Apabila Dato Dr. Musa Mohd Nordin menyidai kering Dr. Nurul Huda dalam rancangan Analisis bersama Finaz Yunus, satu kesimpulan boleh dibuat. Walau apa pun diperkatakan, juak-juak GAVAK merupakan golongan paling berbahaya kepada negara ini. Dan 8 Disember 2019 merupakan tarikh dimana seluruh Malaysia boleh menilai gerak kerja dan kempen negatif GAVAK kerana poliomyelitis (selepas ini disebut “polio” sahaja) kembali ke Malaysia dengan kes pertama selepas kepupusan 27 tahun.

Kalau dilihat secara kasar, GAVAK semestinya akan melompat.  Kerana kes di Tuaran, Sabah, ini disahkan merupakan jangkitan polio vaksin jenis 1 (VDPV1). Kiranya hujah mereka polio berlaku kerana vaksinasi anti-polio itu sendiri. Namun hakikatnya berbeza. VDPV1 sebenarnya berasal daripada virus polio yang dilemahkan vaksin mulut. Setelah dilemahkan, virus ini dikumuhkan keluar melalui najis. Apabila persekitaran tidak bersih, kebarangkalian untuk menjangkiti orang lain yang TIADA IMUNITI sebenarnya TINGGI.

Semakin lama virus tersebar dalam komuniti TANPA IMUNITI, semakin mudahlah jangkitan berlaku. Dan yang menerima vaksinasi anti-polio pula, mereka mendapat perlindungan daripada jangkitan. Bermakna hanya golongan tidak vaksinasi sahaja yang cenderung untuk dijangkiti. Pelbagai cacian, hinaan dan makian boleh ditujukan. Namun realitinya kekal: polio telah kembali dengan kaca mata hitam dan senapang patah bersertakan dialek Austria tebal “I’m back”.

Tidak diketahui bagaimana vaksinasi diamalkan di Tuaran. Mungkin mangsa tidak divaksinkan akibat kekurangan kesedaran. Mungkin mangsa itu sendiri bergiat dalam GAVAK. Atau nauzubillah, kawasan tersebut tidak bervaksin secara konsisten. Namun perkara ini tidak relevan untuk dibincangkan. Skala paling besar harus diteliti iaitu apabila kegiatan GAVAK mencemarkan lagi apa yang sudah dicemari.

Sehingga 5 Disember 2019, siasatan di kawasan Tuaran dijangkiti polio ini mendapati satu keputusan yang merisaukan. 23 daripada 199 kanak-kanak antara 2 bulan hingga 15 tahun TIDAK menarima vaksin anti-polio. Selepas diterangkan, ibu bapa semua kanak-kanak BERSETUJU untuk vaksinasi.

Satu golongan pro-penyakit harus faham. Kunci ke arah kesinambungan imuniti kelompok (herd immunity) berada bersama mereka. Tugas vaksinasi sebenarnya BUKAN untuk menghapuskan penyakit secara aktif. Namun peranan vaksin bersifat pasif, dimana semakin ramai penyertaan, semakin kukuh imuniti kelompok sehingga penyakit-penyakit tertentu boleh dipupuskan (dalam kes ini, polio sendiri).

Seluruh dunia menyaksikan lonjakan rekod dimana bayi yang belum cukup usia untuk divaksinasikan terkena penyakit. Misalnya MMR hanya untuk bayi melebihi usia sembilan bulan. Namun dalam tempoh ke usia sembilan bulan, bayi sudahpun terdedah kepada penyakit campak (measles), beguk (mumps) dan rubella. Selalunya bayi ini terkena di hospital atau klinik kesihatan apabila terdedah dengan pesakit MMR.

Kes di Pittsburgh seharusnya membuka mata apabila seorang pelajar kolej yang menghidapi campak mendedahkan penyakitnya kepada 100 pesakit kanser. Umumnya, apabila menghidapi kanser, sistem imunisasi badan akan mula lemah. Jadi tanggapan “awal lagi untuk divaksinkan”, “sistem imun lemah”, “tidak boleh divaksinkan” dan banyak lagi alasan medikal perlulah relevan. Namun falasi-falasi seperti “DNA babi”, “kulit bayi”, “haram hukumnya”, “Allah jadikan bayi sempurna” dan “AEFI” patut ditangkis awal-awal.

Amatlah logik bagi ibu bapa untuk takutkan AEFI. Namun apabila situasi AEFI diletakkan dalam bentuk statistik, jelas sekali terdapat kepincangan dalam hujah GAVAK mengenainya. Misalnya di Korea Selatan, kadar AEFI berbeza bagi setiap vaksinasi:

  • BCG (20.8 kes)*
  • PPV23 (7.3 kes)*
  • Vaksin Papillomavirus (5.4 kes)*

*daripada 100,000 dos vaksinasi (sumber: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5540963/)

Antara 2011 hingga 2016, kes-kes AEFI hanyalah 278 sahaja (kem4tian hanya 31 bayi). Jika dipuratakan 46.3 bayi (5.2 bayi m4ti) setahun. Jumlah kelahiran tahun 2016 pula ialah 406,300 bayi. Bermakna kes AEFI ialah 0.0114% sahaja. Persoalan sekarang, kebarangkalian anda untuk m4ti kerana kemalangan trafik adalah JAUH lebih TINGGI berbanding AEFI.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.