Sejarah dunia membuktikan bahawa kejayaan untuk kembangkan bisnes bukanlah fenomena moden. Seawal abad ke-8, pedagang Muslim zaman Abbasiyah sudah membina empayar bisnes merentas benua. Mereka bukan sekadar peniaga kecil di pasar tempatan, tetapi tokoh global yang berjaya menghubungkan Baghdad ke Guangzhou, Basra ke Calicut, dan Kaherah ke Venice.
Kekayaan mereka cukup luar biasa. Catatan sejarah menyebut ada saudagar Muslim di Basra yang memiliki kafilah unta beratus ekor membawa rempah dan sutera, manakala keluarga pedagang Muslim elit di Samarkand boleh mengawal harga kain sutera yang masuk ke Eropah.
Nama-nama seperti Sulaiman al-Tajir (seorang pedagang dan pengembara Parsi abad ke-9 yang menulis tentang perdagangannya ke India & China) membuktikan bahawa pedagang Muslim bukan sahaja kaya, malah berilmu dan berpengaruh. Apa yang menarik, ketika itu Samarra merupakan salah satu kota agung dalam dakwah, ilmuwan dan ekonomi dunia!
Baca : Samarra – Kota Agung Umat Islam Era Abbasiyah
Imej : Suasana di bazaar Baghdad era Abbasiyah
Soalnya, bagaimana mereka (baca : pedagang zaman Abbasiyah) mampu kembangkan bisnes sejauh itu dalam dunia tanpa kapal terbang, tanpa internet, tanpa AI malah penuh risiko rampasan dan rompakan?
Strategi Pedagang Muslim Zaman Abbasiyah untuk Kembangkan Bisnes
1. Sakk – Asas Payment Gateway Zaman Pertengahan
Pedagang Muslim mencipta sistem sakk (sukuk) kerana mereka sedar membawa emas dan perak dalam perjalanan ribuan kilometer adalah undangan maut. Jalan darat penuh perompak, laluan laut penuh lanun.
Bayangkan seorang pedagang di Basra mahu ke Damsyik dengan jarak 1,377 KM membawa 1,000 dinar emas. Kalau karavan diserang, habislah modal. Lebih parah nyawa mereka juga melayang jika perompak ingin menghapuskan bukti.
Maka, mereka mendepositkan emas di bank tempatan dan bank itu mengeluarkan sakk – dokumen bertulis yang boleh ditebus di cawangan bank di destinasi yang mereka tuju.
Contohnya : Sulaiman al-Tajir, dalam catatannya, pernah menebus sakk di pelabuhan Siraf untuk memudahkan pembelian barang di India. Dengan sakk, beliau tidak perlu risau akan risiko kecurian dan rompakan lagi.
Imej : Gambaran situasi perbincangan sakk di era zaman Abbasiyah
Kelebihan Sakk Zaman Abbasiyah
Penggunaan sakk pada zaman Abbasiyah cukup meluas kerana lebih sistematik, selamat dan mudah. Anda perlu faham yang pedagang lazimnya membawa modal emas dan perak dari pelabur-pelabur di tempat asal mereka dan jumlahnya bukanlah sedikit.
Selain itu, sekeping kertas ini boleh mewakilkan ribuan dinar dan dirham yang mereka bawa. Apa yang lebih menarik, sakk memberi peluang dan ruang untuk pedagang di zaman Abbasiyah untuk mengembangkan bisnes mereka tanpa had sempadan.
2. Hawala – ‘Bank Transfer’ Zaman Silam
Selain sakk, mereka juga menggunakan sistem hawala. Katakan pedagang A di Baghdad berhutang dengan pedagang B di Kaherah. Pada masa sama, pedagang C di Kaherah pula hutang dengan pedagang A. Hutang itu disilang (offset), dan hanya baki kecil dibayar.
Kelebihan Hawala Zaman Abbasiyah
Sistem hawala membolehkan pedagang zaman Abbasiyah membuat penjimatan kos transaksi dan mengurangkan risiko kecurian dan rompakan ketika membawa duit yang banyak.
Akan tetapi, sistem hawala berdiri dengan mendasarkan kepercayaan di antara pedagang dan peniaga.
“Hawala mampu berfungsi pada ketika itu kerana pedagang Muslim di zaman Abbasiyah terkenal sebagai pedagang dan peniaga yang jujur & amanah.”
Hawala ini menjadi asas kepada sistem perbankan moden yang diguna pakai hari ini dan ia muncul kerana pedagang Muslim mencari jalan untuk mengembangkan bisnes tanpa tersekat oleh logistik wang tunai.
3. Kafilah Unta & Jalur Laut Antarabangsa
Untuk penghantaran barang, pedagang Muslim menggunakan dua sistem utama iaitu jalur darat dan jalur laut.
Imej : Gambaran karavan di zaman kemuncak Abbasiyah
Jalan Darat (Kafilah Unta di Silk Road)
Karavan besar beratus unta bergerak dari Asia Tengah ke Baghdad hingga Istanbul. Barang bernilai tinggi seperti sutera, perhiasan, kitab muktabar dan rempah dibungkus dalam peti dan dibawa dalam kawalan ketat.
Mereka akan singgah di caravanserai (rumah penginapan khas pedagang) setiap 30–40 km (jarak perjalanan lazim seharian dengan unta) untuk berehat dan berniaga sampailah mereka sampai ke destinasi akhir.
Penulis sendiri berpengalaman untuk menziarahi salah satu caravanserai di Turkiye dan amat terkejut dengan kewujudan restoran, tempat peningapan (hotel), rumah kuda, gudang barang, ruang solat dan tandas di dalam sebuah caravanserai.
Imej : Visual 3D karavan dan pedagang di Turkiye
“Tahukah anda, jalur caravanserai adalah sepanjang KM, merentasi Xian, China hingga ke Balkan.”
Jalan Laut (Dhow & Angin Monsun)
Zaman itu, kapal dhow layar segitiga digunakan merentas Laut Arab, Teluk Parsi dan Selat Melaka. Apa yang menarik adalah, mereka faham aliran pergerakan angin monsun :
- Monsun Timur Laut → pulang ke Teluk Parsi.
- Monsun Barat Daya → bawa kapal dari Arab/India ke China.
Baca : Perhubungan Khalifah Abbasiyah – Dinasti Tang (China)
Imej : Illustrasi laluan perdagangan ke China dari Eropah era Abbasiyah
Kapal ini mampu membawa bertan-tan rempah, porselin, tekstil dan logam berharga untuk didagangkan.
Contohnya : Pedagang Hadramaut (Yaman) yang sampai ke Melaka bukan sekadar berniaga rempah, malah menubuhkan komuniti Muslim setempat, membawa kepada penyebaran Islam di Nusantara.
Baca : Sejarah Armada Abbasiyah Yang Menakjubkan
Kepelbagaian laluan ini membolehkan pedagang zaman Abbasiyah menggunakan jalan laut sekiranya jalan darat terganggu kerana bencana alam, peperangan dan sekatan politik.
Konsep kapal kongsi dan kafilah ini menggunakan kos kolektif di mana mereka berkongsi kos perjalanan dan ini membolehkan perjalanan perdagangan itu sendiri lebih selamat dan menjimatkan.
Selain itu, ini membolehkan mereka menjual pelbagai barangan yang mereka bawa sepanjang laluan
Apa Yang Kita Boleh Belajar Hari Ini untuk Kembangkan Bisnes?
Pedagang Abbasiyah kembangkan bisnes kerana mereka cipta solusi pintar pada cabaran zaman mereka. Hari ini, kita juga berdepan isu sama, cuma dalam bentuk moden :
- Kos – shipping antarabangsa mahal.
- Dokumentasi logistik – leceh dan renyah.
- Payment gateway terhad – susah nak jual global.
Bezanya, kita ada solusi moden yang sama spirit dengan sakk, hawala, dan kafilah unta mereka.
Solusi Kembangkan Bisnes Moden: Stripe & MyParcelAsia.com
1. Stripe – Sakk Digital Untuk Semua Orang
Kalau sakk memudahkan pedagang Abbasiyah berniaga di kota asing, Stripe pula memudahkan usahawan moden menjual produk ke seluruh dunia.
Imej : Contoh Stripe dalam cara pembayaran online
Jual pada semua orang, di mana sahaja, bila-bila masa. Terima bayaran dalam pelbagai mata wang tanpa risau.Tak perlu susah payah setup bank antarabangsa.
Stripe adalah payment gateway global yang membolehkan peniaga online Malaysia kembangkan bisnes tanpa had sempadan.
2. MyParcelAsia.com – Kafilah Moden Untuk Bisnes Online
Kalau kafilah unta dan kapal dhow dulu urus penghantaran barang merentas benua, hari ini peranan itu diambil alih oleh kurier aggregator MyParcelAsia.com.
Imej : Senarai kurier & penghantaran barang di MyParcel Asia
Bagi peniaga kecil, nak eksport barang ke luar negara selalunya jadi mimpi ngeri. Prosesnya penuh dengan hal-hal leceh dan renyah daripada urusan kastam, declaration sehinggalah borang yang bertimbun. Itu belum masuk lagi isu kos, sebab kalau walk-in terus ke kurier, harga shipping antarabangsa boleh jadi terlalu mahal, sampai makan margin keuntungan.
Di sinilah MyParcelAsia masuk sebagai penyelamat. Semua dokumentasi A–Z mereka uruskan untuk anda.
Kastam? Siap.
Declaration? Beres.
Borang? Jangan risau.
Imej : Harga untuk hantar parcel ke luar negara
Kurier agregator seperti ini menawarkan harga penghantaran sehingga 25% lebih murah berbanding walk-in ke kurier biasa. Tambahan, anda boleh pilih kurier premium kegemaran anda terus dalam satu platform.
Pendek kata, MyParcelAsia adalah “kafilah moden” untuk usahawan digital, membantu anda kembangkan bisnes ke luar negara dengan kos lebih rendah, proses lebih mudah, dan perjalanan lebih lancar.
Kesimpulan
Pedagang Muslim zaman Abbasiyah kaya dan berjaya kerana mereka berani teroka pasaran antarabangsa, mencipta solusi kewangan seperti sakk & hawala, dan membina sistem logistik global melalui kafilah & kapal laut.
Hari ini, kita ada versi moden di mana Stripe sebagai “sakk digital” untuk bayaran global. Manakala, MyParcelAsia.com sebagai “kafilah moden” untuk penghantaran antarabangsa.
Penulis berharap jika anda yang berjaya membaca artikel ini sampai ke perenggan ini bertabah dan cekal jika anda ingin menjadi usahawan yang berjaya. Ketahuilah, Khairulaming pun pernah gagal dalam bisnes sebelum mencapai kejayaan yang menjadi inspirasi buat semua usahawan tak kira Melayu, Cina dan India di Malaysia.
Andai kata dari Baghdad, Iraq ke Xian, China boleh dihubungkan 1,000 tahun lalu, sebenarnya tidak ada alasan lagi untuk usahawan di Malaysia hari ini tidak mampu kembangkan bisnes dari Malaysia ke dunia dengan adanya internet dan AI.




No comments yet