan beliau membayar harga yang sangat mahal iaitu nyawanya sendiri. Menurut ibundanya, Rouzan selalu menyertai bantahan di sempadan Gaza-Israel setiap Jumaat. Berhempas pulas dari pukul 7 pagi, beliau pulang ke rumah di lewat 8 malam penuh dengan d4r4h orang dibantunya. Peng0rb4nan dan komitmen diberikan membuat Rouzan seorang contoh di seluruh Gaza, dengan media-media tempatan menyiarkan wajahnya.

Beberapa sebelum kem4tiannya, Rouzan sudahpun sedar Israel sedang memerhatikannya. Pada bulan April. Al-Jazeera membuat liputan meluas yang mendedahkan bahawa Rouzan memberitahu Israel sudahpun men3mb4knya secara amaran supaya tidak membantu yang tercedera (Gadzo, 2018). Antara 30 Mac hingga2 Jun pula, 25 ahli perubatan dan responder pertama Gaza yang membantu orang tercedera semasa bantahan telah dic3d3rakan atau dibvnvh pen3mb4k tepat Israel.

Pada Mei 14 2018. Dr. Tarek Loubani yang berpakaian doktor sendiri terkena di bahagian kaki dimana tiada bantahan dibuat pun. Sejam kemudian, ahli perubatan Musa Abuhassanin yang datang membantu telah dit3mb4k m4ti di dada (Lonnquist, 2018). Pada hari kem4tian Rouzan, 100 rakyat Palestin menyertai bantahan dan 40 daripada mereka dit3mb4k peluru hidup (Times of Israel, 2018).  Rouza sedang memakai jaket putih berpantulan serta berjalur jelas. Pergerakan mereka pun secara pasukan doktor, supaya tiada siapa menyimpan prasangka mereka bertujuan ofensif.

Berhadapan dengan tentera-tentera Israel, mereka menjerit bersama: “Jangan t3mb4k! Ada orang tercedera!” Secara kebiasaannya, Israel membalas supaya mereka berundur. Tujuan pasukan perubatan hanya untuk menyelamatkan seorang sahaja yang terkena bekas silinder gas pemedih mata di bahagian kepala. Tiga das t3mb4kan didengari. Dan seorang wanita Amerika yang berkhidmat untuk Israel dijadikan mangsa atas t3mb4kan yang terkena Rouzan. Rebecca Rum mempertahankan bahawa beliau tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Walau siapa pun yang bertanggungjawab, Rouzan tetap gugur.

Lebih sedih lagi menyedihkan, Rouzan pergi buat selamanya sebelum tunangnya mengumumkan pertunangan pada penghujung Ramadan. Dan majlis pengebumiannya disertai ratusan ahli perubatan dengan jen4z4hnya dibalut bendera Palestin. Seorang ayah, ibu dan lima orang adik kehilangan ahli keluarga tersayang. Ayahnya siap membawa jaket perubatan Rouzan yang dipenuhi dengan d4r4h (BBC, 2018).

Insiden Rouzan sebenarnya suatu krisis yang besar. Dibawah Konvensyen Geneva, ahli perubatan tidak sama sekali boleh disasarkan sama sekali. Dan Israel mengatakan kejadian ini tidak sengaja dengan begitu kurang ajarnya menggelar Rouzan bukannya bidadari (Pileggi, 2018) bersama tuduhan pengakuan menjadi perisai manusia. Walhal kenyataan Rouzan dibuat kepada media Lubnan yang dipetik di luar konteks bagi memenuhi justifikasi tempatan.

Apa yang dikatakan Rouzan ialah: “Saya berdiri pada barisan perisai manusia yang menyelamatkan orang terc3d3ra daripada barisan hadapan bantahan.” Yang hanya dipetik sampai “perisai manusia” sahaja (McKernan 2018). Manipulasi ini dikecam semua pihak, suatu kebiasaan hasil kerja Israel. Ada yang menuduh kem4tiannya harus digalas tanggungjawab oleh Hamas, bukannya Israel. Mereka juga mengemukakan bukti kononnya Rouzan melempar kaniser gas (atau b0m asap) yang digelar suntingan jelas.

Pihak yang paling berjasa membela Rouzan an-Najjar uniknya ialah Israel sendiri iaitu organisasi B’Tselem – dan juga The New York Times. B’Tselem (sebutan Betselem) merupakan pertubuhan hak asasi manusia mendapati Israel sengaja men3mb4k Rouzan. New York Times pula memperjuangkan dengan ketat bahawasanya Rouzan (jika benar sekalipun) tidak membaling canister gas terhadap sesiapa. Beliau hanya mengalihkan yang dit3mb4k Israel sebenarnya. Dengan erti kata lain, pengg4n4s mengeb0m – negara mangsa dipersalahkan kerana mempertahankan diri.

Dengan giat Israel menyunting “kempen fitnah” terhadap Rouzan. Kegiatan mereka digelar “hate speech” dan retorik anti-kemanusiaan terhadap wanita 20 tahun ini. Menurut B’Tselem pula, seorang lagi pembantu perubatan terc3d3ra di lutut yang memberitahu tentera-tentera Israel mengacukan senj4t4 terhadapnya (dan Rouzan).

“Siasatan B’Tselem mendapati Rouzan dit3mb4k m4ti oleh pegawai kesalamatan semasa (Rouzan) berdiri sejauh 25 meter dari pagar, pada bila beliau tidak langsung mengundang bahaya terhadap sesiapa sahaja dan sedang memakai uniform perubatan.” –B’Tselem.

Namun sama seperti semua yang gugur kerana Israel, sampai hari ini tiada pembelaan. Apa yang pasti – masanya semakin tiba. Palestin harus bersabar dan konsisten lagi profesional. Selagi generasi Baby Boomers terutamanya golongan dalam negeri-negeri merah di Amerika Syarikat hidup, peluang untuk keamanan memanglah tipis. Golongan ini dibelenggu dengan tepu tentang peristiwa-peristiwa negatif yang mengaburi minda tumpul mereka tentang realiti semasa. Disebabkan itu naratif “Israel hanya mempertahankan diri” baru mula meluntur.

Dengan kegiatan aktif daripada The Guardian, New York Times dan Times of Israel semakin bergiat sebagai tombak utama pro-Palestin, realiti semakin jelas.

RUJUKAN:

BBC. (2018, June 2). Gaza vio**ce: thousands attend fu**ral for Palestinian medic. Retrieved from https://www.bbc.com/news/world-middle-east-44343263

Gadzo, M. (2018, July 18). Israeli forces ‘deliberately k***ed’ Palestinian paramedic Razan. Retrieved from (Request Link al-Jazeera Di Komen).

Holmes, O. & Balousha, H. (2018, June 8). Mother of s**t Gaza medic: ‘She thought the white coat would protect her’. Retrieved from (Request Link the Guardian di Komen)

Lonnquist, M. (2018, n.d.) Medical Workers S*t in Gaza Demonstrations. Retrieved from (Request Link HRW di Komen)

McKernan, B. (2018, June 8). Israeli army edits video of Palestinian medic its troops s**t d**d to misleadingly show she was “human shield for Hamas”. Retrieved from (Request Link The Independent di Komen).

Pileggi, T. (2018, June 7). After saying it s**t medic by accident, IDF claims she was ‘no angel’. Retrieved from (Request Link TOI di Komen).

Times of Israel. (2018, June 1). Palestinians say female medic k***ed, 100 in**red in Gaza fence clashes. Retrieved from (Request Link TOI di Komen)

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.