Dalam ramai-ramai orang Islam yang diseksa, paling berat sekali ditanggung oleh keluarga Yasir. Abu Jahal cukup membenci ajaran Rasulullah sampaikan dia menyeksa hambanya sehingga mati. Apa jadi?
Sejak memeluk agama Islam, keluarga Yasir diseksa berhari-hari oleh kafir Quraisy. Pada suata masa, baginda melihat beratnya cobaan yang melanda mereka, Justeru, Rasulullah ﷺ bersabda, “Sabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya yang dijanjikan bagi kalian adalah Syurga.”
Punyalah teruk apa yang yang dibuat, Abu Jahal telah mengheret anak-beranak Yasir ke tengah padang pasir yang panas terik. Dia menyeksa dan mencambuk mereka dengan kejam sehinggalah Yasir bin ‘Amir menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kemudian, Abu Jahal masih belum berhenti.
Dia menikam kemaluan isterinya, Sumayyah bin Khabat yang masih enggan kembali kepada penyembahan berhala. Perempuan itu merupakan syuhada pertama yang gugur di jalan Allah.
Anaknya, ‘Ammar bin Yasir cuba dilemaskan di dalam air sambil kafir Quraisy memaksanya, “Kami tidak akan membiarkan engkau sehinggalah engkau sanggup mencaci Muhammad, atau berkata yang baik terhadap al-Lata dan al-‘Uzza.” Lantas, ‘Ammar terpaksa mengikuti keinginan kafir Quraisy dengan lidah, sedangkan hatinya masih kuat dengan Islam. Abu Jahal pun melepaskannya kerana menyangka ‘Ammar sudah murtad daripada Islam.
Selepas dia dibebaskan, Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya syurga benar-benar merasa rindu kepada tiga orang iaitu Ali, ‘Ammar dan Salman.”
Allah mewahyukan ayat ke-106 Surah al-Nahl, “Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.”
Di sebalik 1,001 cobaan yang dihadapi Umat Islam, Nabi Muhammad ﷺ istiqamah berdakwah kepada seluruh kelompok manusia. Baginda akan memasuki pasar ‘Ukazh, Majinnah dan Zu al-Majaz demi mengajak orang ramai mentauhidkan Allah yang Maha Esa. Baginda turut bergembira apabila ibu saudaranya, Arwa memeluk agama Islam.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Korang yang nak tahu lebih lanjut tentang perjuangan Rasulullah SAW, dapatkanlah MUHAMMAD DAKWAH DAN DIPLOMASI. Klik: https://shp.ee/h3eepou
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih