Sejarah Malaysia penuh dengan elemen propaganda British. Setiap kebangkitan menentang kolonial akan diberi gambaran bahawa kebangkitan itu kerana tidak puas hati pasal pangkat atau cukai, atau kepentingan diri dan bukannya nasionalisme. Maka setiap kebangkitan orang Melayu itu mesti ada suntikan negatifnya, bangkitlah dengan cara dan apa sahaja, serba serbi dijelekkan kecuali kalau bukan untuk mencabar British.

Tujuannya untuk merendahkan dan menghina peribumi sebagai bangsa tiada kesedaran. Itu sifat biasa dalam sejarah era kolonial dan pasca kolonial. Pada masa yang sama, kolonialisme itu pula cuba diputihkan, yang datang merampas bersama British diangkat sebagai pejuang dan pembina sejati, walhal kebanyakan yang datang di sini bersama penjajah umumnya ialah mereka yang datang mencari kekayaan tanpa hak dan merampas, dan selagi memberi keuntungan kepada proses penjajahan, mereka itu semua ialah alat-alat penjajahan dalam pelbagai rupa dan cara.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Dalam proses membenarkan penjajahan itu berlaku, sejarah dakyah dibina untuk menggambarkan sekeras mungkin bahawa peribumi itu jahat, mundur, malas, dan tiada kesedaran. Maka apabila catatan-catatan pentadbir British itu mula dianggap sebagai rujukan ilmiah, proses propaganda kolonial itu telah pun berlaku. Buku-buku kita sering merujuk catatan kolonial, bahawa semua elemen dan sistem peribumi itu mundur, dan disebutkan British datang misalnya melalui Perjanjian Pangkor utk meneyelesaikan masalah peribumi.

Sejarah kita yang songsang berdiri atas tanggapan dan keyakinan bahawa peribumi itu kaku dan dayus, dan tidak membuat apa-apa tindakan, manakala penjajahan itu memulakan dan membina segala-galanya. Kononnya didakyahkan sampai orang percaya kolonialisme itu ialah kemajuan dan pembinaan tamadun. Yang mendakwa pula ada perasaan bangga dan terhutang budi kepada British kerana sebab-sebab kolonialisme yang sama.

Malah, ada yang cuba menafikan sejarah peribumi dalam bentuk menafikan sejauh mungkin kehabatan peribumi itu dalam sejarah. Sampai kisah-kisah penentangan peribumi, dalam pelbagai sebab dan cara, direndahkan sebagai bukan bersifat nasionalis. Macamlah nasionalisme itu benda yang terlalu sempurna, dan hanya berlaku disebabkan betul-betul kerana kesedaran bangsa semata-mata. Itu pembohongan tegar dalam sejarah, dan ada elemen Eurosentriknya yang jelas.

Sudah ada anasir berkata Mat Kilau bukan pejuang nasionalis berfikiran sempit.

Nasionalisme di dunia Barat dan dunia Timur bukanlah sesuatu yang agung mana, ia boleh muncul kerana disebabkan isu bola sahaja, bahkan kerana isu keluarga sahaja, atau isu mempertahankan dosa kaum kerabat sahaja. Nasionalisme boleh muncul kerana sebab-sebab kecil, tetapi akhirnya yang harus diukur ialah landasan kebebasan dan kemerdekaan, yang bukan bermula dengan bangsa, tetapi dengan kepentingan individu sahaja. Kes-kes yang berlaku dalam sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajahan British, kebanyakannya berpunca daripada suatu keinginan untuk bebas dan mempertahankan hak.

Maka mempertahankan hak, tak kiralah dalam bentuk pangkat atau cukai atau hak individu, ialah asas kepada peermulaan kesedaran dan gerakan nasionalisme. Semudah itu sahaja. Jangan pula ditanya masa perjuangan nasionalisme itu, adakah rakyat bawahan telah ada kesedaran politik. Masa Gandhi atau puak-puak yang bangkit melawan british di India tu, anda ingat semua mereka tu ada kesedaran yang tinggi ke untuk ada sebab melawan British. semuanya kalau diberi hak dan makan minum, silap silap hari bulanmereka pun baik dengan British.

Namun alasan demikian, iaitu baik dengan British dan menerima kehadiran British, bahkan bekerjasama dengan British bukan bermakna kesedaran nasionalisme itu tidak boleh wujud. Dato Onn bersubahat dengan British, kiri dan komunis pun subahat dengan British, ada juga subahat dengan Jepun. Kartigasu yang diangkat sebagai pejuang tu pro British yang tegar, hanya kebetulan sahaja menjadi musuh Jepun. Ada ingat ia boleh disebut nasionalis ke? Boleh je.

Nasionalisme tidak semestinya satu kesedaran yang sempurna. Perjuangan kemerdekaan juga hanyalah elemen yang bermula dengan kesedaran individu untuk bebas dan mempertahankan haknya. Mempertahankan hak-hak diri bukan benda yang bertentangan dengan nasionalisme, macam kes-kes Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, atau Maharajalela itu. Jika mereka berjuang untuk mempertahankan cukai dan pangkat mereka, tidak ada sejarah mengatakan itu akan menjejaskan kesedaran mereka sebagai nasionalis.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Hatta kaum yang menumpang dengan British di mana-mana pun mereka itu ada kesedaran nasionalisme jika mereka membenci British disebabkan isu di negara mereka, walaupun pada masa sama mereka itu pensubahat British. Tiba-tiba ada ahli politik yang bercakap sejarah seolah-olah tidak pernah mendengar apa itu nasionalisme.

Mahu juga direndahkannya imej penentangan peribumi atau orang Melayu itu menentang British, supaya dapat menyukakan diri dan kelompoknya yang berhati kering. Mereka itu fikirkannya penuh dengan prasangka kebangsaan sempit. Mereka bercakap atas nada perjuangan, bahkan kalau boleh mau sahaja mereka menyatakan keinginan terbuka untuk memuji imperialisme British atas sebab dan kepentingan yang mereka mahu tegakkan itu.

Artikel ini dinaikkan selepas mendapat persetujuan Dr Azmi.


Ada banyak buku-buku menarik tentang Tamadun Melayu menanti anda di https://shopee.com.my/thepatriotsasia


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply