29 September 1929 merupakan hari Ahad biasa bagi warga Kesatuan Soviet. Yalah, inilah hari untuk mereka berehat, membersihkan rumah dan menghadiri upacara keagamaan di gereja. Tetapi tiada siapa menyangka inilah hari cuti terakhir mereka dengan cuti Ahad seterusnya hanya wujud 11 tahun kemudian. Semuanya sebab pemimpin-pemimpin Soviet termasuk Joseph Stalin anggap orang Soviet sebagai pemalas.

Geng Bolshevik anggap orang Soviet pemalas sebab bila orang tak bekerja, mesin tak berjalan. Produktiviti kilang-kilang kononnya terjejas setiap kali para pekerja bercuti sehari seminggu. Daripada para pekerja ini tidak melakukan apa-apa di rumah atau menghadiri upacara keagamaan, bukankah lebih baik untuk mereka bekerja?

Lantas, kepimpinan Soviet memperkenalkan nepreryvka atau minggu kerja berterusan (lima hari bekerja) bagi menggantikan minggu kerja yang dikenali sebelum ini. Kononnya, ia dibuat bagi menambahbaik produktiviti bekerja. Tetapi hakikatnya, ia lebih kepada membunuh tradisi keagamaan mingguan yang dilakukan warga Soviet setiap minggu seperti solat Jumaat (Islam), Sabbath (Yahudi) dan perhimpunan mingguan gereja (Kristian).

Stalin melihat pengenalan nepreryvka sebagai satu keperluan untuk mengekang sebarang plot pemberontakan terhadap rejim Kesatuan Soviet.

Dengan membunuh semua tradisi ini, ia diharap dapat mengekang orang ramai daripada berkumpul dan menggerakkan sebarang rancangan untuk menggugat Kesatuan Soviet. Ini secara tidak langsung membantu Stalin meneruskan dasar pecah dan perintah yang diamalkan sekaligus mengekalkan dominasi geng Bolshevik sebagai pemerintah utama Soviet.

Bagi mengelak pertindihan cuti dalam kalangan kumpulan pekerja, mereka dibahagikan mengikut lima kumpulan warna iaitu kuning, kuning kemerah-merahan (peach), merah, ungu dan hijau. Cuti akan diberi kepada pekerja tanpa mengambil kira cuti ahli keluarga lain yang bekerja. Senang cerita, semua orang dapat hari cuti berbeza-beza – satu kesilapan sejak dari awal lagi.

Semasa ia diperkenalkan pada Oktober 1929, pihak Soviet dengan yakin berpandangan sistem minggu kerja mereka akan menjadikan mereka lebih produktif daripada orang lain. Apa guna bermalas-malasan di rumah selagi ada kudrat untuk menyumbang kepada negara? Kalau dapat cuti pun, bukannya sama dengan cuti orang lain. Lebih baik kerja – itulah mesej yang cuba disampaikan. Dia ingat pekerja ini robot agaknya, bukan manusia biasa yang ada keperluan dan kehendak.

Contoh kalendar Soviet tahun 1930 dengan minggu nepreryvka khusus untuk pekerja. Sumber: Fine Art Images/Heritage Images/Getty Images

Kegagalan memahami benda paling asas yang membentuk manusiawi menjadikan nepreryvka gagal sejak dari awal lagi. Bukan sedikit surat dihantar kepada lidah rasmi (akhbar) Parti Komunis, Pravda yang menyifatkan penggiliran cuti sebagai pencabulan terhadap institusi keluarga. Kalau ahli keluarga bercuti pada hari berbeza, bila masa sesebuah keluarga dapat berkumpul dan melakukan aktiviti bersama-sama? Dan ini membawa kepada satu tuduhan berat kepada Stalin: kau ni memang nak musnahkan institusi kekeluargaan ke?

Tiada siapa dapat menafikan perihal personalitinya sebagai seorang yang kejam lebih-lebih lagi dengan The Great Purge. Tetapi itu tidak dapat mengatasi layanan buruk Stalin terhadap keluarganya sendiri. Walaupun bukan buaya darat, Stalin menganggap wanita sebagai peneman di bilik tidur. Itu belum campur hubungan buruk beliau dengan semua anaknya sepanjang hayatnya.

Dengan mengambil kira semua ini, tak hairanlah ada menuduh polisi minggu kerja baru ini sebagai perjuangan Stalin menentang institusi kekeluargaan.Tidak mahu label sebegitu dibiarkan berterusan, cuti serentak akhirnya diluluskan pada 1930.

Jika pihak Soviet merasakan pelaksanaan nepreryvka di kawasan bandar bermasalah, sangkaan mereka salah sama sekali. Di kawasan luar bandar terutama di wilayah yang jauh daripada jangkauan kerajaan pusat, ia dianggap tak wujud sama sekali. Buktinya, keluhan pegawai-pegawai Soviet pada 1931 yang menyifatkan golongan petani masih terikat dengan nilai-nilai tradisi termasuk minggu kerja mereka.

Bagi para petani Rusia, buat apa nak ikut kepala lutut kerajaan pusat. Ini kerana pekerjaan mereka memerlukan mereka sentiasa sibuk sepanjang masa daripada menguruskan haiwan ternakan hinggalah menuai hasil tanaman. Kalau ikut sangat kata mereka, makanya ladang tak terjaga sekaligus menjejaskan hasil pendapatan mereka.

Dengan rakyat Soviet berbeza-beza dari segi minggu kerja mereka, ia mencetuskan huru-hara di seluruh negara. Akibat dibiarkan beroperasi secara berterusan, mesin-mesin di kilang kerap mengalami kerosakan dan perlu dibaiki. Yang dikata kebertanggungjawaban bersama semasa kerja, itu merupakan satu penipuan semata-mata. Tiada siapa yang mahu menyokong lagi-lagi jika kerja mereka itu menjejaskan kesihatan secara jangka panjang. Pada akhirnya, produktiviti pekerja bukan makin bertambah tetapi makin merosot.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Selepas 11 tahun yang penuh dengan kegilaan, akhirnya pada 26 Jun 1940, Stalin mengeluarkan dekri membatalkan minggu kerja lima hari dan mengembalikan semula minggu tujuh hari yang diketahui sebelum ini. Dengan pelaksanaan dekri itu, Ahad kembali sebagai cuti umum.

Tetapi pengembalian minggu kerja tradisi itu perlu dibayar dengan harga besar. Mana-mana individu yang didapati meninggalkan kerja, tidak datang kerja selama sehari atau lewat datang kerja melebihi 20 minit dianggap telah melakukan kesalahan jenayah. Jika didapati bersalah oleh mahkamah, si pelaku akan dikenakan hukuman penjara selama beberapa tahun.

Ingatkan dah lepas kegagalan nepreryvka, Stalin takkan buat perangai lagi. Tetapi dengan melihat ketiadaan rasa penyesalan terhadap semua polisi dan tindakannya termasuk The Great Purge, beliau merasakan ia merupakan satu tindakan yang tepat. Peduli apa asal baik untuk negara walaupun ia mengundang kebencian ramai orang termasuk pemimpin Soviet selepasnya, Nikita Khrushchev.


Untuk dapatkan info lanjut tentang Kesatuan Soviet, pergi ke pautan: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

Manaev, G. (2022, 20 Julai). Why the week in Russia once began on Sunday. RBTH.

Frost, N. (2018, 30 Ogos). For 11 Years, the Soviet Union Had No Weekends. History.com.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply