Parti Komunis China yang memerintah Republik Rakyat China pernah buat satu kesilapan besar. Tindakan diorang tu menyebabkan berjuta-juta rakyat kebuluran. Ironik, keputusan tu asalnya nak meningkatkan sumber makanan, tapi hasilnya jadi sebaliknya.
Pemerintah China melaksanakan The Great Leap Forward untuk menstruktur semula ekonomi negara. Salah satu resolusi pertama diorang ialah melaksanakan Four Pests campaign iaitu kempen menghapuskan 4 perosak yang secara alaminya memakan tanam pertanian Cina.
Mereka mahu menghapuskan nyamuk, lalat, tikus dan pipit.
Dengar macam utopia kan? Bayangkan sebuah dunia tanpa serangga dan binatang perosak. Indah kan? Itulah yang diimaginasikan puak komunis ni.
Burung pipit dituduh memakan terlalu banyak buah dan bijirin, justeru ia perlu dihapuskan daripada muka bumi Cina. Walaupun kedengaran tak masuk akal, kerajaan tetap berkeras dengan kempen ini dan semua rakyat digalakkan untuk membunuh sebanyak mungkin burung pipit.
Rakyat menggunakan drum, periuk belanga, bekas besi dan apa sahaja yang membuat bunyi bising untuk mengganggu tempat habitat burung pipit. Ia akan terbang ketakutan bila dengar bunyi bising tu. Diorang akan takut-takutkan burung tu supaya ia takut nak mendarat. Last sekali, gagak itu akan kepenatan dan jatuh ke tanah. Apa lagi tunggu, diorang pun bunuh pipit tanpa berfikir panjang.
Diorang juga mencari sarang burung, pecahkan telurnya atau menembak sahaja pipit yang sedang terbang. Siapa yang bunuh pipit, akan dapat ganjaran setiap hari.
Kempen ini berjaya. Pipit hampir pupus di Cina.
Tiada lagi burung perosak yang makan buah atau bijirin mereka. Syabas!
Apa yang mereka tidak tahu, pipit juga memakan serangga perosak seperti belalang. Apabila pipit sudah tiada, binatang pemangsa yang memakan belalang juga tiada. Populasi belalang sudah tidak terkawal.
Belalang membiak terlalu banyak dan tidak terkawal.
Jutaan belalang memakan buah, bijirin dan apa jua makanan yang mereka jumpai.
Gerombolan belalang menyerang ladang-ladang Cina dan menghapuskan semua sumber makanan yang diorang tanam. Punyalah banyak belalang tu, sampai ia menutup cahaya matahari bila ia datang menyerbu. Siang pun menjadi ‘malam’. Untuk bertahun-tahun gerombolan belalang memusnahkan sumber makanan Cina.
Kebuluran terbesar dalam sejarah kemanusiaan terjadi pada abad ke 20. Seramai 30 juta rakyat Cina kebuluran. Dan semuanya terjadi hanya kerana kerajaan bertindak mahu melenyapkan 4 perosak, terutamanya burung pipit. Tanpa mereka sedar, pipit itulah yang boleh menyelamatkan mereka daripada gerombolan belalang. Tetapi, segalanya sudah terlambat.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Cina telah buat kesilapan besar. Korang kena belajar bagimana diorang membetulkan kesilapan bangkit menjadi sebuah tamadun yang hebat. Kena baca KITAB TAMADUN CINA. Klik https://bit.ly/kitabtamaduncina
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih