Umum mengetahui bahawa RMS Titanic mempunyai tiga kelas, iaitu kelas Pertama, Kedua dan Ketiga. Kelas Kedua dibina untuk menampung lebihan dari pembeli yang tidak dapat membeli tiket kelas pertama.
Kemudahan kelas kedua tidak banyak perbezaan dari kelas pertama. Kedudukan kelas kedua terletak dari bahagian belakang hingga ke bahagian tengah kapal. Kelas kedua mempunyai 3 tingkat, iaitu Dek D E dan F. Bilik E-1 hingga E-42 merupakan bilik alternatif bagi kelas pertama sekiranya permintaan tinggi.
Seperti kelas pertama, ruang kelas kedua juga turut dilimpahi dengan kemewahan. Perabot-perabot yang diisi di kelas kedua diperbuat dari kayu oak dan mahagoni. Lantai-lantai kelas kedua kesemuanya diperbuat linoleum yang bewarna merah putih.
Fasiliti di kelas kedua juga tidak banyak perbezaan dari kelas pertama. Jika kelas pertama mempunyai 3 buah lif, kelas kedua pula mempunyai hanya sebuah lif. Ianya lebih baik dari kelas ketiga yang tidak mempunyai lif langsung!
Sesetengah fasiliti kelas pertama seperti perkhidmatan menggunting rambut dan menangkap gambar juga boleh digunakan oleh penumpang kelas kedua.
Ruang terbuka kelas kedua bersambung dengan kelas pertama. Khidmat sewa kerusi dengan harga 1 Pound juga turut disediakan untuk para penumpang. Ruang terbuka kelas kedua ini menjadi tempat berkumpul bagi para penumpang ketika malam kejadian.
Setelah Titanic siap, tata-rata mereka yang membeli tiket kelas kedua Titanic merupakan golongan professional, seperti guru, mubaligh, pelancong dan keluarga dari golongan pertengahan. Tiket untuk kelas kedua bermula dari harga 13 Pound (1, 123 Pound = RM 683).
Turut berada di kelas kedua ini ialah pemuzik-pemuzik Titanic yang bermain di kelas pertama. Dari 1,317 penumpang, 284 daripadanya merupakan kelas kedua di atas kapal Titanic.
Jika kelas kedua Titanic ini dibandingkan dengan kapal-kapal lain, ruang kelas kedua ini sebenarnya ialah ruang kelas pertama bagi kapal-kapal pesiaran yang lebih kecil.
Selepas Titanic karam, kelas kedua merupakan bahagian yang paling tervk. Ini kerana kedudukannya yang terletak di bahagian tengah dan belakang kapal. Malah, lelaki kelas kedua juga merupakan golongan paling sedikit yang terselamat dari peristiwa itu.
Dari 168 penumpang, hanya 14 orang lelaki sahaja yang terselamat termasuk seorang guru, Lawrence Beesley. Suasana kelas kedua dapat dibayangkan melalui penulisannya, The Loss Of SS Titanic.
Tidak dapat banyak artifak dan gambar tentang kelas kedua yang dapat dilihat hari ini kerana ianya mvsnah tervk. Namun, bayangan suasana kelas kedua ini dapat dilihat pada RMS Olympic yang merupakan kembar kepada Titanic.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih