Kita cenderung melabel kelompok kiri Melayu dengan naratif Melayu dalam PUTERA, PKMM, GERAM, API, AWAS, SEDAR, Gerakan Tani pengaruh mereka di dalam Parti Komunis Malaya je.

Maklumlah, sisi ini tidak pernah dibincangkan secara terbuka kerana parti ini lebih selesa dengan label kanan. Tetapi inilah hakikatnya. UMNO dan kerajaan yang diterajuinya sebelum ini sebenarnya pernah menerima pengaruh malah turut diresapi ideologi kiri.

Di bawah adalah sebahagian dari intipati dalam kajian yang bertajuk “Aliran Kiri Dalam Nasionalisme Melayu 1945-1957: Satu Pemerhatian” oleh Abu Talib Ahmad yang menceritakan sisi gerakan kiri UMNO yang asing bagi ramai rakyat, malah untuk ramai ahli UMNO sendiri.

Ini menjelaskan banyak perkara, misalnya mengapa Tun Razak berjaya membina ‘jambatan’ ke China untuk lumpuhkan PKM di Tanah Melayu. Pastinya China ketika itu yakin mereka berada landasan yang betul dengan mempercayai kerajaan Malaysia ‘menguruskan’ komunis di Tanah Melayu.

Ini menjelaskan banyak perkara, misalnya mengapa Tun Razak berjaya membina ‘jambatan’ ke China untuk lumpuhkan PKM di Tanah Melayu. Pastinya China ketika itu yakin mereka berada landasan yang betul dengan mempercayai kerajaan Malaysia ‘menguruskan’ komunis di Tanah Melayu.

Kefahaman ideologi sosialis beliau semasa menjadi Menteri Pertahanan, berjaya menyelaras Rundingan Baling 1959, yang bukan sahaja memaksa perletakan senjata oleh PKM, malah terus menghalau saki baki komunis dari Tanah Melayu ke dalam hutan dan keluar dari Malaysia.

Ini juga menjelaskan mengapa dalam banyak dasar-dasar kerajaan lepas (ada yang masih diteruskan hari ini oleh kerajaan baharu) banyak persamaan dan relevan dengan perjuangan sosialis yang rata-ratanya dikumpulkan di dalam golongan kiri.

Contoh inisiatif seperti perubatan yang hampir percuma, pendidikan percuma, subsidi kerajaan dan inisiatif-inisiatif mesra rakyat dan berkebajikan, semuanya bersifat sosialis. Naratif sosialis dalam konteks ini tidaklah terhad kepada idelogi komunis semata-mata.

Kumpulan anti-feudal sekitar 80an-90an dalam UMNO sendiri mendorong kpd kemelut isu perlembagaan 1988 yang cuba menghadkan kuasa SPBYDPA untuk melantik atau memecat Ketua Hakim Negara. Kemelut ini memuncak dengan isu pemansuhan kekebalan Raja-Raja Melayu pada tahun 1993.

Pak Samad Ismail antara ikon UMNO pernah bekerja di samping Dr. Burhanuddin Al Helmy dan Ibrahim Yaacob tu. Beliau pernah 2 kali ditahan ISA dan aktif politik dalam kesatuan sekerja malah pernah didakwa bekal senjata kepada pejuang kemerdekaan Indonesia sekitar 1940-an.

Abdul Aziz Ishak juga ikon UMNO pernah memimpin GERAM, bergabung dlm PUTERA dgn PKMM, API, AWAS. Masuk UMNO, jadi Menteri Pertanian dan Koperasi (1955-1963). Keluar UMNO, tubuh Parti Konvensyen Negara sbg komponen Barisan Sosialis bersama-sama Parti Buruh & Parti Rakyat.

Selamat menyambut Hari Ulangtahun UMNO yang ke 74. Semoga semangat dan roh perjuangan kiri dalam UMNO ini kembali dapat disesuaikan dengan perjuangan mutakhir mereka hari ini, untuk berfungsi sebagai memastikan ‘semak dan imbang’ kerajaan PN.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.