Menurut Karl Marx, agama adalah candu rakyat – maka dalam negara Kesatuan Republik Sosialis Soviet, fahaman ateisme menjadi dasar utama pemerintah, yang dikuatkuasakan oleh kerajaan dan disebarkan melalui poster-poster propaganda dan majalah anti-agama.

Kesatuan Soviet di Rusia adalah negara pertama yang menpunyai objektif berideologi yang cenderung terhadap penolakan dan penghapusan kepercayaan agama. Menjelang tempoh akhir kempen ini, rejim Komunis merampas harta benda gereja, menghina simbol kesucian agama-agama, mengganggu para penganut, dan menyebarkan fahaman ateisme di sekolah-sekolah.

Akan tetapi, tindakan terhadap kelompok beragama adakalanya ditentukan megikut tahap kepentingan Negara, dan ada sesetengah agama yang teratur tidak pernah dilarang. Islam contohnya tidak diharamkan semasa zaman Stalin kerana Stalin memerlukan orang Islam untuk memerangi Jerman.

Poster ini memberitahu bahawa agama ialah racun.


Gereja Ortodok Rusia menjadi sasaran utama kempen anti-agama pada tahun 1920-an dan 1930-an memandangkan Ortodok mempunyai jumlah penganut yang terbesar.

Hampir semua agamawan, dan para penganut, dit3mbak atau dihantar ke kem buruh. Sekolah yang berasaskan teologi ditutup, aktiviti gereja dilarang. Menjelang tahun 1939, hanya sekitar 500 dari 50,000 gereja yang masih dibuka.

Setelah serangan Nazi Jerman ke atas sempadan Kesatuan Soviet pada tahun 1941, Joseph Stalin menghidupkan kembali Gereja Ortodoks Rusia untuk meraih sokongan golongan patriaki agar dapat menyeru penganut Ortodoks menyertai tentera.

Menjelang tahun 1957, kira-kira 22,000 gereja Ortodoks Rusia yang aktif. Tetapi pada tahun 1959 Nikita Khrushchev memulakan kempennya sendiri dalam menentang Gereja Ortodoks Rusia l, kira-kira 12,000 gereja.

Menjelang tahun 1985, kurang daripada 7,000 gereja tetap aktif. Anggota hierarki gereja dipenjara atau dipaksa keluar, tempat mereka diambil oleh paderi yang taat, yang kebanyakannya mempunyai hubungan dengan KGB.

Lagi poster anti-agama oleh Komunis Soviet.

Kempen menentang agama turut berkait rapat dengan status kewarganegaraan tertentu, terutamanya jika mereka penganut Katolik yang mengiktiraf entiti politik asing seperti Kepausan. Menjelang tahun 1926, tiada lagi uskup yang berkhidmat untul Gereja Katolik Rom di Kesatuan Soviet, dan pada tahun 1941 hanya dua dari hampir 1,200 gereja yang wujud sejak tahun 1917, kebanyakannya masih aktif di Lithuania.

Gereja Katolik Ukraine (Uniate), yang dikaitkan dengan semangat nasionalisme Ukraine, telah ditundukkan secara paksa pada tahun 1946 kepada Gereja Ortodoks Rusia, Gereja-gereja Ortodoks Autocephalous Belorussia dan Ukraine ditekan sebanyak dua kali, pada akhir 1920-an dan sekali lagi pada tahun 1944.

Serangan terhadap agama Yahudi adalah endemik sepanjang masa Soviet, dan amalan ajaran Yahudi yang teratur menjadi hampir mustahil ditemui.

Denominasi Protestan dan mazhab Kristian yanh lain turut dianiaya. All-Union Council of Evangelical Christian Baptists, yang ditubuhkan oleh pemerintah pada tahun 1944, biasanya dipaksa untuk mengehadkan aktivitinya dengan mengurangkan amalan beribadat seperti bersembahyang dan menolak permohonan permit majlis pembelajaran dan penerbitan keagamaan.

Kerisauan terakhir Soviet adalah terhadap gerakan pan-Islam. Rejim Soviet secara sistematik telah menekan umat Islam secara keras, sehinggalah pada tahun 1941, apabila pencerobohan Nazi terhadap sempadan Kesatuan Soviet pada tahun itu menyebabkan pemerintah menerapkan dasar toleransi secara rasmi terhadap umat Islam sambil secara aktif menggalakkan penyebaran fahaman ateisme di kalangan umat Islam.

Ironinya, kerana kezaliman Soviet berulang kembali sekitar 1980an, ia secara tidak langsung menyebabkan gerakan-gerakan bersenjata dan militan-militan Islam tumbuh bagai cendawan, dan penentangan umat Islam terhadap Soviet kekal meningkat dan konsisten apabila Soviet mengambil langkah tidak cerdik dengan menceroboh dan mengawal politik Afghanistan. Penentangan itu berterusan sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet.

Tidak ada TUHAN poster ni cakap.

Angkasawan Ateis yang terkenal, Gherman Titov membuat kenyataan kepada penonton di pameran sedunia Seattle bahawa dia tidak nampak tuhan atau malaikat di angkasa lepas, poster bertajuk ini adalah sempena memperingati dirinya dengan frasa “Tak ada Tuhan!”

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.