Bukti arkeologi terbaharu menunjukkan bahawa tembok Rom atau tembok Hadrian di United Kingdom adalah kesan perbezaan budaya yang berkembang pada dua wilayah Britain, yang kemudiannya mewujudkan provinsi Scotland dan England hari ini.

Sejak pencerobohan Rom ke atas Britain pada abad pertama sehingga bermulanya stereotaip baharu yang mensabitkan budaya Scottish dengan budaya barbarik adalah satu perbuatan bagi merendahkan taraf mereka.

Walau bagaimanapun, penemuan arkeologi membuktikan peradaban mereka semasa zaman besi secara relatifnya lebih maju berbanding kebanyakan budaya zaman besi di Eropah.

Kajian baharu menemui beberapa kesan penempatan purba di Utara England yang bersempadan dengan wilayah Scotland.

Budaya prasejarah Scotland lebih harmoni tanpa pep3rangan antara suku atau kekacauan-sosial berbanding wilayah jirannya lebih banyak terlibat dengan dua masalah tersebut.

Masalah-masalah yang sukar dibendung dan distabilkan kembali dalam tempoh terdekat memudahkan penaklukan Rom ke atas wilayah purba England dan Perancis.

Kesan daripada ini menjadikan Scotland bebas dari pengaruh dan kekuasaan Rom.

Tembok Rom-Hadrian

Tembok Hadrian atau ‘Vallum Hadriani’ ialah kubu pertahanan yang memisahkan wilayah kekuasaan Rom di Britannia kepada dua bahagian. Sempadan wilayah Scotland di Selatan dan Utara England.

Tembok Hadrian

Tembok Rom pertama dibina pada 122M semasa zaman Maharaja Hadrian, tembok Hadrian dibina sepanjang 73 batu (117.5 kilometer) merentasi kawasan yang kini dikenali sebagai Utara England.

Struktur runtuhan tembok bersejarah ini telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1987.

Namun secara tradisi, ahli arkeologi dan ahli sejarah menganggap orang Rom sebagai orang pertama yang membahagikan wilayah-wilayah Britain kuno.

Tembok Hadrian bukan sahaja dibina untuk menandakan jurang perbezaan hegemoni antara dua penguasa, namun menjadi tanda kepada perbezaan budaya.

Perubahan Demografi Sosial

Profesor Ronan Toolis dari GUARD Archaeology menerbitkan kajian baharu bertajuk ‘Mengalih perspektif pada 1 millennia Scotland,’ dalam Prosiding Persatuan Antiquaries Scotland. Pengkaji mengenal pasti ‘perbezaan budaya’ antara Utara dan Selatan Britain dalam prasejarah yang wujud lama sebelum orang Rom tiba. Tambahan pula, perbezaan ini semakin bertambah dan masih wujud selepas zaman pertengahan.

Antara abad ke-4-2 SM, ‘drystone’ purba termasuk Brochs, Duns, Crannogs dan Souterrains telah dibina di sepanjang Utara Scotland hingga ke Utara England.

Perbezaan budaya yang hebat di kalangan mereka yang tinggal di Utara dan Selatan zon ‘Tweed-Solway’ telah lama berlaku sebelum penakluk Rom membahagikan wilayah itu dengan tembok mereka.

Peta Taburan Crannogs, Souterrains, Brochs Dan Duns

Empayar Rom-Hadrian Vs Zaman Besi Scotland

Setelah memusnahkan pasukan pejuang di Achaea (Greece), Judea (Timur Tengah) dan wilayah pantai Afrika Utara, orang Rom turut membantai Hispania (Sepanyol) Gallia (Perancis) dan kemudian membentuk wilayah Rom di Britain selepas menakluki England dan Wales.

Orang Rom mengalahkan semua kerajaan ini kerana sistem puak mereka yang lemah dan tidak teratur, terutamanya di England, tetapi kajian baru menunjukkan kegagalan orang Rom untuk mengambil Scotland mungkin lebih berkaitan dengan ‘sifat masyarakat Zaman Besi di Scotland’.

Semangat Suku Kaum Menjadi Benteng Kekuatan Masyarakat Scotland

Apakah ‘rahsia’ kekuatan orang Scottish sehingga tidak terjajah dengan Empayar Rom? Jawapannya adalah semangat suku kaum!

Walaupun budaya masyarakat Utara berbeza berbanding budaya di Selatan Britain. tetapi apa yang jelas kelihatan sekurang-kurangnya sejak abad ke-2 adalah semangat suku kaum yang kuat yang masih wujud dalam darah kebanyakan orang Scotland hari ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.