Ramai tengah mengαdυh sekarang katanya hilang duit begitu banyak, padahal disimpan elok dalam akaun. Tidak pasti macam mana benda sebegini gila berlaku. Terjadi pula pada golongan terpelajar yang sudah pastinya arif tentang sepαk terαjαηg perbankan (NST, 2022). Bukan seorang saja masalahnya (Normawati, 2022). Rata-ratanya berkata mereka tidak pernah dapat apa-apa nombor pengesahan transaksi (OTP) untuk mengizinkan pemindahan wang sebegitu banyak. Kes ini patutnya bergegar di pentas politik, kerana benda ini boleh berlaku pada sesiapa saja.
Seluruh dunia pernah bergegar apabila industri perbankan mula memandang enteng pada tanggungjawab mereka. Sekitar 1970-an, industri perbankan adalah sebuah pasaran yang membosankan. Orang datang bank untuk menyimpan duit, yang dibelanjakan bank demi keuntungan. Dan hasil keuntungan ini, bank mampu memberi pinjaman berfaedah (loan with interest). Jadi konsep bank adalah untung membuat untung – produk yang mencipta produk baru. Masuk 1990-an, bank meluaskan rantaian ini. Produk mencipta produk baru yang mencipta produk lebih baru. Rantaian bertambah; bank melebarkan untung.
Puncanya adalah pemacuan ekonomi yang sangat baik. Antara 1980 sampai 2000, Amerika Syarikat boleh kata berada di puncak dari segi kewangan dan global. Kekayaan mereka memang luar biasa, tidak tercabar mana-mana musuh. Tetapi sekitar dekad inilah timbul satu musuh baharu, iaitu diri mereka sendiri. Sistem mereka bina membolehkan bank buat suatu alat. Kalau cakap terus, semua akan tarik muka sangka topik terlalu berat. Maka kena mudahkan pemahaman terlebih dahulu.
Alat ini menunggang aset-aset bank sedia ada. Umumnya jutaan orang meminjam daripada bank untuk beli rumah. Jadi mereka perlu bayar dengan faedah. Katakanlah pinjam AS$50,000 dan bayar balik AS$270 setiap bulan selama 30 tahun. Cukup 30 tahun, jumlah bayaran adalah AS$97,200. Jadi bank mendapat untung sebanyak AS$47,200. Itu seorang. Kalau sejuta peminjam, sudah AS$47.2 bilion. Katakanlah bank ada 2,000 peminjam (AS$94.4 juta). Semua pinjaman ini disumbat dalam satu kolam, menjadi alat yang diceritakan tadi yang bernama “mortgage-backed security” (Erturk & Gabor, 2016).
Kalau kolam kecil, memanglah nampak macam bangang. Tetapi bayangkan kalau kolamnya sebesar ini:
Sekarang boleh nampak – konsepnya mudah: bangang mana yang takkan bayar pinjaman rumah? Jadi jaminan untung bank menjadi alat untuk membuat untung. Mereka menjualnya dalam bentuk bon pada agensi kerajaan atau bank pelaburan yang kemudian meminjamkannya pada pelabur-pelabur lain. Dan pada tahun 2002, bank-bank Amerika Syarikat rata-ratanya mengstrukturkan alat MBS menjadi satu jenis “kek”.
Bon besar membuat kek yang dipotong pula untuk hidangan pelabur. Konsepnya masih sama: menjana pendapatan melalui faedah semata-mata. Tetapi macam biasa, kalangan pelabur pun ada kasta. Kek takkan dipotong secara saksama. Sesiapa yang bayar lebih, dapat potongan lebih besar. Jadi sekarang jika ada pembeli rumah tidak dapat bayar balik pinjaman, pelabur yang pegang potongan paling kecil akan kena dulu. Soalan sama masih menyantuni mereka: bangang mana yang takkan bayar pinjaman rumah?
Dan santunan ini menjadi punca mereka bertambah tamak. Mereka meringankan kemudahan untuk buat pinjaman. Sampai ke tahap pengutip buah dengan pendapatan AS$14,000/tahun tanpa kemampuan bercakap bahasa Inggeris tiba-tiba layak pula pinjam untuk beli rumah AS$724,000. Kadar faedah ditetapkan pada masa itu sangat rendah (tetapi boleh diapung setiap tahun). Dan masuk tahun 2006, mimpi ngeri mula melanda apabila kadar faedah tunjuk trend kenaikan (kerana orang mampu pinjam untuk beli rumah).
Tidak cukup dengan itu, mereka membuat sistem pertaruhan pada potongan kek tersebut. Sepotong kek katakanlah melibatkan pelaburan AS$1 juta. Dua orang belakang (biru cyan) membuat pertaruhan: “aku bet dia akan dapat duit tu.” Katakanlah untung bet ini adalah AS$2 juta. Kemudian dua orang di belakang dua orang ini (ungu magenta) membuat pertaruhan baru. “Aku bet orang depan kita dapat AS$2 juta tu”.
Dan dua orang belakangnya (merah) sambung lagi dalam sebuah rantaian yang bergantung pada potongan kek tadi. Maka begitulah rantaiannya sampai ke orang belakang yang entahnya tidak tahu pun apa yang sedang dipertaruhkan. Benda AS$1 juta sekarang boleh jadi AS$200 bilion. Sekarang apa jadi kalau potongan kek tidak dapat AS$1 juta? Tetapi mana mungkin tidak dapat, sebab pelaburan potongan kek ini bergantung pada pinjaman rumah. Dan bangang mana yang takkan bayar pinjaman rumah?
Dua tahun kemudian, dua benda berlaku: 1) orang sudah tidak mampu beli rumah dan 2) peminjam sedia ada tidak mampu bayar balik, kerana kadar faedah melambungkan bayaran bulanan mereka hingga ke tahap tidak mampu. Akhirnya apa jadi? Tengok balik soalan santunan mereka. Dan daripada bawah, sistem kewangan mereka bina mula runtuh… membαhαm pelabur kecil sampai besar kerana kek ibaratkan dibαling terus ke dinding. Pertaruhan semuanya masuk parit, menyebabkan krisis kewangan begitu kronik, teruk dan jijik.
Dan percayalah, inilah punca ramai semakin hilang kepercayaan pada industri perbankan. Sekarang sudah ada alternatif seperti matawang kripto yang mampu menyimpan duit dalam sistem blok rantai katanya lebih selamat berbanding bank (David, 2022). Pengguna hanya perlu memastikan kesahihan sebuah kripto, seperti Bitcoin, Ethereum dan Uniswap misalnya. Dan satu-satunya bαhαyα kripto sah adalah turun naik nilainya. Kena berlaku adil – ini perkara biasa, kerana nilai emas pun ada naik turun.
Sesiapa yang beli emas pada pertengahan 2020 pasti berputih mata kalau perlu jual setahun kemudian kerana nilai emas baru elok balik beberapa bulan lepas. Namun fenomena emas dan matawang kripto mudah difahami, berbanding alasan diberi pihak perbankan setiap kali masalah berbangkit.
Kami menulis ikut semangat untuk bantu orang ramai dapatkan ilmu secara percuma. Sebab itu kami enggan buat konsep langganan artikel (subscription). Tetapi kami mohon jasa baik kalian untuk beli buku kami. Dengan pembelian buku, kalian sedang membantu kami teruskan semangat ini sampai bila-bila. Link pembelian: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
RUJUKAN:
David, D. (2022, April 15). The Real Problem with Centralized Banks and Why Crypto Is Inevitable. Forbes.
Erturk, I., & Gabor, D. (2016). The Routledge Companion to Banking Regulation and Reform. Taylor & Francis. Halaman 18
Normawati, A. (2022, Ogos 19). Duit belanja kahwin RM27,000 lesap dari akaun bank. Sinar Harian.
NST. (2022, Ogos 20). Doctor claims RM13k missing from CIMB account due to unauthorized transactions.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih