Rom menjadi empayar paling berkuasa di dunia pada abad pertama Sebelum Masihi melalui kekuatan gabungan kuasa ketenteraan, fleksibiliti politik selain kegiatan ekonomi yang mendominasi dalam industri pertanian dan perdagangan.

Kejayaan rancangan perluasan kuasa sedikit sebanyak mengubah dunia Mediterranean dengan pengaruhnya di rantau ini.

Institusi baharu juga diwujudkan bagi memastikan empayar Rom mencapai tahap kestabilan yang kukuh dalam pentadbiran.

Kebudayaan setempat juga turut berubah apabila masuk pengaruh dari luar terutamanya dari Yunani/Greek.

Runtuhan Bangunan Rom Kuno

Budaya Yunani turut mempengaruhi fesyen masyarakat di bandar Rom; bandar yang makmur yang dilimpahi dengan kekayaan ini sama-sama ‘dibangunkan’ oleh golongan aristokrat dari luar negara.

Namun sejak kebelakangan ini, Keluasan bandar Rom yang pernah menjadi lambang kemakmuran Tamadun Rom nampaknya boleh dipertikai apabila sebuah tapak bangunan ditemui di daerah Rom moden hari ini mungkin dapat dibuktikan bahawa bandar itu jauh lebih besar daripada apa yang dipercayai sebelum ini.

Bangunan besar berbentuk segi empat ini sebahagian besar strukturnya masih utuh, ditemui di Bukit Quirinal, berhampiran antara Jalan Via Veneto yang tidak jauh dengan stesen Kereta Api Roma Termini.

Kediaman di Quirinal kemungkinan telah diduduki sejak zaman Servius Tullius iaitu Raja lagenda ke-6 Empayar Rom.

Runtuhan Bangunan Rom Kuno – Bahagian Luar

Kawasan tersebut pernah menjadi tapak perkampungan Sabines iaitu sebuah tempat pemujaan tuhan bangsa Rom bernama Quirinius, sempena dengan nama bukit Quirinal itu.

Ahli Arkeologi sebelum ini percaya bahawa tapak tersebut adalah tapak suci bagi orang Rom kuno, ia dikhaskan untuk kegunaan kuil selain menjadi tapak perkuburan(necropolis).

Peta Sevil Hills of Rome – Termasuk Bukit Quirinal

Quirinal kini menjadi lokasi kediaman rasmi Presiden Republik Itali selain itu Raja Itali dan Paus/Pope terdahulu juga pernah menetap di sana.

Dalam lipatan sejarah, Tamadun Rom pernah diperintah oleh tujuh orang raja bermula dengan pengasas lagenda kota, Raja Romulus (753 – 715 SM). diikuti Raja Servius Tullius ke-6 memerintah sekitar 579 SM dan 535 SM kemudian digantikan oleh Raja Tarquinus Superbus (534-510 SM) yang akhirnya digulingkan dan dipaksa hidup dalam buangan.

Romulus Pengasas Empayar Rom

Ahli Sejarah Rom Kuno, Livy menulis bahawa Republik Rom yang muncul selepas itu ditubuhkan oleh Brutus dan Collatinus.

Empayar yang mengamalkan sistem monarki berkuasa mutlak ini ditadbir oleh satu sistem di mana dua wakil dipilih ke dalam senat dan wakil ini berperanan sebagai ahli badan pentadbiran bagi melaksanakan perintah Raja-Raja Rom.

Simbol bagi raja-raja Rom dapat dijelaskan melalui simbol beberapa ikat batang kayu diikat mengelilingi kapak yang dikenali sebagai ‘fasces’. Bermula dengan perkataan ini juga terbit perkataan ‘fasisme’ iaitu ideologi politik yang meletakkan kepentingan negara lebih penting daripada kepentingan individu atau masyarakat

Simbol Fasces

Lantaran itu, Bangunan kuno yang dibina dengan alang kayu beralaskan dinding tanah liat ini terdiri daripada dua bahagian bilik di mana ia perlu dimasuki melalui anjung.

Bangunan kuno yang wujud sejak abad ke-6 Sebelum Masihi ini agak unik kerana bangunan itu terletak di atas batu gunung berapi yang dipanggil sebagai Tufa, bangunan jenis ini berkemungkinan besar diduduki oleh golongan Elit Rom yang kaya.

Penemuan ini menunjukkan bahawa bandar Rom awal pada abad keenam Sebelum Masihi tidak tertumpu pada kawasan Forum Rom sahaja tetapi jauh lebih besar daripada itu kerana jarak antara Bukit Quirinal dengan Forum Rom lebih dari 1kilometer ke Selatan.

Peta Moden Antara Forom Rom Di Selatan Dan Bukit Quirinal Di Utara

Ahli Arkeologi menyatakan bahawa bangunan kuno yang dijumpai adalah kediaman penjaga kuil berdekatan kawasan itu yang ditemui pada 2013, namun terdapat tanda-tanda bahawa ia telah dibina sekurang-kurangnya 50-60 tahun lebih awal

Colosseum

Menurut Darius Arya, Ahli Arkeologi Amerika yang terlibat dengan kegiatan ekskavasi di Ostia Antica mendakwa bahawa sebahagian besar warisan sejarah Rom tidak dipelihara dengan baik seperti monumen yang sedang dalam projek pemulihan seperti di Colosseum dan Trevi Fountain.

Kalau anda berminat dengan artikel-artikel berkaitan dengan TAMADUN ROM, kami nak cadangkan buku terbaru terbitan kami, KITAB TAMADUN ROM. Boleh dibeli diwebstore kami pada pautan: bit.ly/pratempahktmktr


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.