Kebiasaannya, spesis-spesis burung yang bermigrasi akan melakukan aktiviti migrasi sekali dalam setahun apabila tibanya musim mengawan. Burung jantan bercakaran dengan burung jantan lain demi si burung betina yang berkenan. Si burung jantan dan betina kemudian berpasangan mengikut tempoh masa yang tertentu mengikut spesis. Tiba masanya si burung betina membina sarang, mereka bermigrasi lagi untuk mencari lokasi yang sesuai untuk membina sarang.

Setiap sarang yang dibina oleh pasangan burung ini berbeza mengikut ekosistem di sekeliling sarang tersebut seperti kehadiran pemangsa yang dietnya memakan telur dan juga keadaan cuaca. Terdapat juga jenis sarang yang unik, hanya dibina oleh spesis-spesis burung yang tertentu. Untuk artikel ini, kita merungkai tentang satu-satunya keluarga burung yang membina sarang serupa dengan sarang lebah. Keluarga burung tersebut ialah burung Penduline Tit.

Burung Penduline Tit ialah sejenis burung dari keluarga Remizidae dan juga sekumpulan dengan burung pipit (Anthus sp.) yang kita kenal. Burung ini hanyalah bersaiz 7.5 ke 11 cm dan mempunyai paruh seperti rupa jarum. Warna bulu burung biasanya berwarna kelabu, kuning, dan putih.

Ada sesetengah spesis burung Remizidae mempunyai bulu berwarna merah, hitam, dan perang seperti European Penduline Tit di mana mempunyai tanda berwarna hitam dan perang. Burung Penduline Tit biasanya menetap di kawasan Eurasia, Afrika, Amerika Utara sehinggalah sejauh Jepun.

European penduline tit, salah satu spesis burung penduline tit yang hanya ditemui di Eropah sehingga sejauh Rusia. (Sumber: Wikimedia Commons)

Burung Penduline Tit mempunyai 3 genus mengikut kawasan geografi ia menetap: genus Remiz yang menetap di Eropah, Rusia sehingga sejauh Jepun, genus Anthoscopus yang menetap di Afrika, dan genus Auriparus yang menetap dari Amerika Utara sehingga ke utara Mexico. Yang uniknya tentang kumpulan burung ini ialah keupayaan mereka membina sarang yang unik, malah rupanya seperti sarang lebah.

Nama ‘penduline’ juga bermaksud bergantung kerana pembinaan sarang yang bergantung untuk menampung telur burung ini. Burung jantan akan kumpulkan bahan binaan sarang seperti rumput dan ranting kayu. Dengan bantuan pasangannya, sarang itu digamkan menggunakan bebenang labah-labah, kapas, bulu haiwan, dan bahan-bahan tumbuhan yang lembut. Kemudian terbentuknya sarang seperti beg atau sarang lebah yang bergantung di ranting dan dahan pokok.

Tambahan lagi, sarang burung Penduline Tit ini mempunyai mekanisma pertahanan yang berupaya kelirukan pemangsa yang memakan telur. Untuk pastikan telur-telur tersebut terselamat, burung ini membina lubang palsu di atas lubang sebenar. Lubang palsu tersebut membawa pemangsa ke ruangan yang kosong, namun hanya si burung mengetahui di manakah lubang sarang sebenar dengan membuka penutup yang terselindung. Penutup tersebut boleh ditutup semula dengan bantuan bebenang labah-labah dari dinding sarang.

Mekanisma pertahanan sarang burung Southern penduline tit yang mampu kelirukan pemangsa. (Sumber: https://twitter.com/surenmehra/status/1533056079206453248?t=-ZxjzOH4vJ-AZLA8MQ8p2A&s=19)

Apabila pemangsa datang dan menemui sarang burung Penduline Tit, ia akan memasuki lubang yang senang masuk dan keputusannya mengecewakan bagi pemangsa kerana apa ia temui hanyalah ruangan kosong saja. Di sinilah telur burung ini terselamat dari menjadi sumber makanan si pemangsa.

Bagaimana burung Penduline Tit boleh fikirkan sarang yang mampu menipu si pemangsa? Saintis masih tidak mempunyai jawapan tentang kepintaran burung ini. Namun, jawapan yang boleh diterima setakat ini ialah burung Penduline Tit hanya menggunakan naluri sendiri, naluri yang begitu kuat dalam melindungi telurnya. Jadi, ilmu membina sarang sebegini telah diwarisi sesama spesis burung ini.

Yellow-breasted flowerpecker, salah satu spesis burung sekumpulan dengan burung penduline tit yang ditemui di Malaysia. (Sumber: Flickr)

Di Malaysia , keluarga burung ini tidak pernah menetap di negara ini apatah lagi di seluruh Asia Tenggara. Namun begitu, kepelbagaian burung di Malaysia begitu tinggi di mana jumlah keluarga yang hanya berkait dengan keluarga burung Penduline Tit ialah sebanyak 48 keluarga!

Kami membawa pada anda semua dua karya fiksyen yang diterbit MAHAKARYA!
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Dan tidak ada satu keluarga burung pun mempunyai binaan sarang sama dengan sarang burung Penduline Tit, sama ada ancaman pemangsa seperti ular kurang atau burung-burung ini mempunyai mekanisma pertahanan lain yang lebih berkesan seperti membina sarang di lokasi yang lebih tinggi dan burung berbuat bising apabila sarangnya diancam bahaya.


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

Molnár, Vilmos. This Cunning Bird Creates a Fake Entrance to Its Nest to Trick Predators. Earthly Mission.

Wood, Sim. 18 March 2022. Faking It – Nest Protection. Bird Buddy Tales.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply