Soalan “Adakah seorang genius dilahirkan atau dibentuk dengan kerja keras?” merupakan salah satu soalan popular melibatkan mereka yang berminat dengan bidang psikologi. Seorang lelaki menjadikan soalan ini satu misi hidup, dia ingin membuktikan bahawa dengan situasi yang kondusif dan dorongan penuh, sesiapa saja yang berusaha keras akan mampu mengalahkan orang yang dikurniakan bakat secara semulajadi.

Laszlo Polgar merupakan seorang penyelidik dari Hungary yang mempelajari bidang kebijaksanaan dan amat terpesona dengan individu yang genius. Dia telahpun membuat kajian terhadap hampir 400 orang manusia genius dari era Socrates sehinggalah Einstein. Dia melihat satu persamaan – mereka semua bermula dari usia muda dan menggunapakai kemahiran mereka dengan amat mendalam.

Pada tahun 1960, Laszlo membuat teori bahawa manusia-manusia yang berbakat ini sebenarnya dibentuk, dan bukannya dilahirkan. Dia percaya dan yakin bahawa dia mampu membentuk anak-anak yang genius, kerana itu merupakan forte beliau – kebijaksanaan dan kepintaran.

Apabila dia cuba untuk membawa ideanya ke depan, pihak berkuasa menganggap dia gila dan menyarankan beliau untuk pergi berjumpa dengan pakar psikiatri. Namun begitu, Laszlo tetap dengan keputusannya, dan bertekad untuk membuktikan bahawa apa yang dia teorikan itu adalah betul, dan menjadikan ini matlamat sepanjang hayatnya.

Tapi ada satu masalah – dia belum berkahwin.

Jadi untuk memulakan misinya, dia perlu terlebih dahulu mencari seorang isteri. Pada tahun 1965, Laszlo mula berkenalan dengan beberapa orang wanita, dan dia juga menyatakan niatnya. Kebanyakan wanita yang ditemuinya kemudian mengatakan dia gila, dan tidak ingin mensia-siakan masa depan mereka dengan eksperimentasi, dan dia ditinggalkan.

Seorang wanita Ukrainian, Klara mendapati idea yang diusulkan oleh Laszlo agak menarik, dan bersetuju untuk turut serta dengan Laszlo dalam eksperimen beliau. Beberapa tahun selepas itu, Klara Polgar melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Susan – Susan Polgar.

Dengan lahirnya Susan, eksperimen Laszlo pun bermula. Laszlo mengajar anaknya sendiri dengan konsep homeschool, dan turut mengajar Susan cara bermain catur. Sebab catur dipilih dan bukan aktiviti lain seperti melukis, menyanyi atau menulis adalah kerana aktiviti-aktiviti tersebut bersifat subjektif, orang lain boleh berbeza pandangan mengenai aktiviti-aktiviti tersebut. Catur pula dilihat lebih objektif, ia satu sukan dengan rating tersendiri yang boleh diukur berdasarkan pencapaian semasa. Maka atas sebab ini, Laszlo memilih catur sebagai arena untuk mengembangkan bakat anaknya.

Satu lagi sebab kenapa catur dipilih adalah kerana Laszlo dan Klara kedua-duanya tidak mempunyai  bakat yang besar dalam catur. Laszlo sendiri merupakan seorang pemain catur amatur, dan Klara tidak pernah menyentuh buah catur sepanjang hayatnya. Jadi, sekiranya anak mereka mampu membuktikan diri dalam bidang catur, tiada siapa yang boleh mengaitkan perkara ini dengan anugerah bakat atau faktor genetik, ia adalah 100% hasil usaha mereka.

Sejak kecil lagi Susan dilatih oleh ayahnya, dan Susan sendiri menunjukkan minat yang tinggi dalam sukan catur. Pada usia 5 tahun, Susan telahpun berlatih hampir setiap hari bersama ayahnya. Laszlo kemudiannya mengambil keputusan untuk mendaftar anaknya dalam satu kejuaraan di kawasan mereka, dan Susan menang dengan skor 10 – 0, memusnahkan kesemua lawannya dalam kejuaraan tersebut.

Di satu kejuaraan yang lain, Susan didaftarkan dalam kategori bebas, bermakna Susan bertarung dengan pamain wanita dewasa. Terdara mulut-mulut busuk yang membuat lawak mengenai bagaimana Susan pada waktu itu tidak mampu pun untuk menyentuh buah catur di atas meja atas factor tubuhnya yang masih kecil. Susan kemudian mengalahkan beberapa orang pemain dewasa dalam kejohanan itu dan mendiamkan mulut mereka.

Menginjak usia remaja, bakat Susan dilihat semakin bersinar. Pada tahun 1984, dia telahpun menjadi seorang pemain catur terkemuka dunia pada usianya 15 tahun. Dia merupakan wanita pertama yang layak untuk menyertai Kejohanan Catur Dunia kategori lelaki (Men’s World Championship) pada tahun 1986, namun dia tidak dapat bermain akibat polisi FIDE. Hal ini menyebabkan FIDE menukar polisi mereka dan membenarkan mana-mana jantina untuk bermain di World Championship (ditukar nama).

Selain itu, dia juga aktif dalam kejohanan-kejohanan besar dunia dan berjaya mendapat gelaran Grandmaster kategori lelaki (rating bagi GM lelaki dan GM perempuan adalah berbeza) pada tahun 1991. Dia juga menjadi wanita pertama dalam dunia yang mendapat triple-crown dalam catur kategori wanita, memenangi kategori Blitz (5 min), Rapid (15 min) dan Classical (1 jam) pada tahun 1996.

Mungkin ada orang yang akan bersifat sinis dan mengatakan bahawa kejayaan Susan mungkin hanyalah sekadar nasib baik. Hal ini adalah tidak benar sama sekali.

Susan membantu melatih Sofia bermain catur.

Dua orang adik Susan, Sofia Polgar dan Judit Polgar turut cemerlang dalam sukan catur.

Sofia Polgar merupakan pemain catur wanita keenam terbaik di dunia. Dia memenangi beberapa kejuaraan dan piala sama seperti Susan, dan antara yang paling menarik adalah “Sack of Rome”, di mana pada kejuaraan di Rome. Hal ini menjadi salah satu highlight dalam dunia catur atas beberapa sebab – jarang sekali sesiapa mampu mencapai performance rating 2900 pada satu-satu kejohanan, nilai kelima tertinggi dalam sejarah sukan catur, dan kedua, Sofia berjaya mangumpul 8.5 daripada 9 mata (rekod tiada kalah). Lawan Sofia juga bukan calang-calang, 8 orang Grandmaster dunia, dan pada itu Sofia baru berumur 14 tahun!

Gambar 3: Keratan akhbar Inside Chess berkaitan “Sack of Rome”

Akhir sekali muncul Judit Polgar, yang lahir pada tahun 1976. Lahir dalam keadaan keluarga yang penuh dengan catur, Judit merupakan yang terbaik antara mereka. Judit Polgar merupakan pemain paling muda mencapai gelaran Grandmaster untuk kategori wanita dan lelaki, pada usia 15 tahun 4 bulan, rekod yang sebelum ini dipegang oleh Bobby Fischer. Dia juga merupakan pemain 100 terbaik dunia termuda, mendapat gelaran tersebut ketika berusia 12 tahun.

Garry Kasarov, bekas juara dunia catur pernah membuat komen mengenai Judit. “Dia memiliki bakat semulajadi, tapi dia, nak taknak, tetap seorang perempuan. Akhirnya (pertarungan) akan tetap bergantung kepada faktor jantina. Wanita tidak mampu bertarung untuk tempoh yang lama.”

Bagaimanapun, pada tahun 2002, Judit berjaya mengalahkan Kasparov. Kekalahan Kasparov itu membuatkan dia keluar dari dewan kejohanan dengan muka yang marah, dan akibat dari kekalahan itu telah menukar persepsinya terhadap faktor jantina dalam catur. Sehingga hari ini, masih ada segelintir pemain catur percaya yang limitasi-jantina wujud dalam catur, dan Judit berjaya membuktikan ssebaliknya.

Figure 4: Perlawanan antara Judit Polgar dan Garry Kasparov. Garry Kasparov kalah dan mengakui kehebatan Judit.

Kemenangan dan kejayaan Judit Polgar adalah terlampau banyak untuk disenaraikan. Dia merupakan satu-satunya wanita yang berjaya mengalahkan juara dunia (Garry Kasparov tadi) dan dia juga wanita pertama yang layak menyertai Kejuaraan Dunia (World Champisonship). Dia merupakan satu-satunya wanita yang pernah mendapat ELO rating 2700.

Laszlo Polgar, pada akhirnya, berjaya membuktikan bahawa teorinya betul. Dengan didikan serta usaha keras, dia berjaya mendidik anak-anaknya untuk menjadi pemain catur berjaya, dan usahanya ini dipanggil sebagai eksperimen paling menakjubkan dalam sejarah pendidikan manusia, kerana dia berjaya menunjukkan keseluruhan jalan untuk berjaya, aspek keluarga, minat yang mendalam serta usaha keras mampu “membina” genius. Mungkin formula inilah yang digunapakai oleh Haji Sidek, yang berjaya membentuk generasi pemain badminton lagenda negara: anak-anak Sidek.

Sehingga ke hari ini, adik beradik Polgar atau lebih dikenali sebagai Polgar Sisters sudah tidak aktif dalam dunia catur. Susan kini menguruskan institute caturnya sendiri (Susan Polgar Institute for Chess Excellence) dan bekerja di Universiti Webster sebagai tenaga pengajar. Sofia Polgar berkahwin dengan GM dari Israel, Dr Yona Kosashvilli dan kini menetap di Tel Aviv bersama suami dan dua orang anaknya. Judit pula mengumumkan persaraan dari dunia catur, dia menjadi ketua jurulatih untuk Pasukan Catur Lelaki Kebangsaan untuk negara Hungarian.

Figure 5: Gambar keluarga Polgar. (Depan) Laszlo dan Klara. (Belakang) Sofia, Susan dan Judit.

TERJEMAHAN:

The Astonishing Success Story of the Genius Polgar Sisters.”, Maxim Dsouza. Productive Club Website.

RUJUKAN:

About Susan Polgar.” Susan Polgar. Susan Polgar Official Website.

Biography of Susan Polgar.” Susan Polgar. Susan Polgar Official Website.

Grandmaster Susan Polgar.” chess.com forum

Rome 1989.” Sofia Polgar. Sofia Polgar Official Website.

Biography” Judit Polgar. Judit Polgar Official Website.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Universe in a Nutshell, salah satu video yang membuka minda pemikir muda ini untuk mula meminati fizik. Setelah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana, dia kini sedang berusaha untuk merakyatkan sains kepada pelajarnya dan masyarakat umum. Minat utamanya adalah fizik moden, termasuk relativiti dan teori kuantum, di samping falsafah, ekonomi dan tasawuf

Comments are closed.