Kota Kubang Labu, korang pernah sampai sana? Sebenarnya Kota Kubang Labu ni pernah menjadi medan pertempuran untuk 2 perang saudara yang berlaku di Kelantan.
Korang tahu tak yang peperangan ni berlaku disebabkan kain?
Kelantan pada waktu tu mempunyai beberapa negara kota di sekitar Kelantan dan tiada seorang raja mutlak memerintah negeri Kelantan.
Kisahnya bermula apabila Long Deraman menyerahkan tampuk pemerintahan Kota Kubang Labu kepada Long Pandak pada 1756. Setelah itu, beliau lantik adiknya, Long Muhammad sebagai Raja Muda.
Pemerintahan Long Pandak ni ibarat diktator yang zalim. Sampai ada satu masa isteri beliau sendiri sanggup dibunuh gara-gara fitnah.
Pembunuhan ni jadi punca Kota Kubang Labu berperang dengan Reman dan Legeh. Semuanya berpunca dari Kain Cindai Chepa Melaka.
Tengku Ngah atau Puteri Neng Mas adalah adik kepada Long Deraman, Raja Legeh yang dah diperisterikan oleh Long Pandak. Tengku Ngah ni jugak sepupu kepada Long Ga’afar, Putera Raja Reman.
Long Ghafar diberi amanat oleh ayahandanya untuk melawat Terengganu. Lalu beliau pun bertolak bersama-sama Long Yunus.
Dalam perjalanan ke Terengganu, beliau singgah di Kota Kubang Labu untuk melawat Puteri Neng Mas. Kebetulan, ketika beliau sampai di Kota Kubang Labu, Long Pandak tiada di istana.
Menjadi amalan pahlawan zaman silam memakai Kain Cindai sebagai perisai dan kain ini ditenun dengan corak yang menarik.
Puteri Neng Mas tertarik dengan corak kain cindai yang dipakai oleh Long Ga’afar, Puteri Neng Mas pun minta pinjam kain tu nak ditiru coraknya.
Long Ga’afar bagi je la dan disaksikan oleh Long Yunus. Nak jadi cerita, Long Ga’afar pun bertolak ke Terengganu sebagaimana titah ayahandanya.
Long Pandak pun balik dari berburu. Nampak pulak Kain Cindai Chepa Melaka Long Ga’afar pada isterinya. Terus Puteri Neng Mas dituduh bermukah (zina) dengan Long Ga’afar.
Tanpa usul periksa, Long Pandak pun terus jatuhkan hukuman bunuh terhadap isterinya itu. Tak cukup dengan tu, mayat Puteri Neng Mas dibelah perutnya dan diikat dibelakang Neng Malai, gajah yang dihadiahkan Long Deraman.
Raja Reman dan Raja Legeh murka dengan Long Pandak dan diorang hantar tentera yang diketuai oleh Long Ga’afar untuk tuntut bela dan berlakulah peperangan di Kota Kubang Labu.
Peperangan ni menyaksikan Long Deraman, Raja Legeh membunuh Long Pandak dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Long Muhammad, adik Long Pandak yang juga Raja Muda Kota Kubang Labu masa tu.
Long Ga’afar dan Long Yunus kembali semula ke Terengganu selepas peristiwa itu.
Tapi keadaan aman ni tak kekal, rakyat di Kota Teras dan Kota Senang yang diperintah oleh Long Muhammad mengadu pada Long Ga’afar dan Long Yunus yang masih di Terengganu.
Diorang kata Long Muhammad mungkir janji untuk berlaku adil dan menyebabkan Long Ga’afar dan Long Yunus marah.
Long Yunus masa tu dah kahwin dengan Tuan Inche Jumat, anak perempuan Engku Tanang Wangsa Terengganu.
Rekod Terengganu kata Long Yunus dah berjasa besar dalam menyelesaikan kemelut dalam Terengganu pada 1741.
Sultan Mansur I, Sultan Terengganu waktu tu setuju nak tolong Long Yunus.
Perancangan ni diketahui pihak di Kota Kubang Labu dan diorang tunggu pasukan dari Terengganu yang diketuai oleh Long Yunus dan Long Ga’afar menyerang.
Kota Kubang Labu dibawah Long Muhammad dapat sokongan Long Deraman. Long Deraman sendiri turun mempertahankan Kota Kubang Labu.
Long Yunus dan Long Ga’afar kumpul tentera di Kelantan untuk turut sama dalam serangan itu. Long Ga’afar kumpul pengikutnya di Jeram dan Kadok.
Akhirnya Long Ga’afar yang mempimpin angkatan perang dari Jeram dan Kadok bergabung dengan Long Yunus di Kubang Garong.
Diorang pecahkan angkatan kepada 3 kumpulan besar.
Pertama, diketuai oleh Long Ga’afar dan serang Long Muhammad dari arah Pengkalan Lisir.
Kedua, diketuai oleh Long Yunus dan serang kedudukan Long Deraman dari arah Pengkalan Gong Chipa.
Ketiga, diketuai oleh Penghulu Adas dan Mandur Mis dan serang kedudukan Panglima Umar Kampung Laut dari arah Pengkalan Kebun.
Serangan dilancarkan pada awal pagi dan berlangsung selama beberapa hari. Pertempuran sengit ni mengorbankan banyak jiwa dan turut memusnahkan Kota Kubang Labu.
Kemuncaknya pada 12 Julai 1763, Long Muhammad mangkat ditikam Long Ga’afar semasa bertempur secara berdepan.
Long Deraman pula cedera parah terkena lembingan lembing Long Yunus dan akhirnya mangkat. Panglima Umar juga berjaya ditewaskan oleh Mandur Mis dan Penghulu Adas.
Kemenangan ni menjadi titik tolak bermulanya Kesultanan Kelantan apabila Long Yunus ditabalkan sebagai Sultan Kelantan dan Kelantan disatukan kembali sepertimana yang pernah berlaku di zaman Raja Sakti (1632-1649).
Namun ada juga pendapat menyatakan kuasa pemerintahan Kelantan dibahagi dua hingga menyebabkan Kelantan dikenali sebagai “Negeri Yang Kerat Lintang.”
Gelaran ni diberi berikutan wujudnya dua kawasan pemerintahan dimana meliputi kawasan pantai bermula dari Kuala Kemasin, Kota Bharu, Tabal sehingga Bukit Tanjung (Narathiwat) diperintah oleh Long Yunus, manakala kawasan Limbat hingga Jeram diperintah oleh Long Ga’afar.
Oleh: Azizul Farhan
Kredit Gambar: FB Pencinta Sejarah Kelantan
___
Puteri Urduja dalam catatan Ibn Batutta sebenarnya Cik Siti Wan Kembang? Jawapan kepada persoalan ini ada di dalam KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Boleh dapatkan segera sementara Jualan Akhir Tahun ini bersama Kalendar Tamadun 2024 di https://shope.ee/6zuOAQYyBR

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply