Korang tahu tak Palestin ada Hari Kemerdekaan? Hari Kemerdekaan Palestin dicapai pada 15 November 1988.

Palestin merdeka ke? Bukan Israel tak habis-habis serang sekarang?

Ya, inilah yang dikatakan merdeka hanya atas kertas.

Kita patah balik ke tahun 1974.

Sidang Kemuncak Liga Arab, Rabat.

PLO diiktiraf sebagai wakil tunggal rakyat Palestin dan diorang tegaskan semula hak diorang untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka.

Macam mana?

Ikut semula pada Resolusi PBB 181 pada 1947. Di mana Mandat British dipecah 2 menjadi wilayah Arab dan wilayah Yahudi.

Kita lompat ke tahun 1948.

Apabila tamatnya mandat tersebut, Israel terus isytiharkan kemerdekaan diorang.

Sudah semestinya kepimpinan Arab Palestin tak setuju dengan hal ni. Kerajaan Seluruh Palestin (All-Palestine Government) masa tu isytiharkan Gaza di bawah naungan Mesir dan diiktiraf majoriti Liga Arab. Ni dikira cubaan pertama untuk Palestin menjadi sebuah negara merdeka.

Jordan bertindak menduduki Tebing Barat dan Mesir menduduki Gaza daripada dirampas oleh Israel.

Kerajaan Seluruh Palestin dibubarkan pada 1959 dengan alasan bahawa Kerajaan Seluruh-Palestin gagal dalam perjuangan Palestin.

Apakan daya, semuanya hilang ketika Perang 6 Hari meletus.

Palestin cuba lagi dengan Deklarasi Kemerdekaan 1988 ni.

1988, Algiers. Yasser Arafat berucap dan mengisytiharkan kemerdekaan Palestin.

“Dengan nama Allah dan atas nama rakyat Arab Palestin, Majlis Kebangsaan isytiharkan penubuhan negara Palestin di tanah Palestin kami dengan Al-Quds yang suci sebagai ibu negaranya.”

Pengisytiharan ni dibawa ke Majlis Keselamatan PBB oleh Pihak Berkuasa Palestin. Maka keluarlah Resolusi 242.

Resolusi ni tetapkan penerimaan “two-states solution” dan tak lagi mempersoalkan legitimasi Israel.

Sebulan kemudian, pengisytiharan Yasser Arafat ni diterima oleh Amerika Syarikat di Geneva sebagai pengiktirafan kepada sempadan Israel sebelum tahun 1967.

Perhimpunan Agung PBB kemudiannya menjemput Yasser Arafat untuk berucap.

Resolusi Perhimpunan Agung PBB 43/177 diterima pakai untuk mengakui pengisytiharan Negara Palestin oleh Majlis Kebangsaan Palestin pada 15 November 1988.

Juga diputuskan bahawa penamaan ‘Palestin’ harus digunakan sebagai ganti sebutan kepada ‘Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)’ dalam sistem PBB.

104 buah negara undi setuju, 44 berkecuali dan 2 – Amerika Syarikat dan Israel – mengundi menentang.

Menjelang pertengahan Disember, 75 negara iktiraf Palestin sebagai sebuah negara, ia meningkat kepada 93 negara menjelang Februari 1989.

PLO masa tu tak pegang mana-mana wilayah Palestin dan jadikan Al-Quds (Jerusalem) sebagai ibu negara Palestin yang ketika tu sampai harini bawah kawalan Israel.

PLO ni dah jadi macam kerajaan dalam buangan dari 1988 sampai 1994.

Lepastu PLO pun buat Perjanjian Oslo 1993 dan Perjanjian Gaza-Jericho 1994. Ada la beberapa bahagian yang PLO dapat, itu pun kemudiannya kena dasar Apartheid dengan Israel.

Bahagian-bahagian tu dah macam pulau kalau kita tengok peta. Ada 167 “pulau” yang dibahagikan kepada Kawasan A dan Kawasan B di Tebing Barat yang menjadi milik Pihak Berkuasa Palestin mengikut Perjanjian Oslo 1993.

Tahun 2012, Palestin dinaik taraf dalam PBB sebagai negara pemerhati bukan ahli. Bagaimanapun, PLO kekal sebagai wakil rakyat Palestin dalam PBB.

Pada 31 Disember 2014, Majlis Keselamatan PBB undi resolusi yang menuntut penamatan pendudukan Israel dan negara Palestin menjelang 2017.

Lapan ahli undi untuk setuju (Rusia, China, Perancis, Argentina, Chad, Chile, Jordan, Luxembourg). Bagaimanapun resolusi ni tak dapat dicapai.

Australia dan Amerika Syarikat undi menentang resolusi. United Kingdom, Lithuania, Nigeria, Korea Selatan dan Rwanda berkecuali.

Siapa kata Palestin tak cuba cara baik? Siapa kata Palestin overexegerate? Memang dia tak membaca sejarah.

77 tahun hidup dalam penyeksaan. Bila melawan dikata tempah bala. Itulah orang kita yang rasa nikmat merdeka tapi tak faham erti kemerdekaan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Comments are closed.