Ada satu tweet yang jadi tular di media sosial di mana si polan ini memperlekeh kelompok pemain permainan video sebagai bersikap keanak-anakan, tidak matang, tidak mahu fikir masa depan dan anggap ia tidak memberi sebarang faedah.
Untuk pengetahuan si polan, bermain permainan sebegini sebenarnya memberi banyak faedah termasuk dari segi kesihatan kepada para pemainnya.
????. ???????????????????? ???????????????????? ????????????????????
Pakar bedah, Dr James ‘Butch’ Rosser melakukan satu eksperimen membabitkan 300 pakar bedah. Menerusi eksperimen tersebut, 150 pakar bedah bermain permainan video selama enam minit sementara separuh lagi tidak bermain apa-apa permainan sebelum menjalankan pembedahan laparoskopi secara maya.
Hasilnya, pakar bedah yang bermain permainan video lebih cemerlang berbanding rakan mereka yang tidak bermain. Statistik menunjukkan pakar bedah yang bermain permainan video lebih daripada tiga jam seminggu akan kurang melakukan kesilapan sebanyak 37%, lebih pantas dengan peratusan 27% dan lebih baik dengan markah peratusan lebih 26% berbanding kumpulan kawalan.
Rosser menyifatkan tindakan pakar bedah bermain permainan video ini seperti perilaku seorang atlet melakukan aktiviti pemanas badan sebelum sesebuah perlawanan.
Impak dari kajian tersebut mendorong hospital mewujudkan satu ruangan di mana pakar bedah boleh bersiap sedia atau bermain permainan video.
????. ????????????????????????????????????
Satu kajian diketuai oleh Dr Andrea Facoetti menunjukkan individu disleksia dapat menambahbaik pemahaman semasa membaca selepas sesi permainan video yang lama.
Dengan itu, 20 kanak-kanak dipilih di mana 10 daripadanya bermain permainan video dalam sembilan sesi selama 80 minit. Sementara baki 10 lagi bertindak sebagai kumpulan kawalan.
Kemahiran bacaan dan penumpuan mereka diuji sebelum serta selepas sesi permainan dan ia dibandingkan dengan keputusan ujian kumpulan kawalan.
Hasilnya, kumpulan yang bermain permainan video mempunyai kemahiran penumpuan lebih baik berbanding kumpulan kawalan.
Menurut Facoetti, permainan video membantu individu ini memperbaiki penumpuan visual dan pengambilan maklumat dari persekitarannya.
????. ???????????????????????????????????????????? ????????????????????????????????????????????
Satu kajian yang dijalankan oleh Daphne Bavalier mendapati kekerapan bermain permainan video aksi seperti siri Call of Duty atau Battlefield sebenarnya membantu menambahbaik penglihatan pemain.
Bavalier meminta sekumpulan pemain permainan video aksi berpengalaman bermain permainan Unreal Tournament 2004 dan Call of Duty 2. Sementara satu kumpulan pemain berpengalaman diminta bermain permainan simulasi The Sims 2.
Hasilnya, kumpulan pertama mempunyai kualiti penglihatan lebih baik berbanding kumpulan kedua.
Kajian sebelumnya mendapati permainan video aksi turut membantu pemain menambahbaik kemahiran visual.
Bavalier dan pasukan kajiannya ingin tahu bagaimana ia dapat menajamkan penglihatan pemain. Beliau membuat teori latihan mengesan dan menembak musuh merupakan satu senaman bagi mata.
Satu lagi teori ialah perubahan persekitaran yang pantas dan tak menentu dalam permainan sebegini memaksa pemain memantau persekitaran mereka sepanjang masa.
????. ???????????????????? ???????????????????????????? ???????????????????? ????????????????????????
Kadang-kadang dalam sesetengah permainan video, ia memerlukan kita menggapai pencapaian tertentu untuk mara ke peringkat seterusnya.
Jadi tidaklah mengejutkan apabila para saintis berpandangan impak pencapaian sebegini sebenarnya meningkatkan lagi motivasi para pemain semasa bekerja. Jangan terkejut jika anda berjaya menyelesaikan pelbagai masalah. Ini kerana ianya berkait dengan kelebihan anda memanfaatkan apa yang ada dalam permainan video.
????. ???????????????????????????????? ???????????????????????? ????????????????????????????
Tahukah anda, unsur sejarah terutama dari watak dan latar tempat sebenarnya membantu pemain permainan video lebih memahami budaya atau sejarah bagi sesebuah tempoh.
Contohnya, bagi penggemar siri permainan bersejarah seperti Age of Empire dan Total War dapat mencambahkan minat para pemain pada budaya dan sejarah negara asing.
Berdasarkan satu kajian, ibu bapa yang membelikan buku, peta atau apa saja yang dikaitkan dengan permainan tersebut mendapati anak-anak mereka mahu belajar lebih lanjut.
????. ???????????????? ????????????????
Gregory West, Sylvie Belleville dan Isabelle Peretz membuat dua kajian pada tahun 2014 dan 2017 dengan sekumpulan orang dewasa berusia 20-an diminta bermain permainan video tiga dimensi (3D) berunsur logik dan teka-teki pada platform seperti Super Mario 64.
Hasilnya, terdapat pertambahan jirim kelabu pada hipokampus selepas selesai sesi permainan. Jirim kelabu pada hipokampus ini ialah penanda bagi masalah neurologi seperti Alzheimer.
Lalu West cuba mereplika semula keputusan kajian dengan menukar kumpulan umur peserta dari 20-an kepada peserta antara 55 hingga 75 tahun.
33 peserta dipilih dan dibahagikan kepada tiga kumpulan rawak. Satu kumpulan diminta bermain Super Mario 64 30 minit sehari, lima hari seminggu. Satu lagi kumpulan diminta belajar bermain piano mengikut rutin sama.
Sementara satu lagi kumpulan bertindak sebagai kumpulan kawalan. Eksperimen dijalankan selama enam bulan dan diadakan di rumah peserta di mana konsol permainan serta piano disediakan oleh pasukan penyelidik.
Keputusan sama diraih selepas enam bulan di mana wujud pertambahan jirim kelabu pada hipokampus dan serebelum pada peserta kumpulan pertama serta meningkatkan ingatan jangka pendek.
????. ???????????????????????????????????????? ????????????????????????????????????
Satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Preventive Medicine 2012 mendapati permainan video sebenarnya boleh memulihkan kesihatan 195 pesakit dari pelbagai cabang.
Dua tahun sebelumnya, satu kajian yang dibentangkan pada persidangan Persatuan Kesakitan America (American Pain Society) mendapati bermain permainan video terutama realiti maya amat berkesan mengurangkan masalah kebimbangan atau kesakitan kronik.
Menurut Jeffrey Gold, apabila pemain fokus pada sesebuah permainan, mereka tidak akan fokus pada kesakitan atau prosedur perubatan. Sementara permainan realiti maya pula membantu merangsang pelbagai deria.
????. ???????????????????????????????????????????? ????????????????????????
Peningkatan permainan video dalam pelbagai platform termasuk secara dalam talian sebenarnya membuka ruang kepada aktiviti bersosial. Ini kerana, pemain perlu bekerjasama dan juga memerah otak dalam mencari penyelesaian bersama-sama.
Permainan sebegini memerlukan tumpuan dan koordinasi yang baik bagi memastikan pemain-pemain ini menang dalam senario yang dihadapi. Kajian turut mendedahkan pemain-pemain ini sebenarnya meningkatkan lagi peluang bertemu di dunia sebenar. Statistik menunjukkan 70% pemain bermain bersama rakan-rakan mereka.
????. ???????????????????????????????????????????????? ???????????????????????????? ???????????????????????????????????? ???????????????????????????????????? (????????)
Kebanyakan kajian Sklerosis Berbilang mendapati permainan video yang membabitkan pergerakan fizikal membantu meningkatkan keseimbangan pesakit.
Menurut Luca Prosperini, permainan sebegini meningkatkan keseimbangan pada pergerakan pesakit. Namun jika tidak diteruskan, kelebihan sebegini akan hilang berikutan perubahan struktur otak atau memerlukan ia dipelajari semula.
Kajian ini tidak terhad kepada pesakit MS sahaja. Ia boleh diaplikasikan pada pesakit palsi serebrum, Parkinson, autisme dan kecederaan trauma otak.
Selain itu, pesakit MS yang aktif bermain permainan penembak orang pertama seperti Call of Duty, Battlefield dan Counter Strike didapati boleh meningkatkan kemahiran motor mereka dari segi ketepatan, kelajuan, penyasaran dan ketangkasan.
????????. ???????????????????????????????????????????????? ???????????????????????? ????????????????????
Berdasarkan satu kajian bersama oleh Universiti Brown, Persatuan Kanser Amerika dan Universiti Stony Brown pada tahun 2014 perokok yang mengalami ketagihan boleh mengurangkan ketagihan dengan bermain permainan dua individu atau selesaikan teka-teki bersama pasangan atau orang tersayang.
Mengapa ianya boleh menjadi? Pengimejan MRI pada pasangan yang bermain permainan sebegini mendapati ia mengaktifkan pusat ganjaran sama dalam otak sama seperti nikotin.
Kebanyakan permainan kasual yang kita main seperti Candy Crush direka untuk menawarkan ganjaran berterusan bila menyelesaikan sesebuah cabaran.
????????. ???????????????????????????????????????? ????????????????????
Satu kajian yang dibuat oleh Universiti Texas A & M yang dijalankan oleh Profesor Madya Dr Christopher J. Ferguson menunjukkan lelaki dan wanita yang suka bermain permainan video aksi jangka panjang dilihat mempunyai kemahiran mental untuk mengendalikan stres, tidak mudah murung dan tidak cepat marah semasa menghadapi tugasan yang mengecewakan.
Selain itu, satu kajian dari University College, London pada tahun 2014 turut mendedahkan permainan video FPS ini membantu pemain memulihkan semula keadaan mental mereka selepas seharian bekerja atau belajar.
Ia amat membantu pemain mengendalikan stres dengan lebih baik untuk hari seterusnya. Bukan saja terpakai pada kanak-kanak dan remaja tetapi juga boleh diaplikasikan kepada semua lapisan umur.
RUJUKAN:
Handwerk, B. (2009). Video games improve vision, study says. National Geographic News Dipetik daripada https://news.nationalgeographic.com/…/090329-video-game-vis…
BBC. (2013). Video games ‘help reading in children with dyslexia’. Dipetik daripada http://www.bbc.com/news/health-21619592
Bennington-Castro, J. (2015). 6 ways video games may improve MS Symptoms. Everyday Health. Dipetik daripada https://www.everydayhealth.com/…/ways-video-games-may-impr…/
Dube, R. (2015). Make use of science proves that playing video games reduces your stress. Dipetik daripada https://www.makeuseof.com/…/video-game-stress-reduction-ne…/
Bowler, J. (2017). 6 scientific benefits of playing videogames. Science Alert. Dipetik daripada https://www.sciencealert.com/6-scientific-benefits-of-playi…
Mental Floss. (2018). 15 surprising benefits of playing video games. Dipetik daripada http://mentalfloss.com/…/15-surprising-benefits-playing-vid…
Specktor, B. (n.d) 8 Reasons Video Games Might Just Be Better for You Than Books. Reader’s Digest. Dipetik daripada https://www.rd.com/…/wellne…/health-benefits-of-video-games/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih