Kaum Aztec ialah kaum asal Mesoamerika yang menetap di hutan belantara, dan kawasan dataran Tengah Mexico pada tahun 1300 hingga 1521, di mana ibu kota mereka bernama Tenochtitlan pernah diceroboh oleh tentera Conquistador Sepanyol yang diketuai oleh Hernán Cortés. Namun teknologi persenjataan kaum ini begitu menakjubkan pada zaman mereka, di mana senjata buatan sendiri yang lebih ‘berbisa’ dari senjata penjajah Sepanyol yang ditempah.

Mari kita kenali senjata-senjata unik kaum Aztec.

Penggunaan Mineral Obsidian

Masyarakat Aztec saling berkait rapat dengan mineral bernama Obsidian, sejenis mineral berupa kaca hitam yang banyak ditemui di kawasan bekas letusan gunung berapi di seluruh tanah air mereka. Penggunaan mineral ini meluas dari pembinaan saliran, piramid, perubatan terutamanya penciptaan alatan pembedahan, dan urusan keagamaan.

Beli buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747 di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Dalam mitologi Aztec, dewa mereka bernama Tezcatlipoca yang mengasaskan ritual pengorbanan manusia berkait rapat dengan mineral Obsidian. Mereka juga mempunyai 9 lapisan dunia bawah alam (underworld) Aztec di mana 3 dari kesemua lapisan terdiri dari lapisan mineral ini seperti kawasan lantai dunia bawah alam yang penuh dengan kepingan Obsidian.

Mineral Obsidian juga digunakan meluas dalam penciptaan senjata Aztec. Mereka jadikan bahagian hujung mineral begitu tajam sehingga mampu menyiat kulit haiwan 3 kali lebih tajam dari bahan logam lain. Kerana ciri inilah mineral Obsidian sesuai digunakan dalam ciptaan alatan pembedahan. Alatan berasaskan kapak dan peluru yang menggunakan mineral ini mampu menamatkan hidup ramai musuh terutamanya penjajah Sepanyol.

Penciptaan Senjata Projektil

a.) atlatl 

 

Ilustrasi senjata atlatl yang digunakan oleh orang Aztec. (Sumber: Fallout wiki)

Terdapat 3 jenis senjata projektil atau berasaskan peluru iaitu atlatl, busur dan panah, dan pelempar batu atau dikenali dengan nama ‘sling’. Atlatl ialah senjata projektil Aztec yang menggunakan panah dan lembing sebagai peluru. Rupa atlatl seperti lembing kayu di mana bahagian hujungnya mempunyai cangkuk dan alur yang dikhaskan untuk meletakkan peluru.

Terdapat atlatl juga mempunyai dua alur, menunjukkan senjata ini mampu melemparkan dua peluru sekaligus. Terdapat juga gegelung di bahagian pemegang bagi memastikan pahlawan Aztec dapat menyasarkan dengan baik.

Peluru senjata atlatl seperti panah diperbuat dari tulang ikan, kuprum, kepingan obsidian, dan batu api. Panah berduri juga mereka gunakan yang menggerunkan penjajah Sepanyol kerana panah ini mampu melukakan badan dengan mudah tanpa menusuk. Tambahan lagi, panah ini mampu menusuk apa-apa jenis perisai walaupun perisai besi Sepanyol.

Jarak sasaran atlatl ialah sekitar 55 meter dan maksimum jarak sasaran ialah 74 meter, menjadikan atlatl sebagai senjata melempar lebih baik berbanding lembing. Senjata ini juga memerlukan 60% daya melempar berbanding lembing dan busur supaya peluru yang dilempar mempunyai kesan tusukan yang lebih ampuh. Dengan kelebihan ini, atlatl sesuai dijadikan senjata memburu burung selain senjata bertempur jarah jauh.

Senjata atlatl juga dijadikan sebagai senjata penyembahan ketika masuknya festival pengorbanan makanan kepada dewa Opochtli, iaitu dewa memancing dan memburu. Raja Aztec bernama Moctezuma II pernah menghadiahkan atlatl yang diukir dengan kepala kura-kura di bahagian hujung kepada Hernán Cortés.

b.) Busur dan panah

Busur dan panah ialah senjata klasik yang biasa tentera dan pemburu zmaan dulu gunakan termasuklah kaum Aztec. Busur versi Aztec biasanya 1.5 meter panjang dengan mempunyai tali busur yang diperbuat dari bahan alam semula jadi seperti kulit rusa dan urat haiwan. Panahnya pulai seperti peluru atlatl, bermacam-macam jenis seperti panah berduri, tulang ikan, kepingan obsidian, dan batu api.

Seperti atlatl, busur dan panah juga digunakan sebagai alat penyembahan dalam festival dewa Opochtli namun orang asal selain Aztec yang membekalkan senjata ini. Panah yang diperbuat dari buluh akan dikeraskan dahulu menggunakan api, kemudian bahagian hujung panah dipotong untuk membentuk hujung yang tajam.

Busur dan panah Aztec biasanya digunakan untuk membakar bangunan musuh dengan membawa 20 batang panah batu api. Busur Aztec mampu menembak panah sehingga sejauh 180 meter. Etnik Aztec Teohuacan ialah etnik yang amat mahir menggunakan busur sehingga mampu menyasarkan musuh menggunakan 3 batang panah sekaligus.

c.) Tematlatl 

 

Penghasilan semula sling Aztec

 

Tematlatl ialah senjata projektil Aztec berasaskan sling, iaitu senjata yang menggunakan batu sebagai peluru. Batu akan digosokkan untuk mendapat bentuk bulat supaya penembak sling dapat melempar batu dengan tepat. Jarak sasaran tematlatl ini mampu mencapai 200 meter hingga 400 meter bergantung saiz peluru batu.

Tematlatl biasa digunakan dalam pertempuran jarak jauh. Penjajah Sepanyol yang mengalami serangan dari senjata ini gerun dengan ketepatan dan begitu impak sehingga mampu mencederakan tentera Sepanyol yang berperisai penuh.

d.) Lembing dan pemukul klub 

Ilustrasi pahlawan Aztec membawa pemukul klub

Senjata Aztec yang lain di mana pengkaji kategorikan sebagai senjata kejutan ialah lembing dan pemukul klub. Biasanya senjata ini dikhaskan untuk memotong, memukul, dan hancurkan musuh. Lembing Aztec dipanggil dengan nama ‘tepoztopilli’ ialah senjata yang biasa dibawa oleh pahlawan Aztec. Lembingnya begitu panjang dengan 1.8 hingga 2.2 meter. Bahagian hujung diikat dengan batu yang begitu tajam sehingga mampu memotong rambut.

Lembing Aztec hanya ampuh terhadap serangan jarak jauh dan tidak begitu efektif dalam pertempuran jarak dekat, walaupun ketajaman lembing ini mampu mencederakan musuh dengan hanya dihiris. Diaz del Castillo, iaitu antara tentera Sepanyol bersama Hernán Cortés pernah mencatatkan keberkesanan tepoztopilli di mana kulitnya hanpir ditusuk oleh lembing tersebut setelah hancurkan perisainya.

Satu lagi senjata kejut Aztec ialah pemukul klub kayu yang mempunyai kegunaan yang pelbagai. Dalam hirarki ketenteraan Aztec, pemukul klub menjadi simbol pangkat mengikut pangkat seseorang pahlawan.

Terdapat 3 jenis pemukul klub Aztec iaitu ‘huitzauhqui’, ‘cuahhololli’. dan ‘macuahuitzoctli’. Huitzauhqui ialah pemukul klub kayu yang dipasang dengan batu tajam. Cuahhololli ialah pemukul klub yang hujungnya dipasang dengan bola kayu yang bertujuan untuk hancurkan musuh. Dan macuahuitzoctli pula ialah pemukul klub yang bahagian hujung dan tepi mempunyai bonggolan kayu atau kepingan obsidian.

e.) ‘Pedang’ Aztec Bernama Macauahuitl

Pemukul klub Macauahuitl

Di antara kesemua senjata Aztec, macauahuitl adalah senjata yang paling menakutkan mengikuti catatan-catatan tentera Sepanyol yang bertempur dengan para pahlawan Aztec. Macauahuitl ialah pemukul klub yang hanya digunakan khas kepada pahlawan elit Aztec. Rupa pemukul ini seperti pedang dua pemegang dari Eropah yang panjangnya 70 sentimeter. Pemukul ini dipasang dengan 6 hingga 8 keping bilah obsidian.

Ramai tentera Sepanyol menggambarkan tahap kehancuran macauahuitl yang tidak dapat dibayangkan. Mereka gambarkan tunggangan kuda mereka rebah dengan hanya satu tetakan saja. Ada antara kuda mereka disembelih dengan mudah dan ada antara kuda mereka juga telah hancur bahagian dalam tubuh dengan hanya tusukan dalam dari macauahuitl ini.

Ada juga catatan menyatakan manusia juga boleh dibunuh dengan tanya satu tetakan saja. Keupayaan menakutkan macauahuitl ini menggerunkan tentera Sepanyol sehingga salah seorang Conquistador bernama Bernal Diaz menamakan pemukul klub itu sebagai ‘pedang besar yang mematikan’.

Apabila pengkaji abad kini memerhati catatan-catatan ini, mereka meragui keberkesanan macauahuitl ini kerana khuatir tentera Sepanyol hanya membesarkan dan menokok tambah kekuatan pemukul ini. Pengkaji ini kemudian melakukan eksperimen mengesahkan catatan-catatan tentera Sepanyol ini.

Salah satu kajian dijalankan oleh ahli akademik Aztec bernama Marco Obregón. Beliau menghasilkan macauahuitl untuk menguji kekuatan tetakan terhadap bahan kajian iaitu kaki khinzir. Tetakan pertama hanya mengoyakkan tisu kaki. Masuk ke tetakan kedua bilah obsidian telah retak, namun otot dan sebahagian tulang kaki telah retak dan koyak.

Melihat keputusan ini, Obregón konklusikan bahawa fungsi macauahuitl tidaklah sehingga menamatkan hidup haiwan dan manusia seperti apa tentera Sepanyol gambarkan. Fungsi pemukul klub ini hanya melumpuhkan musuh. Eksperimen yang sama juga dilaksanakan pada tahun 2009 oleh Rafael Garduño dengan menguji kekuatan pemukul ini terhadap kepala mayat kuda. Keputusannya sama seperti kajian Obregón.

Beli buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Fungsi lain macauahuitl juga penting bagi pahlawan elit Aztec di mana senjata ini berupaya melumpuhkan penduduk luar empayar Aztec. Pahlawan Aztec ini mempunyai budaya mengumpulkan mangsa untuk menaikkan pangkat. Jika seseorang pahlawan mempunyai banyak mangsa, dia serta-merta dinaikkan pangkat menjadi pahlawan elit. Mangsa yang ditetak pahlawan Aztec kemudian dihantar untuk menjadi korban upacara menyembah dewa matahari bernama Huitzilopochtli, meminta dewa supaya suburkan hasil tanaman Aztec.

Inilah senarai senjata-senjata kaum Aztec yang pernah menjadi senjata menakutkan mengikut catatan-catatan terawal oleh penjajah Sepanyol.

RUJUKAN:

Leigh-Howarth, Jake. 3 April 2022. Aztec Weapons: The Horrifying Aztec Armory. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply