Suku Kayı atau Kai (Turki: Kayı boyu) adalah orang-orang nomad Turkik Oghuz dan sub-cabang persekutuan kesukuan Bozok. Kebanyakan masyarakat hari ini termasuk orang-orang Turki sendiri kebiasaannya hanya mengenali suku Kayı sebagai salah satu suku Oghuz Turk yang mengasaskan kerajaan Empayar Uthmaniyyah melalui anak lelaki Ertugrul Ghazi iaitu Osman Ghazi.

Suku Kayı ketika zaman Ertugrul merupakan suku yang menjadi pelarian kerana waktu itu Mongol sedang mula bangkit membina empayar besar. Perjalanan suku Kayı di bawah pimpinan Suleyman Shah bapa kepada Ertugrul dikatakan bermula dari Isfahan ke Aleppo dan berakhir di Sógut yang bersempadan dengan kerajaan Byzantine.

Suku Kayı merupakan suku berbahasa Turkik yang telah berasimilasi dengan masyarakat Kaukasus. Dari situ lah bermulanya identiti kedua bangsa Turk seperti yang kita ketahui hari ini, iaitu identiti Eropah dan Asia.

Bangsa Turk yang beridentiti Asia yang bermata sepet dan budayanya agak dekat dengan Mongol dianggap sebagai keturunan Turk yang asli berasal dari pelbagai kawasan geografi seperti Siberia, Pergunungan Altai, Turkestan dan utara China (Xiongnu, tapi teori bahawa Xiongnu adalah Turk masih tiada bukti jelas).

Pada abad ke-11, Mahmud al-Kashgari pernah menyebut tentang suku Kayı (Kayiglardir).  Perkataan kayı bermaksud “orang yang berkuasa melalui perhubungan”.

Dalam karya bersejarah beliau, Shajare-i Tarakime (The Genealogy of Turkmens), pemerintah Khiva Khanate dan sejarawan Abu al-Ghazi Bahadur menyatakan suku Kayı adalah salah satu di antara 24 suku Turkmen (atau Turk Oghuz), mereka adalah keturunan langsung dari tokoh separa mitologi Oghuz Khan selaku leluhur orang Turkmen, dan nama suku itu diterjemahkan sebagai “kekuatan”.

Oghuz Khan adalah seorang tokoh yang dianggap sebagai bapa leluhur bangsa Turki moden hari ini, beberapa lagenda menceritakan beliau pernah membunvh bapanya sendiri, Qara Khan, kerana Qara Khan dihasut oleh isteri keduanya yang berbangsa Cina dengan tuduhan bahawa Oghuz Khan ingin merampas kuasa pentadbiran suku mereka.

Bapa Oghuz cuba membunvh Oghuz tetapi gagal, sebaliknya beliau terbunvh di tangan Oghuz manakala ibu tiri Oghuz melarikan diri pulang ke China. Selain itu, Oghuz Khan mempunyai dar4h keturunan kerabat klan Ashina, ini bererti Oghuz Khan datang dari susur galur yang sama dengan Genghis Khan, pengasas Empayar Mongol.

Ini menjelaskan mengapa semasa zaman kemerosotan Uthmaniyyah, banyak undang-undang kerajaan yang mirip dengan pantang larang Mongol. Antaranya ialah, hukuman bunvh untuk anggota kerabat diraja Uthmaniyyah tidak boleh dilakukan dengan cara menumpahkan dar4h (pancung, tikam, dsb), sebaliknya mereka harus dijerut dengan tali anak panah hingga m4ti.

Ini serupa dengan peraturan Mongol yang tidak membenarkan mana mana kerabat diraja musuh dibunvh dengan cara menumpahkan dar4h kerana bagi Mongol, ia mengundang kemarahan Dewa Bumi.

Dalam satu lagi karya sejarahnya yang popular, “Jami ‘al-tawarikh” (Himpunan Kronikel), negarawan dan ahli sejarah Ilkhanate, Rashid-al-Din Hamadani juga mengatakan bahawa suku Kayi berasal dari 24 anak cucu tertua Oghuz Khan yang merupakan bapa pengasas kepada suku Oghuz kuno (Turkmen), dan nama Kayı bermaksud “kekuasaan”.

Peramal masyarakat Turkmen Oghuz, merangkap penyair terkenal, Dede Korkut juga datang daripada keturunan suku Kayı. Pada zaman pertengahan, sebahagian dari suku itu berpindah ke wilayah Crimea (Ukraine moden), mereka dikenali dalam sejarah kuno Russia sebagai “kovuy” dan “kaepichi”. Menurut pakar bahasa Rusia dan ahli turkologi yang terkenal, AVSuperanskaya, asal usul nama bandar Kiev mempunyai kaitan dengan suku Kayı:

“Sebagaimana pengkaji etnografi mengesahkan, dari segi etnologi, orang-orang asal yang “tulen” tidak akan dan tidak boleh wujud begitu sahaja, sebaliknya, kemunculan sebuah masyarakat kaum yang baru lazimnya lahir daripada gabungan etnik dari dua orang atau lebih, yang kebiasaannya akan melakukan proses asimilasi mengikut ciri-ciri terbaik masing-masing. Mana-mana tamadun di dunia ini amat mudah untuk kita temui legenda rakyat yang menceritakan permulaan sebuah bangsa telah dimulakan oleh dua (atau beberapa) saudara. Ternyata, perkara yang mirip turut terdapat dalam legenda Kiy, Schek, Horev dan Lybed. Nama suku Kyy (Kiy) adalah milik orang-orang Turki kuno yang masih ada dalam nama-nama struktur kesukuan masyarakat Turki”.

Suku Kayı adalah pengasas kerajaan-kerajaan kecil Beylik di Anatolia abad pertengahan seperti Isfendiyarogullary dan Chobanogullary. Di Turkmenistan, suku Kayı adalah sebahagian daripada kaum Turkmen Geklen yang masih tinggal di rantau Balkan di negara ini.

Sebagai kumpulan Kayitag (Russia : Kaitag), suku Kayı memainkan peranan penting dalam sejarah Kaukus, dan kini bahasa Kayitag diklasifikasikan sebagai salah satu daripada lima dialek bahasa Kumyk, di mana selama sepuluh abad (10-  19 Masehi) ia merupakan bahasa lingua franca di Kaukus Utara.

Kerajaan pentadbiran kecil Kayitag adalah komponen utama Shamkhalate di Kazi-Kumukh di pantai barat Caspian dalam bentuk yang berbeza dan bertahan dari abad ke-8 hingga ke-19. Hasil tekstil buatan tangan Kayitag, yang diletakkan di bawah pemerintahan Soviet, kekal memberi kelainan dalam kesenian dan hasil kerja mereka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.