Bila mana kita mendengar cerita sedih yang melanda sukan bola sepak Malaysia, tak kira sama ada di dada akhbar atau di kaca televisyen, pelbagai rasa bercampur baur. Nak marah ada, sedih pun ada. Persoalan sekarang ini, salah siapa?

Jika anda kata salah pemain, mereka bersalah kerana tidak mempunyai kemahiran tinggi atau terlalu selesa dengan apa yang ada. Namun, ini hakikat yang kita terpaksa telan. Ya, mereka berbakat dan ini diakui oleh ramai jurulatih atau bekas pemain luar. Tetapi apakah mereka ada kesungguhan untuk berjaya selain di Malaysia? Apakah mereka ada keazaman untuk memperbaiki kualiti sedia ada demi karier mereka dan bola sepak negara? Mereka boleh saja beralasan mereka dibelenggu masalah kewangan atau mengikut taktik jurulatih tetapi itu masih tidak menutup dua aspek yang membelenggu pemain kita.

Jika anda kata salah jurulatih, jurulatih juga bersalah kerana masih mengikut taktik statik dan tidak mahu beradaptasi dengan evolusi taktik bola sepak di serata dunia. Mereka menganggap evolusi taktik tersebut tidak ada kena-mengena dengan diri mereka padahal evolusi ini bukan saja mempengaruhi pembangunan kualiti pemain tetapi juga pembangunan kualiti mereka sebagai jurulatih. Jurulatih yang baik tidak akan membiarkan kualiti anak buah mereka statik, mereka akan berusaha memperbaikinya demi memastikan karier pemain tersebut terus utuh dan keputusan pasukan dapat diperbaiki. Namun sekiranya kualiti jurulatih tidak mengikut standard, maka yang menjadi mangsa ialah kualiti permainan sekaligus mempengaruhi sentimen dalam dan luar padang.

Jika anda kata salah persatuan, ya mereka juga bersalah. Mereka punya hala tuju bersifat jangka pendek, tidak bertanggungjawab dari segi kewangan dan tidak mahu mengubah budaya pengurusan organisasi mereka. Budaya pengurusan organisasi bola sepak di Malaysia masih lagi bersifat patronage iaitu mengharapkan suntikan kewangan daripada individu-individu tertentu. Dan pihak pengurusan enggan bersifat telus dan tanggungjawab kepada penyokong berkenaan cara mereka menguruskan kewangan dan tidak menyediakan hala tuju jangka panjang persatuan atau kelab. Belum campur lagi isu pengambilan pemain secara tidak sah dan isu gaji yang membelenggu liga setiap musim. Dalam satu laporan FIFPRO tahun 2016, 44% pemain di Malaysia tidak menerima bayaran gaji. Itu satu peratusan yang menakutkan pada zaman dikatanya bola sepak profesional. Pendek kata, pengurusan kelab tahap F sebegini yang merosakkan imej bola sepak negara dan negara secara umumnya.

Jika anda kata salah pihak liga dan FAM, maka mereka juga perlu tanggung sebahagian daripada blame game ini. Peraturan yang tidak jelas, pertikaian melibatkan wang penyiaran, isu bookie dan seumpamanya tak putus-putus mencetuskan kontroversi sepanjang tahun ini. Belum campur lagi isu agihan tiket dan tuduhan bias ke atas persatuan tertentu. Walaupun FAM sudah mempunyai kepimpinan baru dan pihak liga berusaha memperbaiki kelemahan sedia ada, ia akan mengambil masa untuk liga bola sepak negara untuk sampai ke tahap yang dimahukan kita.

Jika anda kata salah peminat, peminat juga kena tanggung beban kesalahan sama. Mereka terlalu keras dalam mengkritik dan menetapkan matlamat tidak munasabah kepada pasukan. Mereka hanya menyokong pada masa senang dan tidak pada masa susah. Walaupun ramai akan kata pandangan saya ini salah tetapi ini satu hakikat yang kita perlu telan. Penyokong kita terlalu berkira dengan pasukan sendiri tetapi tidak pula berkira dengan pasukan luar yang disokong seperti Manchester United dan Barcelona. Penyokong lupa bahawa beza tahap bola sepak pasukan dengan pasukan sokongan mereka ibarat langit dengan bumi.Dan penyokong juga tidak punya komitmen atau minat yang sama dalam memastikan pasukan berjaya.

Sebagai konklusi kepada semua poin ini, saya rasa semua patut dipersalahkan atas apa yang berlaku. Terlalu banyak pemboleh ubah dari semua pihak ini yang menyebabkan bola sepak kita jadi bahan jenaka. Walaupun bola sepak ada membawa berita positif seperti kemenangan Piala AFC Johor Darul Takzim (JDT) tetapi setakat itu saja. Selagi mana tiada perubahan yang bersifat radikal pada semua pihak ini, selagi itulah harapan kita untuk menyaksikan bola sepak kita mencapai kegemilangan seperti pada tahun 50-an sehingga 80-an akan berkubur begitu saja.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply