Perang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah Melaka sekitar tahun 1499M berdasarkan beberapa catatan. Pada waktu ini, Kelantan masih berada di bawah pengaruh kerajaan Ayutthia Siam.
Kelantan tak nak tunduk ke Melaka menyebabkan Sultan Mahmud Shah Melaka murka dan perintahkan Seri Maharaja dan beberapa puluh orang hulubalang Melaka menyerang Kelantan yang diperintah oleh Sultan Munawar Shah.
Menurut Sejarah Melayu, negeri Kelantan waktu ini lebih besar daripada negeri Pattani. Angkatan perang Melaka gunakan jalan laut untuk serang Kelantan. Apabila sampai, maka berlaku perang yang sangat sengit. Angkatan perang Kelantan akhirnya berjaya dikalahkan oleh Melaka.
Tentera Melaka masuk ke kota dan merampas harta rampasan perang yang sangat banyak. Ketiga-tiga orang puteri Sultan Munawar Shah Kelantan ditawan oleh Seri Maharaja iaitu Onang Kinang, Cau Pa dan Cau Pauk lalu dibawa ke Melaka.
Setelah tiba di Melaka, Seri Maharaja menghadap Sultan Mahmud Shah. Puteri Onang Kinang diperisterikan oleh baginda dan mendapat tiga orang anak, hasil perkahwinan mereka iaitu Raja Mah, Raja Muzaffar dan Puteri Raja Dewi.
Mengikut catatan oleh Nakula iaitu pengkaji sejarah Kelantan, pemerintah Kelantan pada waktu itu ialah Sultan Mansur Shah yang juga dikenali sebagai Bhatara Majapahit II. Sebelum serangan Melaka sekitar 1492M, Kelantan dikenali sebagai Majapahit Timur mengalami kekalahan dalam perang dengan Siam Ayutthia. Selepas kekalahan, baginda kecewa dan abaikan tanggungjawab negara.
Walaupun kedua-dua sumber ini berbeza pada nama watak, namun sependapat bahawa Raja Kelantan semasa diserang oleh Melaka merupakan saudara kepada Sultan Iskandar Shah. Menurut Nakula, Sultan Iskandar Shah merupakan pengasas kepada Majapahit (Kelantan) yang memiliki wilayah yang luas, namun peperangan dengan Ayutthia menyebabkan kerajaan Majapahit semakin mengecil.
Apabila berlaku perkahwinan antara cucu Bhatara Majapahit II dengan Sultan Mansur Shah Melaka, maka kebanyakan wilayah Majapahit diberikan kepada Melaka dan meninggalkan Kelantan sebagai benteng menghadapi serangan Ayutthia.
Anak kepada Patih Gajah Mada iaitu Wan Demali kecewa dengan sikap Raja Kelantan lalu menghasut Sultan Mahmud Shah Melaka untuk serang Kelantan dengan alasan Kelantan dah jadi kerajaan boneka Ayutthia.
Perang yang sengit berlaku dan Kelantan kalah. Puteri Onang Kinang dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah manakala Cau Pa (Onang Cherpa) dikahwinkan dengan salah seorang Putera Melaka.
Cau Pauk (Onang Cherbak) pula dikahwinkan dengan Hang Nadim sebagai isteri kedua. Perkahwinan Cau Pauk dengan Hang Nadim sebenarnya dilakukan sebagai anugerah kepada Hang Nadim kerana berjaya membawa Tun Teja ke Melaka.
Selepas Kelantan jatuh kepada Melaka, Raja Ayutthia murka dan arahkan Ligor serang Melaka. Raja Ligor, Maharaja Dewa Sura siapkan 200 buah kapal dan 6000 orang perajurit menuju ke Melaka.
Malangnya armada itu musnah dibadai oleh ombak ganas. Maharaja Dewa Sura sekali lagi siapkan angkatan perang dengan kekuatan seramai 27,000 perajurit dan 400 ekor gajah.
Serangan kali ini dipecahkan melalui jalan darat dari Ligor ke Pahang dan kemudian memasuki Melaka dan satu lagi melalui jalan laut yang dipimpin sendiri oleh Maharaja Dewa Sura.
Tentera Ligor menjarah Kelantan dan merampas harta termasuklah menculik menantu Sultan Mansur Shah Kelantan. Tentera Kelantan dan Pahang bergabung dan dapat menewaskan tentera Ligor yang melalui jalan darat. Mereka juga serang angkatan laut Ligor sehingga Ligor kalah teruk.
Selepas Melaka berjaya menawan Kelantan, Pattani dan Kedah yang berada dalam naungan Siam meminta taraf naungan daripada Melaka.
Oleh: Azizul Farhan
___
Melaka ni bukannya setakat Tuah-Jebat dan Puteri Gunung Ledang je. Selam lebih dalam lagi mengenai Kesultanan Melayu Melaka bersama TASJIL ANIS SALATIN: RAHSIA AGUNG MELAKA. Dapatkan segera!
https://bit.ly/TASMelakaWebstore
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih