Pembunuhan kejam yang berlaku di Amerika Latin apabila melibatkan kumpulan kartel dadah ini tidak asing lagi di telinga penduduk dunia. Biasanya kartel dadah akan membunuh rival atau pesaing mereka dengan pelbagai cara paling keji.

Ritual Ganas Kaum Purba Maya & Aztec

Kenapa mereka membunuh sekejam ini? Mungkin sikap tidak berperikemanusiaan mereka sebenarnya mewarisi amalan nenek-moyang mereka dari kaum Aztec, Maya dan suku-suku lain yang amat terkenal dengan tradisi ritual korban manusia.

Misalnya ritual korban kaum Aztec yang dilakukan di kawasan keagamaan Tenochitlan, korban ritual merupakan alat utama untuk mewujudkan integrasi sosial dan legitimasi politik yang bersilang dengan aspek ketenteraan.

Walaupun ritual berdarah ini boleh dikatakan hal yang jarang dibuat dalam masyarakat Maya purba, namun bukti primer menunjukkan bahawa persembahan ritual korban bayi/kanak-kanak dan ritual pemenggalan kepala merupakan amalan keagamaan yang penting semasa zaman Klasik.

Orang Aztec percaya penyerahan darah korban dibuat untuk menenangkan tuhan mereka yang memakan darah manusia. Bukan itu saja, Kaum Aztec turut menumpahkan darah agar matahari dapat terus mengikuti laluannya(Garraud dan Lefrere, 2014).

Kanibalisme Aztec

Dewa Matahari Uitzilopochtli akan diberi kekuatan melalui pertumpahan darah korban, kononnya ritual begini akan menangguhkan hari kiamat (Trewby, 2013). Selain itu, ritual kaum Aztec yang paling mengerikan adalah dengan memotong jantung yang masih berdegup di mana tradisi ini muncul dalam peradaban Maya-Toltec (Ceruti, 2015).

Pakar Antropologi seperti Harner memberikan penjelasan saintifik terhadap amalan ritual korban manusia dan kanibalisme. Harner menjelaskan berdasarkan faktor yang dihadapi penduduk. Hipotesis beliau mencadangkan pengorbanan manusia dan kanibalisme oleh kaum Aztec berlaku disebabkan oleh pelbagai masalah demografi-ekologi-sosial seperti  tekanan penduduk, kegagalan tanaman pertanian, kekurangan makanan dan kebuluran serta kekurangan haiwan herbivor dan ternakan.

Ritual Dan Permainan Korban Yang Pelik

Selain itu, kaum Maya juga mempunyai permainan tradisional yang dipanggil pok-ta-tok, misalnya dalam Popul Vuh mitos kaum Maya yang menceritakan tentang manusia dan penguasa dunia bawah(lords of underworld) yang bermain permainan ini. Dikatakan pahlawan kembar bernama Hunahpu dan Xbalanque telah pergi ke Dunia Bawah untuk berperang melawan raja-raja Dunia Bawah yang dipanggil Xibalba (lZaccagnini, 2003: 16-20)

Permainan Purba Pok-Ta-Tok

Permainan ini secara asasnya dicipta atas pelbagai tujuan termasuk politik dan fungsi sosial. Mereka yang ditangkap akan dipaksa bermain, ibarat sedang mempertaruhkan nyawa dengan bermain agar dapat hidup.

Pemain yang kalah pastinya kematian menanti mereka dan hukumannya ialah kepala dipenggal. kadangkala tengkorak pemain yang kalah digunakan di dalam bola getah yang mereka gunakan untuk bermain permainan tersebut. Perkataan bahasa  Maya untuk bola ialah quiq—secara literal bermaksud “sap” atau “darah” yang merujuk kepada cara bola getah itu sendiri dicipta.

Kepentingan darah di dalam aspek permainan ini adalah membayangkan kematian, tafsiran hubungan darah dan bola adalah sinonim dengan kepala manusia.

 

Mural Bonampak Tamadun Maya

Daripada analisis di atas, permainan pok-ta-tok jelas sekali merupakan permainan yang sangat kejam. Memandangkan mereka memenggal kepala pemain yang kalah, ini boleh dilihat sebagai sejenis transmisi budaya zaman purba yang boleh dikaitkan dengan perbuatan keji geng kartel dadah di Mexico. Walaupun ini hanyalah hipotesis dan pandangan yang tidak majoriti. sekurangnya terdapat beberapa aspek dan ciri-ciri yang serupa antara kedua-dua tujuan dan perbuatan mereka.

Ringkasnya, kenapa kartel dadah Mexico membunuh dengan cara begitu kerana mereka sentiasa konsisten memilih untuk bertindak begitu. sama sebabnya kenapa orang Aztec dan Maya mengambil bahagian dalam upacara ritual korban; adalah untuk menenangkan tuhan, untuk kesuburan pertanian dan sebab-sebab lain yang harus dipersembahkan kepada tuhan mereka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Leave A Reply