Kenal tak gambar pertama kelawar ini? Gambar ini pernah tular di laman web Reddit beberapa tahun lepas oleh seorang warga Filipina. Penghantar foto ini mendakwa kelawar bersaiz manusia ini tidur sebentar di laman belakang rumah.

Sebenarnya, wujud kelawar bersaiz manusia ini. Malah, di Malaysia wujud kelawar besar ini. Nama kelawar ini adalah Musang Terbang atau nama saintifiknya adalah Pteropus vampyrus.

Nama lain Musang Terbang ini adalah, Greater Flying Fox, Malayan Flying Fox, Malaysian Flying Fox, Kelawar Buah Gergasi, Keluang, Kalang, atau Kalong. Musang Terbang ini dari kumpulan Megabat dalam keluarga Pteropodidae.

Musang Terbang ini tidaklah besar mana sehingga bersaiz manusia. Berat kelawar ini hanyalah dari 0.65 hingga 1.1 kg. Panjang sayapnya pula mencecah 1.5 meter. Namun spesis kelawar ini tetap menjadi salah satu spesis kelawar terbesar dunia.

Wajahnya yang berupa seperti musang dan telinganya tajam ke hadapan menjadikan ia mempunyai gelaran ‘Musang Terbang’. Bulu kelawar ini pula adalah perang-kehitaman manakala anak kelawar biasanya berwarna kelabu.

Habitat Musang Terbang adalah dalam lingkungan Semenanjung Melayu hingga ke Filipina dan dari timur Sumatra, Jawa, Borneo, hingga Timor Leste. Biasanya kelawar ini hidup di hutan hujan, paya bakau, hutan kelapa, pokok buah, dan beberapa habitat terlindung lain.

Di Malaysia, Musang Terbang biasa hidup di kawasan tanah rendah bawah 365 meter. Manakala di Borneo, kelawar ini tinggal di kawasan persisiran pantai, namun ia terbang ke pulau berdekatan untuk mencari makanan.

Haiwan ini biasa menetap dengan beribu-ribu ekor dalam sebuah koloni. Pernah dicatatkan bahawa sebuah koloni Musang Terbang yang menetap di paya bakau Timor Leste seramai 10,000-20,000 ekor.

Kita percaya bahawa kelawar biasanya menghisap darah atau mempunyai tebiat karnivor seperti memakan serangga. Tapi sebenarnya, kelawar dari kumpulan Megabat seperti Musang Terbang ini adalah pemakan buah. Diet mereka hanyalah bunga, nektar dan buah-buahan. Biasanya buah, nektar, dan buah dari pokok durian, rambutan, jambu, dan langsat menjadi juadah mereka. Buah manga dan pisang juga kelawar ini makan.

Tambahan pula, kelawar Megabat ini tidak bergantung dengan keupayaan echo-lokasi (echolocation) sebab ia tidak mempunyai keupayaan tersebut. Musang Terbang tidak rabun maka mereka boleh mencari makanan hanya menggunakan hidung dan matanya.

Pada 1998, wabak virus Nipah menjangkiti warga Malaysia dan Musang Terbang ini bertanggungjawab sebagai haiwan yang melahirkan virus ini. Wabak dari kelawar ini yang pertama dalam rekod jangkitan Malaysia.

Sekitar 2002-2006, sebanyak 1,756 lesen pemburuan Musang Terbang dikeluarkan dan kelawar ini menjadi buruan sah untuk mendepatkan dagingnya. Keputusannya, sebanyak 22,000 ekor Musang Terbang diburu setiap tahun. Ini angka yang melvi bangkai untuk populasi spesis kelawar ini, berkemungkinan spesis ini akan pupus dalam jangka 81 tahun jika jumlah pemburuan ini berkekalan.

Tahun 2008, Musang Terbang diklasifikasikan sebagai spesis Hampir Terancam (Near-Threatened) oleh organisasi konservasi IUCN (International Union for Conservation of Nature). Selain Musang Terbang terancam oleh pemburuan haram, pembalakan haram dan kemusnahan habitat juga mengundang penurunan populasi kelawar ini.

RUJUKAN:

Dean. S (7 July 2020). Here’s What You Need to Know About That ‘Human-Sized’ Bat Going Viral. Science Alert. https://www.sciencealert.com/here-s-what-you-need-to-know-a…

Goodwin R. E. (1979). “The bats of Timor”. Bulletin of the American Museum of Natural History. 163: 75–122.

Simmons, N.B. (2005). “Order Chiroptera”. In Wilson, D.E.; Reeder, D.M (eds.). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (3rd ed.). Johns Hopkins University Press. pp. 345–346

Payne J., Francis, C. M. and Philps, K. (1985). A field guide to the mammals of Borneo. The Sabah Society, Kota Kinabalu, Malaysia

Shepherd, Chris R.; Shepherd, Loretta Ann (2012). A Naturalist’s Guide to the Mammals of Southeast Asia. Wiltshire, UK: John Beaufoy Publishing. p. 19


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.