Cinta tidak mengenal batasan, apatah lagi darjat. Seorang wanita berkedudukan boleh saja terima lelaki biasa. Asalkan mahligai mereka terpelihara di bawah payung kasih dan sayang.

Mungkin itulah tanggapan Mako, seorang puteri dalam sistem monarki yang takkan sesekali mewarisi takhta Jepun. Maharaja sekarang adalah Naruhito, yang naik selepas ayahandanya Akihito berundur dengan rela hati.

Naruhito tiada anak lelaki. Jadi apa-apa jadi pada baginda, takhta Jepun akan pergi ke adiknya Fumihito.

Putera Mahkota Fumihito.

Puteri Mako adalah anak sulung Fumihito. Walaupun tidak berpeluang menjadi Maharani, peranan baginda dalam sistem monarki tetap penting.

Apa-apa alasan takkan diterima. Mako mesti mematuhi piawaian tradisi demi menjaga nama baik keluarga (dan negara). Kena ikut gaya hidup seorang raja.

Mako.

Masakan mungkin baginda penuhi syarat ini, apabila hatinya tertambat pada seorang jejaka yang ada “senyuman seindah sinaran matahari”. Jejaka itu adalah Kei Komuro; mereka bersua kenal bermula tahun 2012 ketika belajar Warisan Seni dan Kebudayaan di Universiti Antarabangsa Kristian.

Undang-undang tidak menghalang Mako berkawan dengan Kei. Tetapi undang-undang mewajibkan Mako lepaskan darjat kebangsawanannya jika ingin berkahwin dengan Kei. Peηgorbαηαη sebegini jelas sekali besar.

Bukan semua orang sudi melakukannya. Setelah lima tahun kenal bersama, Mako memilih Kei juga. Mereka menjalinkan pertunangan pada tahun 2017. Pihak media pun hilang arah tetapi sangat gembira – mereka melaporkan habis pasal jalinan cinta ini.

Sorakan marhaen tidak bertahan lama. Dua bulan selepas berita pertunangan mereka, timbul laporan yang kurang enak. Kei bersama ibunya ada terlibat dalam kes tuntutan wang sebanyak ¥4 juta (RM150,000). Ibunya pernah bertunang dengan seseorang. Sebahagian daripada jumlah ini dibelanja untuk pendidikan tinggi Kei. Sekarang bekas tunang ibunya datang buat tuntutan (McCurry, 2021).

Tempias Buruk Terhadap Institusi Monarki

Tuntutan wang sebegini sangatlah sah di sisi undang-undang. Tidak jadi masalah jika ia hanya melibatkan ibu Kei. Cuma kalau tengok balik, tuntutan ini memberi tempias terhadap Puteri Mako – kerana ibu Kei guna wang ini untuk Kei.

Situasi bertambah buruk apabila perkahwinan antara Kei dan Mako terpaksa ditangguh tiga tahun. Jadi semua nampak seolah-olah Kei sedang sempit dari segi kewangan (BBC, 2021). Orang ramai tidak percaya yang pasangan ini perlu masa untuk merancang majlis. Mereka nampak puncanya sebab tidak cukup duit.

Sementara orang Jepun bising, Kei meluangkan masa belajar undang-undang di Universiti Fordham yang terletak dalam Bandar New York. Tiga tahun beliau di sana, hanya pulang September lalu dengan fesyen rambut tidak begitu sesuai dengan adat Jepun. Boleh bayangkan bakal suami seorang puteri bangsa bertradisi menyimpan rambut panjang siap ikat ekor kuda?

Zaman dulu putera banyak simpan rambut panjang.

Lagilah orang Jepun bising. Ada yang menganjurkan bantahan dengan sepanduk “Pelihara Keluarga Diraja!” dan “Keluarga Diraja adalah Roh Jepun!” Tetapi Kei dan Mako membuktikan pendapat orang ramai tidak penting.

Mereka teruskan juga dengan rancangan perkahwinan, siap Mako tolak duit hantaran sebanyak AS$1.3 juta yang biasanya diberi kepada keluarga diraja.

Seorang puteri yang menjadi isteri.

Kei dan Mako mengikat tali perkahwinan pada 26 Oktober 2021. Sama seperti datuknya, Mako rela melepaskan darjat yang selama ini dijulang tinggi. Hari ini Mako adalah “Mako Komuro”, bukan lagi Puteri Mako.

Dan keluarga kecil ini ingin berhijrah ke Amerika Syarikat, dimana Kei sudah mendapat kerja bersama firma guaman Lowenstein Sandler LLP. Buat masa sekarang, mereka perlu keluar daripada istana… kerana tidak lagi layak untuk menetap di sana.

RUJUKAN:

BBC. (2021, Oktober 27). Japan’s Princess Mako: The woman who gave up royal status to marry.

McCurry, J. (2021, Oktober 1). Princess Mako wedding announcement stirs up media frenzy in Japan. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.